Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :
1. Pemarah
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.
2. Pendendam
Tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
3. Hasad dengki
Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.
4. Bakhil
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia.
5. Tamak
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ).Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabar
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..hehe..hehe..)
7. Ego
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.
8. Riak
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..
9. Cinta dunia
Tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.
Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.
Wallahualam"
Tuesday, November 10, 2009
Wednesday, October 28, 2009
Tuesday, September 15, 2009
Selamat Hari Raya Aidilfitri.....
Salam buat semua...bila tulis dlm blog nie rasa cepat betul masa berlalu...dah dekat setahun rupanya, rasa baru jer bersalin (tahun lepas) & my late daughter pergi meniggalkan me.Sedih rasa bila dikenang kembali.Sekarang nie dah dekat nak raya.Tahun nie me raya kat melaka (kg husband).Lagi 3 hari nak raya...keje pun dah malas...rasa mcm nak cuti awal jer.keje last minute mesti ada...nasib baik x banyak sangat.Boleh ler nak rileks kejap.Perasaan tahun nie bercampur sedih & gembira..sedih sebab terkenang org yg dah pergi...hepi plak sebab dpt bawak anak2 jejalan raya..tahun lepas me x raya sgt..sebab dlm pantang.Masa..waktu..begitu pantas berlalu....jadi di bulan baik & mulia ini me nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..MAAF,ZAHIR & BATIN.Halalkan makan,minum & everything.Berhati2 di jalan raya semoga selamat sampai ke destinasi yang di tuju.Jom balik kampunggg!!!!!
Friday, August 14, 2009
Sunday, July 26, 2009
Lalalalala...hari2 kerja..
Tuelah hari2 yang me buat..keje..keje..keje..Bulan 7 nie me rasa penat & terkejar2 sebb student dah start kelas so me kena buat payment tuk student2 yang dpt loan.Mula2 tue me ok skit tapi bila student dah start tanya dan tanya so jadi me kena cepat2 skit wat payment.Hari Sabtu pun me kena dtg opis sbb nk siapkan keje yg byk menunggu nie.Nasib baik husband me faham..so thanks abang.Nak update blog pun dah x de masa.Sekarang masa itu emas wat me..hehehehe...sakit kepala pun datang ngan sakit gusi sekali...hai..apa nk wat dh nasib badan.:)Bulan nie pun x balik kampun lagi sebb masing2 ada hal.Haziq pun ada sukan kat sekolah.Esok (Isnin) me cuti sbb ada appoinment doktor utk Danish.Jumaat malam lepas plak first time me pergi uptown Danau Kota...angkut sekali anak2...x de apa2 pun yg me beli.hehehe...sibuk ngan anak2....nk layan zharfan lagi...asyik nk lepas jer x nak dukung...bila lepaskan asyik lari aje.x larat ler nk bwk anak2 bila p uptown...(hehehe..sendiri mau igtlah).Oklah lainkali sambung lagi...adios~
Sunday, May 31, 2009
Citer 30-31/5/2009
Salam...
30hb May-Kami sekeluarga pergi ke Kuantan..ada jemputan kenduri kahwin sepupu me di Kuantan,Pahang.Me & adik beradik yg lain pun turun sekali memeriahkan lagi majlis.Actually me & famili x pernah lagi sampai ke rumah sepupu me nie.Di sana kami tggal kat hotel.Budak2 plak x sabar nk mandi kt swimming pool.Me rasa happy sebab dpt bawak anak2 me jln2 masa cuti sekolah nie.Walaupun x lama tapi hopefully diorg happy.:)Kami sampai di rumah jam 10.00 mlm.Penat..letih...tapi me rasa puas & happy!!!
30hb May-Kami sekeluarga pergi ke Kuantan..ada jemputan kenduri kahwin sepupu me di Kuantan,Pahang.Me & adik beradik yg lain pun turun sekali memeriahkan lagi majlis.Actually me & famili x pernah lagi sampai ke rumah sepupu me nie.Di sana kami tggal kat hotel.Budak2 plak x sabar nk mandi kt swimming pool.Me rasa happy sebab dpt bawak anak2 me jln2 masa cuti sekolah nie.Walaupun x lama tapi hopefully diorg happy.:)Kami sampai di rumah jam 10.00 mlm.Penat..letih...tapi me rasa puas & happy!!!
Monday, April 13, 2009
Bengkel Kecantikan Bersama Avon-12 April 2009
12 April 2009- Hari nie me & kakak ipar me pergi bengkel kecantikan yang dianjurkan oleh Avon bertempat di Sheraton Imperial Hotel.So kami sampai kt sana tengahari, mula pkl 1.00 ptg.Kami register then ambik door gift...pas tue masuklah cari tempat duduk.Me pilih nk duduk kat bahagian depan sbb senang nk tengok..hehehe!!!nk tengok artis ler katakan.Para jemputan ialah juru make-up Zulfazli dan model/pelakon terkenal Nasha Aziz.Seronok gak sebb dapat belajar teknik² solekan dan cara² penjagaan kulit yang betul.Mula² diorg ajar cara membersihkan muka..siap ada model lagi.Pas tue sementara tggu artis jemputan sampai kita org diberi kuiz.Then x lama pas tue Zulfazli pun muncul utk sesi make-up plak.Me pun salin lah skit²..hehehe..tips² yg berguna.Lepas jer sesi tue tibalah giliran kami plak kena make-up sendiri muka.Setiap meja disertakan alat make-up Avon so me pun mulalah buat ikut step by step.10 peserta akan dipilih utk jadi pemenang make-up serta penampilan yang tercantik.Pas tue ada sesi lucky draw plak.Hanya 5 cabutan aje yang dipilih.Tapii...aku adalah salah seorang dari peserta yang bertuah..cehhh..hehehe..rezeki tuk me lah tue.Alhamdulillah.Me pun p ler naik atas pentas tuk ambik hadiah dari Nasha Aziz.X sangka sungguh me dapat.Memang x caya jer...Tue ler citer me di petang Ahad..hehehe.Lastly kami ada jamuan makan dan sesi bergambar bersama Zulfazli & Nasha.Nak citer pjg lagi tapi tue je ler yg mampu me tuliskan.
Subscribe to:
Posts (Atom)









