Friday, January 23, 2015

Kursus #1 tahun 2015

Assalamualaikum,

Tahun baru. Semangat pun baru. Training kemain lagi tajuknya....

'Personal Development, SWOT & Multiskilling'. ^_^

Mula-mula tengok trainer macam kenal. Suaranya pun macam pernah dengar. Rupanya... Puan Rus Sumariyanti Haji Surin penyampainya.

Pernah dulu pergi kursus trainer nie. Patutlah macam pernah tengok je. Apapun kursus nie menarik dan tak bosan. Sebab? Trainer nie peramah orangnya, suka bercakap. Memang sesuai sangat dengan kursus nie. Hehe.





Sedikit perkongsian untuk sahabat semua....


Monday, January 19, 2015

Dah pandai merajuk ya!

Assalamualaikum,

Anak manja saya nie. Tengoklah. Asyik nak berkepit je dengan ibu.


Ibu nak bangun pergi dapur kejap pun saya dah nangis. Huhu. kesian tak dengan saya.

Saya pun dah pandai buat muka sedih. Amboi....hehe.

Sejak nak membesar nie Arif dah pandai merajuk. Sedih pula hati bila di tinggalkan. Sabar ya sayang....

Ibu sayang Arif....muahhh!




Friday, January 9, 2015

Semoga sihat dan kuat ya sayang...

Assalamualaikum,

Selamat tahun baru 2015!

Lama betul tak update blog. Nak kata sibuk tak delah sangat tapi tak berkesempatan.

Hari Isnin yang lepas bawa Arif pergi hospital sebab Arif batuk dan demam dah lama. Sampai je hospital terus daftar dan doktor suruh ambik darah dulu. Yela takut-takut ada sakit lain pulakan.

Alhamdulillah bukan demam denggi tapi ada jangkitan sikit pada paru-paru Arif. Apalgi kena tahan wadlah. Selama 3 hari saya dan Arif bercuti di hospital. Makan minum semua ditanggung beres. ^_^

Awal-awal lagi dah guna insurans. Bila lagikan? Lagipun kita bayar setiap bulan. Tapi tak naklah tiap bulan masuk hospital ya sayang Arif. Itu yang pentingnya insurans. Tapi setiap orang ada pendapat masing-masing tentang kepentingan insurans niekan.

Okay saya tak nak membebel panjang pasal insurans. Apa yang penting Arif sihat dan gembira selalu. Apa nak buat bila duduk kat hospital? Makan cukup, tidur je tak berapa cukup. Maklumlah Arif dah pandai merangkak. Jadinya kena pantau setiap saat bila Arif dah terjaga dari tidur. Bahaya walaupun dalam katil yang ada palang kiri dan kanan, depan dan belakang.

Nasib ada keluarga (katil) sebelah yang muda usia dari Arif. Baby girl kembar yang comel. Mempunyai masalah yang sama macam Arif. Apalagi mak mak pun berborak sakan cerita pasal anak. Tak delah bosankan.

Hari pertama

Hari kedua

Hari ketiga...dah ceria sebab dah boleh balik.Yeay!
Kesian Arif kena cucuk kat tangan untuk masuk antibiotik. Sedih...
Nasib baik tak kena sedut kahak.

Ibu doakan Arif sihat sentiasa okay!

Terima kasih kepada kawan-kawan yang mendoakan.

Luv,


Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers