Thursday, March 27, 2014

Pesawat MH370 Hilang?

Assalamualaikum,

Tanggal 8 Mac 2014, satu dunia telah dikejutkan dengan berita kehilangan pesawat MH370 milik MAS.


Sepanjang dalam berpantang saya tak putus² megikuti perkembangan berita MH370. Kehilangan yang sangat luar biasa dan tidak pernah terjadi lagi di Malaysia.

Sedih. Satu ungkapan yang keluar dari mulut saya. Sebagai umat islam semestinya kita sedih dengan kehilangan orang tersayang dan sentiasa berdoa semoga pesawat dan penumpang selamat dijumpai. Allah Maha Besar dan Maha Mengetahui.

Sehingga sekarang kita masih lagi menunggu jawapa walaupun telah disahkan pesawat MH370 telah berakhir di Lautan Hindi.

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Itulah tanggungjawab seorang pemimpin yang terus diacu pelbagai soalan yang perlu dijawab. Apatah lagi bagi ahli keluarga mangsa yang masih dalam keadaan sedih dan pelbagai persoalan bermain difikiran.

Kerajaan Malaysia telah berusaha sehabis baik untuk mencari dan menyelamat MH370. Pelbagai bantuan telah di terima. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa.

Kita hanya mampu berdoa dan berharap supaya misi mencari MH370 dipermudahkan dan segala persoalan akan terjawab. Janganlah kita saling salah menyalahi antara satu sama lain dan mempolitikkan isu ini.

#PrayForMH370
#SadMomentForMalaysia.

Sedih.Pilu.
Hanya Airmata Peneman Hidup.

Wednesday, March 26, 2014

Muhammad Arif Amin di sini!

Assalamualaikum,

Hai sahabat² semua.

Lama tak update. Hari nie baru ada masa nak tulis dalam blog.

Lama menghilang bukan tak de masa tapi cuti berpantang. Alhamdulillah pada 3 Februari 2014 saya telah selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Arif Amin. Berat masa lahir 3.08kg.


Sekarang dah umur 1 bulan berat dah 4kg. Nenek yang tolong jaga pun tak larat nak dukung lama². Memang seronok bila ada baby baru. Ramai yang nak gomol dan geram kat Arif.

Semoga Arif menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat.




Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers