Thursday, January 31, 2013

Ibu, nak mainan!

Assalamualaikum...

Lama tak update blog...rindu rasanya.
Bulan Januari nie banyak betul cuti. Bila ada cuti lama je mesti nak balik kampungkan. ^_^

Sempat lagi shopping kat kampung beli mainan Ariq. Angry bird pun jadilah...hehe.



Terima kasih, Ibu! ^_^

Happy reading!

Wednesday, January 23, 2013

Pizza Hut Time

Assalamualaikum...

Hai semua!

Hari nie semua kakitangan ceria aje mukakan....hehe.

Hari nie pun saya ceria sebab dapat makan pizza hut free dari kawan yang baik hati....

Semoga dimurahkan rezeki orang yang belanja ^_^



Jom makan pizza hut!Sedap tau...terutama sekali yang ada ketam tue...

Happy reading!^_^


Tuesday, January 22, 2013

Golongan VIP Di Akhirat

Assalamualaikum...

Artikel yang ingin saya kongsikan bersama ;-


GOLONGAN VIP DI AKHIRAT

Mereka ialah :

1) PEMIMPIN YANG ADIL

Golongan ini diletakkan pada senarai yang pertama kerana ia bakal melahirkan ramai lagi calon untuk mengisi enam golongan seterusnya. Di dalam kitab Dalil al-Faalihin, diterangkan bahawa makna adil ialah mematuhi segala perintah Allah dengan meletakkan sesuatu kena pada tempatnya. 

Pemimpin yang adil akan meletakkan Allah dan Rasulullah s.a.w sebagai rujukan utama di dalam setiap keputusan dan tindakan yang diambil.
Golongan ini diketuai oleh Rasulullah s.a.w yang menjadi Perdana Menteri Negara Madinah selama 10 tahun, diikuti oleh Khulafa’ al-Rasyidin dan setiap pemimpin yang berusaha mencontohi mereka di dalam kepimpinannya.

2) REMAJA YANG MEMBESAR DALAM KETAATAN

Usia remaja amatlah mencabar. Pelbagai pengaruh menghantui para remaja samada melalui rakan-rakan sebaya, media cetak, elektronik dan lain-lain. Jiwa remaja sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru terutamanya yang kelihatan menyeronokkan seperti mempunyai pasangan kekasih, merokok, merempit, berkaraoke dan pelbagai aktiviti yang ada kalanya menyebabkan kesan yang sangat negatif kepada masa depan mereka sendiri.

Walaubagaimanapun di celah-celah keributan gejala sosial ini, masih ada remaja yang menjaga agama mereka. Mereka berkawan, berseronok, dan beraktiviti seperti biasa, namun batasan agama sentiasa dipatuhi. Halal dan haram menjadi pertimbangan terpenting dalam kehidupan sehingga ada kalanya dipandang asing oleh rakan sebaya. Mereka ini yakin dengan janji Rasulullah s.a.w bahawa naugan Allah sedang menanti di akhirat kelak sebagai ganjaran terhadap kekuatan ‘antibodi’ yang menepis segala pujuk rayu maksiat pada usia remajanya.

3) PENCINTA MASJID

Sepanjang sejarah Islam, ada golongan manusia yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid. Mereka sanggup berkorban apa sahaja yang dimiliki demi menghidupkan fungsi masjid di atas muka bumi ini. Setiap kebaikan yang berlaku di masjid pasti menggembirakannya dan sebarang usaha atau tindakan untuk mengganggu institusi masjid bakal menyentap emosi mereka secara spontan.

Golongan ini mempunyai 5 sifat sebagaimana firman Allah di dalam surah al-Taubah, ayat 16 iaitu keimanan yang kukuh kepada Allah dan hari Akhirat, serta sentiasa mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak pernah gerun di dalam menjalankan tanggungjawab agama, melainkan hanya kepada Allah.

4) DUA INSAN YANG BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH

Berkasih sayang adalah soal hati. Ia merupakan suatu perasaan yang tidak boleh dilakonkan atau dibuat-buat oleh seseorang. Setiap insan pasti ada orang yang dikasihinya samada ahli keluarga, sahabat handai ataupun tokoh yang dikagumi. Persoalannya, atas dasar apakah kasih sayang itu dibina ?

Sekiranya kerana wajah yang jelita, harta yang melimpah atau kepentingan-kepentingan duniawi yang lain, maka masih belum layak untuk mendapat naungan Allah di akhirat nanti.Perasaan mengasihi kerana Allah lahir apabila melihat seseorang yang sangat bersungguh di dalam mentaati Allah dalam segenap urusan hidupnya. Persahabatan terjalin sehingga menjadikan setiap pertemuan dan perpisahan sesudah itu adalah untuk urusan agama.

5) DIGODA BERZINA

Golongan kelima yang dijanjikan naungan Allah ialah seorang pemuda yang digoda berzina oleh perempuan yang cantik lagi berpangkat, lalu ia menolaknya sambil berkata ‘Aku takut kepada Allah !’. Nafsu dan keinginan orang muda pastinya sentiasa hangat, tambahan pula digoda oleh perempuan cantik lagi mengiurkan, di samping pangkat yang dimilikinya boleh dimanfaatkan untuk mengelak sebarang hukuman atau tindakan daripada pihak tertentu.

Dalam keadaan ‘line clear’ ini, anak muda tersebut masih ada Allah di hatinya lalu dengan tegas membuktikan kegerunannya terhadap murka Allah mengatasi gejolak nafsunya. Ia pasti bersama panji Nabi Yusof a.s di akhirat kelak bersama para bidadari yang disediakan oleh Allah.

6) MENYEMBUNYIKAN SEDEKAH

Ada insan yang sentiasa berurusniaga dengan Allah. Pelaburannya sentiasa dijuruskan untuk mendapat ‘profit’ akhirat yang kekal abadi lalu sentiasa bermujahadah untuk mencapai martabat kemuncak keikhlasan sehingga Rasulullah s.a.w mentamsilkan bersedekah tangan kanan, tangan kiri tidak mengetahui apa yang diberikan.

Tidak pernah terdetik di hati untuk mendapat pujian daripada manusia sekeliling sehingga menyebabkan nilai pahalanya begitu tinggi walaupun jumlah sedekahnya kecil pada penilaian manusia. Apatah lagi ketika mereka bersedekah dengan jumlah yang besar di samping hatinya yang sangat suci, pastinya melayakkan mereka di akhirat nanti untuk bersama para hartawan dari kalangan para sahabat Rasulullah s.a.w.

7) MENGINGATI ALLAH SEHINGGA MENITISKAN AIR MATA

Golongan terakhir ialah insan-insan yang begitu tekun bermuhasabah tentang diri mereka sehingga menitiskan air mata di kala berseorangan. Mereka memikirkan dosa-dosa lampau dan juga betapa banyaknya perintah Allah yang belum tertunai.

Si ayah dan ibu memikirkan anak-anaknya yang tidak menunaikan solat dan tidak menutup aurat, si peniaga yang teringatkan tipu helahnya dalam melariskan jualan, si anak mengimbau dosa-dosa terhadap kedua ibu bapanya dan pelbagai situasi lagi yang akhirnya menyebabkan mutiara-mutiara jernih mengalir di pipi, semata-mata kerana Allah.







Monday, January 21, 2013

Tips Membeli Barang Dapur

Assalamualaikum...

Hari nie dah 21hb Januari, tak lama lagi gaji masuk. Dalam fikiran nie dah ada senarai barang dapur yang perlu di beli. Tunggu duit masukk je ;-)

Tips yang selalu saya guna bila nak beli barang dapur :-
  1. Senaraikan barang yang perlu sahaja...ambil barang yang penting dulu. (-_-)
  2. Pastikan harga tidak melebihi bajet.
  3. Kurangkan makanan ringan.
  4. Harus tolak permintaan anak-anak yang tidak perlu.
  5. Beli barang yang ada harga promosi. (saya tak kisah jenama...yang penting harga murah dan kualiti pun ok.)
gambar hiasan aje..

Ok.Senarai barang yang saya KENA beli seperti :-
  1. Susu Ariq (Enfalac).
  2. Susu Zharfan (Sustagen 6+).
  3. Diapers.
  4. Sabun kain.
  5. Pelembut baju.
  6. Pencuci pinggan mangkuk.
Setakat nie itu aje yang ada dalam fikiran saya...hurmm...tetapi barang lain macam kicap,sardin,cili sos dan lain-lain akan dimasukkan juga tapi kemudian.

Ok. Yang penting HALAL. ^_^

_Happy Reading_
  *---------------*






Roti dan Nenas aje?

Assalamualaikum...

Dan Salam Sejahtera,

Menu tengahari nie Roti je...kalau tengok bungkusannya mesti semua tahu. Roti perasa pandan dan koko. Roti nie sangat famous masa zaman dulu-dulu. Zaman sekolah saya dulu. Selalu yang jual roti nie orang panggil bai roti @ mamak roti yang naik motor tue.


Pencuci mulut pula, buah nenas...hehe. Konon nak diet lah.Please support me! ^_^

Ok. Nie nak cerita pasal 1 kisah pagi tadi...kisah BERAT BADAN dalam radio SinarFm. Kisahnya macam nie, ada seorang pemanggil cerita... dulu masa dia(lelaki) kahwin berat isterinya 95kg. Dah banyak cara dia buat dah beli macam-macam ubat untuk kuruskan badan tapi tak berhasil. So, suatu hari dia (lelaki) terlibat dalam kemalangan..then, kena sakit belakang, selalu keluar masuk hospital sampai 2 minggu. Lepas tue, isteri dia pun bernazar kalau si suami dah tak masuk hospital dia akan berpuasa selama 3 bulan. Si isteri pun puasalah...yang bestnya berat dia lepas puasa tue dah turun ke 45kg. Fuyyooo...terkezut jugalah saya bila dengar...memang berjaya isteri dia nak kuruskan badan. Rupanya puasa aje...(kata suaminya).Hehehe...

Lepas dengar cerita tue...rasa bestnya..kan!Hehe...dapat berpuasa sunat isnin dan khamis pun oke,kan. Saya pun ceritalah dengan suami dan ajak suami buat puasa sunat. Badan hubby pun boleh tahan beratnya. Yang penting puasa kena IKHLAS.^_^

Ok! Happy reading!



Thursday, January 17, 2013

Catatan Untuk Diriku


Assalamualaikum...
Alhamdulillah...

Berjumpa lagi kita pada hari Jumaat ini. Saya selalu berdoa semoga Allah mempermudahkan urusan kita dan perbaiki iman kita. 

Catatan di atas untuk diri saya, supaya sentiasa INGAT pada ALLAH. Semoga kita semua saling ingat mengingati dan sabar dalam melakukan sesuatu kebaikan.


Happy reading ^_^
~Munira~


Tuesday, January 15, 2013

My Favourite: Kuih Karipap

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...baru lepas makan tengahari. Syukur padamu Ya Allah dengan rezeki yang telah engkau berikan.

Ok. Bulan lepas (lama dah..) saya cuti...ambil E.L sebab baby tak berapa sihat. Saya bila cuti nie suka betul pergi rumah mak kat Keramat (dekat je...). Saja nak luangkan masa dengan mak sambil berborak.Hehe.

Idea nak buat karipap nie datang dari mak. Intinya mak yang buat tapi saya pun pandai juga buat inti karipap. Belajar dari mak.Dulu masa kecil kami adik beradik tolong mak abah berniaga...tolong jual kuih depan rumah. Satu pengalaman yang meyeronokkan. Betul.(tak tipu punya...). Masa mula-mula tolong tue rasa malu sangat nak duk kat depan rumah dengan meja dan payung sambil tunggu orang datang beli. Abah yang saya sayangi banyak membantu mak. Abah yang rajin tolong mak. Hiba pula bila terkenangkan arwah Abah. Banyak jasa Abah pada kami sekeluarga.

Semoga roh Abah bahagia dan tenang di sana. 

Bukan inti je saya tahu tapi kelim kenalah pandai jugakan. Saya tolong mak kelim karipap sambil menyembang. Seronok. Mak lah satu-satunya yang saya masih ada. Walaupun ada adik-beradik yang lain tapi tak sama dengan mak. Kekadang dengan mak juga tempat kita mengadu.

Ok. Hasilnya ialah.....

Digoreng oleh anak beranak..hehe.

Hehe..ok tak?

Kuih karipap nie memang favorite kami sekeluarga. Bila ada masa saya buat sendiri kat rumah dan simpan dalam peti ais. Bila nak makan baru goreng. Yumm...yumm.

Apa kuih favorite kekawan semua??

Happy reading!

Pe@ce Munira :-)

Monday, January 14, 2013

IMEJ BARU:Sempena Hari Lahir Dato' Siti Nurhaliza bertudung penuh

Assalamualaikum...



Syukur alhamdullillah.Sempena ulang tahun kelahiran yang ke-34, Dato' Siti telah bertudung penuh. Nampak ayu, manis dan comelkan? Untung Dato' K.Hehe.

Dengan perubahan ini,diharapkan Dato' Siti akan terus berhijab dan menjadi idola kepada muslimah atau remaja di luar sana.

Selamat Hari Lahir diucapkan semoga Dato' Siti sentiasa dilindungi Allah dan diberi kesihatan yang baik.^_^


Pe@ce Munira :-)



Friday, January 11, 2013

Zaman SMARTPhone

Assalamualaikum...

Happy holiday friends!^_^

Actually, esok saya dan keluarga nak balik ke kampung (Alor Gajah),Melaka. Ada kenduri aqiqah anak buah (kakak ipar punya anak).


Now, saya bukan nak cerita pasal kenduri bagai tapi pasal zaman teknologi yang serba canggih nie. Zaman IT kann. Semua dah ada SMARTPhone, Tablet, iPad dan sebagainya.
Memang dah maju arr negara kita nie...MALAYSIA yang Ku CINTA.

Budak-budak pun dah ada telefon sendiri. Saya? Masih lagi bertahan dengan telefon Nokia N70 yang boleh diguna dengan setianya.Hehe.Sayang rasanya nak tukar tapi hajat nak beli Tab tue ada tapii..masih ada tapi lagi. Pelbagai alasan bermain di hati bila nak beli gadget baru.Hihihi.

Anak-anak pun sibuk nak handphone, nak Tab 2 sebab sedara dan kawan-kawan dah ada. Tujuannya nak main game aje.Kannn.Oklah..Ins Sha Allah ada rezeki lebih bolehlah beli. Bajet nak kena tengok juga. Takut ter'over' bajet nanti mana nak cari duit lagi.Huhu.

Mentang-mentanglah ibunya kerja di finance..cehceh..kenalah ada penyata aliran tunai.Hahaha.

Sabar ya wahai hati. Ada rezeki adalah gadget tue.Hehehe.

Oklah, Selamat membaca ya!

Pea@ce Munira :-)






Wednesday, January 9, 2013

JOM BACA : Apa khasiat buah Nanas?

Assalamualaikum....

Hai...hari nie menu tengahari nasi campur dan buah nenas je. Alhamdulillah. Perut rasa lapar pulak...tue yang makan nasi. Kata nak kuruskan badan.Hurmm.^_^

Tapikan saya ada satu petua untuk buang lemak dan kuruskan badan. Nie nak ceritalah pasal buah nenas. Sebab dah tiga hari saya dok makan buah nenas je so nak tahulah juga apa khasiatnya.

Bila cari-cari dalam internet jumpalah. Jom kita baca :-


Buah nanas mengandungi khasiat Vitamin A, B1 dan Bromelain (di gunakan untuk melembutkan daging. Ia juga mengandungi Asid Sitrik yang berkesan untuk menghilangkan lemak dan menguruskan badan.

Buah nanas di makan atau dibuat jus minuman untuk mencuci tubuh, melawaskan buang air kecil, merangsang penghadaman, sakit kerongkong, masalah hati dan demam kuning. Nanas juga dipecayai mampu   merawat barah. 

Bagaimanapun, nanas tidak sesuai untuk ibu yang mengandung.

Hah! Part yang buang lemak dan kuruskan badan tue yang saya minat.Hehe.

Harap kita semua rajinlah makan buah nanas niekan.

Selamat Membaca!

Pe@ce Munira :-)

Silence and SMILE

Assalamualaikum...


Senyum itu sedekah. Dalam sedih pun kita boleh tersenyum..kan? Senyap atau berdiam diri lebih baik dari mengata atau mengumpat atau berbicara tentang perkara yang tidak berfaedah. 

Saya suka berdiam diri bila marah atau dilanda masalah. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Cuba fikir secara positif. Ins sha Allah, Allah akan membantu hambanya yang dalam kesusahan.

Bila tengok senyuman anak-anak, alhamdulillah...riang rasa dihati. Bahagia rasanya kan?
Setiap masalah adalah ujian dari Allah S.W.T. Ada hikmah disebaliknya.

Oke!

Pe@ce Munira :-)

Monday, January 7, 2013

Redakan Sakit Gigi

Assalamualaikum...

Hai...sekarang nie saya tengah makan laksa sambil online depan PC. Waktu rehatkan minda dan fikiran. Hehe.

Hari nie saya nak kongsikan petua untuk meredakan sakit gigi. Sakit gigi memang tak boleh di elakkan. Semasa saya mengandung, selalu aje kena sakit gigi. Orang kata kurang kalsium. Yela tue. Lagipun saya memang kurang minum susu. Tambah susu tanpa rasa...tawar je.Huhu...sori ya!


Oklah...petuanya ialah ;

Ambik putik kapas dan celupkan ke dalam esen pisang.Kemudian, tekan atau sapukan pada gigi yang sakit.

Hah!Senangkan...



Sumber: Pa & Ma.

Pe@ce Munira :-)        

Azam tahun baru

Assalamualaikum....

Fuyyo!Azam baru untuk tahun 2013.Hihi. Korang rasa saya boleh capai tak azam nie...iaitu...nak kuruskan badan.Haha..bolehkan? MESTI Boleh!! Azam baru nie kena buat betul-betul. Kena rajin senaman buat kerja rumah biar segala lemak-lemak pecah.Fuh! Macam tue ke?

Tadi ada baca satu blog pasal Felinna Inchloss. Ikut dari komen dan fahaman saya, memang bagus produk nie. Memang sedang hangat di pasaran. Nak makan pil kurus takut pulak. Hah! Apa kata kita cuba produk nie. Cuba je...mana tahu berkesan dan sesuai dengan badan kita.Kann...(hopefully).

Ins sha Allah semoga dapat bentuk badan ideal.

Bukan apa, kekadang teringin juga nak pakai baju cantik-cantik. Lagi satu sebab rasa tak selesa bila berat badan dah meningkat. Tak Best! Waktu lepas bersalin ari tue berat dah ok dah! Tapi biasalah bila nafsu makan menguasai diri maka jadilah berisi sikit.Huhu...

Oklah dah nak balik rumah...Bye!

Pe@ce Munira :-)




Senang Menang @ Pos

Assalamualaikum...

Hai...kejap dah Isnin, hari nie saya nak kongsi tentang peraduan Senang Menang @ Pos. Peraduan nie dah bermula pada 17 Disember 2012 hingga 24 Februari 2013.


Bagaimana untuk menyertai?

  1. Lakukan transaksi di mana-mana kaunter Cawangan Pos Malaysia ataupun Pos Bergerak.
  2. Dapatkan borang penyertaan berserta cop pengesahan transaksi di kaunter.
  3. Jawab cari kata yang diberikan dan lengkapkan ayat yang diberi secara kreatif.
  4. Lengkapkan borang penyertaan dan hantar dengan menggunakan setem 30 sen.
Peraduan ini terbuka untuk semua perkhidmatan yang ditawarkan di kaunter Pos Malaysia.

Boleh klik di sini POS untuk keterangan lanjut atau hubungi 1 300 300 300 untuk pertanyaan.

*RM13,000 tunai dimenangi setiap minggu selama 10 minggu.

~jom sertai..manalah tahu ada rezeki kan!hehe..

Pe@ce Munira :-)


Friday, January 4, 2013

Contest Cerita Ita Genap 5 Tahun

Assalamualaikum...

Comelkan baby girl kat gambar nie. Nie gambar anak Ita, dari blog CeritaIta. Ita ada buat contest Cerita Ita Genap 5 tahun so sesiapa boleh join. Tarikh tutup contest nie pukul 12.00 t/malam 4/01/2013. Hehe.

Tak sangka blog Ita nie dah 5 tahun. Lama tue...blog saya pun tahun nie 5 tahun sama macam Ita jugak. Kekadang update kekadang tak. Tahun 2012 baru aktif dan rajin mengupdate...hahaha.

Oklah jangan lupa join ya!

Pe@ce Munira :-)


Kisah Hari Ini


Assalamualaikum...

Salam Jumaat pada semua yang membaca blog saya pada hari ini...hihi. 
Semenjak dua menjak nie badan rasa sakit-sakit, mungkin tak cukup rehat...(agaknya). Tidur pun dah tak cukup sebab sibuk dengan baby dan kerja rumah yang setia menunggu. Baby Ariq sekarang nie pandai bangun tengah malam...selang 2 jam Ariq akan kejutkan ibunya. Aduh! Memang Ariq suka kacau ibu ya! Hehe...
Tuela waktu Ariq sekarang nie...nasib baik bila Ariq bangun pukul 2-3 pagi...minum susu terus tidur balik. Lega! Ibu boleh sambung tidur dan mimpi semula. Jam 5.00 pagi, alarm handpone pulak berbunyi...huhu...pukul 5.15 pagi barulah bangkit dari tilam...haha. Gosok baju dan mandi...

Itupun nasib baik husband dah tolong gosokkan baju sekolah anak. (thank you abang..i love you so much!) Dapat husband yang rajin macam nie...ringan sikit beban rasanya.

Oklah jam dah pukul 2.30 petang. Nak pergi solat Zuhur kejap.

Selamat membaca!

Pe@ce Munira :-)

Thursday, January 3, 2013

Kembali ke sekolah

Assalamualaikum...



Selamat kembali ke sekolah anak-anakku...


Hari pertama sekolah, saya dan suami cuti sebab nak uruskan hari pertama anak bersekolah. Pertama sekali nak kena set balik masa bangun anak-anak dan jadual perjalanan dari rumah ke sekolah. Masa cuti sekolah memang seronok sebab kereta tak banyak.Jalan pun lengang. Nak pergi office lambat sikit pun boleh.



Tapi bila sesi persekolahan dah bermula semua kena kembali ke asal. Kena bangun seawal 5.00 pagi (ibu bangun) lepas tue 5.30 pagi (ayah bangun) then baru anak-anak bangun (6.00 pagi).





Haziq (sulung),macam biasa kena naik bas nak pergi sekolah agama sebelah petang. Nasib baik sorang je kena transit. Danish, untuk bulan Januari nie balik pukul 4.00 petang so kena ambik awal. Bulan Februari baru mula kelas mengaji balik pukul 5.00 petang. Zahrfan dan Ariq macam biasa...cuti sekolah pun duduk nursery & tadika.Hehehe...


Ok..semua dah settle...keluar pagi pun dah awal...pukul 6.30 pagi.



So...welcome back to school kids!No more play²...hehehe!


Pe@ce Munira :-)

Wednesday, January 2, 2013

Ariq, 7 bulan 3 hari

Assalamualaikum...

Tup!tup!dah 7 bulan dah anak ibu nie. Bila dah masuk 7 bulan, dah macam-macam Ariq pandai...mulut dah bising...hehe...comel je bunyinya..geram sangat! Tidur pun dah tak setempat, nak tidur satu tilam dengan ibu dia. Bila bangun je tengok dah tak de kat tilam dia..ish!ish!Sangat aktif dan rajin...


Ibu, ayah dan abang², doakan Ariq sentiasa sihat dan ceria selalu...



We all Love you...


Pe@ce Munira:-)

SeLaMat TaHuN BaRu 2013

Assalamualaikum...

Selamat Tahun Baru 2013.

Pejam celik!Pejam celik! Kejap dah masuk tahun 2013. Tahun 2012 dah berlalu dengan pelbagai kenangan...yang sedih...yang pahit...yang manis. Semuanya hanya tinggal kenangan. 

Diharapkan tahun 2013, ALLAH memberi saya lebih kekuatan dalam megharungi hidup dan semangat baru dalam kerjaya. Semoga kejayaan sentiasa bersama saya sepanjang tahun 2013 ini...Amin!

Harapan untuk anak-anak, semoga mereka berjaya dalam pelajaran dan kehidupan di dunia yang sangat mencabar ini. Dalam pelajaran pun banyak saingan yang perlu di hadapi.Semoga mereka success selalu.

Hari ini baru mula kerja setelah urusan anak sekolah selesai. Letih seharian meguruskan anak-anak. Apa saja yang saya dan suami lakukan adalah terbaik untuk mereka. Hanya anak-anak penawar dan pengubat penat lelah ibu bapa.

Pe@ce Munira :-)

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers