Wednesday, April 13, 2011

10 Tip Untuk Tingkatkan Metabolisma Badan


Ramai yang mengalami masalah berat badan. Bagi mereka yang obese, adalah metabolisma mereka lebih rendah berbanding mereka yang lebih kurus? Hmmm mungkin tapi tahukah anda apa itu metabolisma?
Metabolisma adalah jumlah keperluan tenaga atau kalori untuk fungsi asas badan anda. Pada setiap masa, samada tidur, senaman, mandi dan lain-lain, badan sentiasa membakar kalori. Metabolisma badan anda menentukan penggunaan tenaga badan. Tahukah anda kadar keperluan kalorie seharian anda? Ia tidak sama bagi semua. Ia bergantung kepada umur, jantina, berat badan, tinggi dan kadar aktiviti anda.

Tip-tip untuk Tingkatkan Metabolisma

Baiklah. Walaupun kadar metabolisma harian badan ataupun BMR (basal metabolic rate) adalah tetap, anda masih boleh amalkan tip-tip berikut untuk naikkan metabolisma badan anda.

  1. Makan 5-7 hidangan kecil setiap kali anda makan, sistem penghadaman badan perlu bekerja. Jadi dengan memakan lebih kerap dengan kuantiti yang lebih sederhana, metabolisma badan akan naik. Kalau tidak, metabolisma badan akan menurun dan anda cepat rasa penat dan lesu (seperti bulan puasa).

  2. Angkat berat! Tahukah anda bahawa otot membakar lebih kalori setiap hari berbanding lemak? Yup. Jadi katakanlah ada dua insan yang mempunyai jantina, tinggi, umur dan berat yang sama. Tapi seorang mempunyai lebih otot manakala seorang lagi lebih lemak. Siapa akan mempunyai metabolisma yang lebih tinggi? Sudah tentu yang lebih otot! Jadi mulakan senaman angkat berat anda hari ini. Tak kiralah di rumah ataupun di gym!

  3. Makanan pedas. Hmm walaupun saya sendiri kurang gemari makanan yang pedas, ayam masak chili dan lain-lain boleh membantu tingkat metabolisma badan. Tapi jaga-jaga dengan pengambilan kalori. Jangan terlebih.

  4. Coffee atau caffeine. Tahukah kenapa anda rasa segar dan lebih fokus selepas minum kopi? Ini kerana caffeine dalam kopi meningkatkan metabolisma dan justeru bakar lebih kalorie. Tapi jangan terlebih pulak, nanti susah. Baca disini mengenai baik-buruk coffee dan caffeine.

  5. Minum air mineral. Metabolisma badan perlukan banyak air untuk berfungsi dengan baik. Malah air tidak mengandungi apa-apa kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangksa masa panjang.

  6. Makanan tenaga tinggi. Tingkatkan pengambilan makanan bertenaga tinggi seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan karbohidrat kompleks.

  7. Pastikan kuantiti pengambilan protein cukup. Protein mempunyai rantai kimia yang komplex yang perlukan 30% daripada jumlah kalori sebelum dihadamkan. Contoh: sekiranya anda nyahkan 100 kalorie protein, 30 kalori akan digunakan untuk menghadamkan makanan berprotein tersebut.

  8. Elakkan makanan ringkas. Makanan kompleks seperti roti perang, kacang lebih baik. Kenapa? Kerana untuk menghadamkan makanan kompleks, ia perlukan lebih banyak tenaga berbanding makanan ringkas seperti roti putih, gula-gula dan lain-lain.

  9. Kardio! Sudah tentu senaman kardio seperti jogging, badminton, berjalan dll dapat membantu tingkatkan keperluan kalori (tenaga) badan dan sekiranya keperluan tenaga badan mengingkat, metabolisma anda akan mengingkat. Amalkan paling kurang 20minit kardio 2-3x seminggu.

  10. Suplemen pembakar lemak (fat burner). Pernahkah anda tahu bagaimana suplemen pembakar lemak itu berfungsi? Hmm dan kenapa pulak "bakar" lemak? Kandungan utama kebanyakkan pembakar lemak popular di Malaysia dan dunia seperti Lipo6, JusMate5, Hydroxcut dan lain-lain adalah guarana, caffeine, ma huang dan lain-lain. Objektif ingredient ini bukanlah untuk "bakar" lemak tetapi untuk tingkatkan dengutan jantung, kadar pengederan darah - tingkatkan metabolisma. Adakah ia sesuai? Ah itu bergantung kepada individu. Tetapi seperti mana-mana ramuan, ia tidak membawa hasil yang sama untuk setiap orang.

    - Artikel iluvislam.com

Monday, April 11, 2011

Eyeliner Tutorial

Hi uols


Okeh kawan2..kat sini me ada letak video tentang cara pemakaian eyeliner yang betul.Me pun berminat nak tengok...



Selamat Mencuba!

Cara Pakai Selendang


Kepada saper-saper yang nak tahu cara pakai selendang glamour bolehlah tengok ya...


Friday, April 8, 2011

Sifat Dalam Nama

Hehehe...cecuba cecuba dlm http://apps.facebook.com/sifat-dalam-nama/

Wednesday, March 30, 2011

Susahnya nak pilih....



Hai uols..

Semoga sahabat2 semua sihat2 belaka dan dilindungi oleh Allah S.W.T.

Semalam me dan husband cuti sbb nak uruskan pelbagai hal.Alhamdulillah, urusan me nak terminate Streamyx dan talian telefon settle juga. Lama juga me bertahan tak guna internet sbb talian streamyx kat rumah lama so bil TM sampai kat rumah lama.Semalam baru me bayar bil...byk jugalah kena bayar dlm RM300.00.Fuhh...nasib guna kad..hehehehe.(thanks abang..)

Pas tue kami balik rumah kejap...then kami pergi sekolah Danish pula nak bayar yuran bulanan.Keluar jer dari pintu sekolah husband me ajak pergi tengok kedai perabot. Maklumlah nak pindah rumah baru..hehehe.Semuanya nak kena baru...huhuhu.

Jalan2 kat area Gombak jer...adalah juga kedai perabot kat tepi2 jalan tue.Kita survey dulu ya....Susahnya nak pilih set sofa..mata me pun dah tak tahu mana satu yang suka sbb semuanya me tgk tak ada yang berkenan dihati.Bila tengok bedroom set mmg byk yang me suka tapi harganya pulak yang keluar dari bajet...hihihi.Nak beli pun kena fikir juga bajet kan....Sekarang nie byk kedai2 yang buat Sales so ada masa lagi kami nak survey kedai2 lain.

Memang keje salesman ikut kita kemana2 kita pergi....tapi kesian kesudahannya kami tak beli apa2 pun.Sabarlah ya....Kita datang pun nak tgk2 jer dulu....sori...

Memang seronok bila cuti berdua..dpt jalan2 tanpa gangguan anak2...kalau tak pening kepala dengan kerenah anak2.Apa2 pun anak2 tetap penyeri rumah tangga. Ibu sayang anak2 ibu...muahhhhh!

Kejar masa!Tengok jam dah dekat pukul 4 ptg...pergi jap ambik Danish kat sekolah.Lama tak ambik Danish balik dari sekolah..selalu hari2ayahnya yang datang ambik.Pas tue..sambung balik pergi kedai perabot kat Greenwood.Fuhh....letih kaki rasanya.Opps...sebelum tue kami pergi beli lampu kat kedai area Bolton..then hantar kat rumah baru.

Lepas ambik Danish kami pergi ke kedai perabot kat Greenwood.Not bad jugalah kedai tue...harga pun under bajet. Cuma tak banyak pilihan utk set sofa....tak de yang berkenan juga.

Aduhhh!!Susahnya nak cari sofa yang kami nak (bisik hati me).Salesman tue pun dah puas cerita mcm2...tapi tak suka jugak...hahahaha.Tapi bila me suka..husband pulak tak suka.Huhuhuhu.....

End up, kami decide tengok sofa kat kedai lain nanti.(",)

Monday, March 28, 2011

Bila Boring...


Hai uols..

Sunyi-sepi opis ari nie...hari Isnin...hari pertama setiap minggu..ramai yang rasa bersemangat bila tiba ari ISNIN..tapi ada jugak yang boring bila tiba ari ISNIN...hahahaha.

Bila tiba ari ISNIN...perasaan malas nak mula keje mesti ada...biasanya lepas 2-3 jam barulah nak mula buat keje ituuu...dan iniiii...hehehe.Masa pula makin lama makin cepat...tup!tup!dah pukul 12.00 tengahari.Huhuhuhu....begitulah setiap ari ISNIN.

Walaupun keje banyak tapi ada lagi masa nak berborak dan surf internet.Hehehehe...

Minggu nie me dah terasa ke'boringannya'...Sebab apa??

Sebabnya ialah keje dah kurang skit...kebiasaannya keje me nie ada kaitan dengan pelajar so bila pelajar dah mula exam dan cuti lama....keje pun dah tak banyak.Kerja yang ada pun skit2 jer...dalam sehari dua boleh siap.Habis tue hari2 yang lain nak buat apa???Kuikuikui...Berangan!!!

Training Weeks!

Last week me pergi course kat Dorsett Regency Hotel, Kuala Lumpur.Tajuk kursus 'Improving Financial Accounting & Reporting Skills' oleh Ms. Wendy Tee from IPA Training. Trainer nie mmg banyak pengalaman dan suka kongsi ilmu.Masa kursus tue cuma 10 orang aje yang daftar, termasuk me dan Huda (member opis)...tak ramai sangat dan kita cepat faham mcm dalam kuliah pulak.Hehehe...Kursus nie memang sesuai utk sesiapa yang nak tahu pasal akaun dan segala2nya.

Sekarang dah bulan Mac..lagi 3 hari masuk bulan April.Hurmmm...me plan bulan 4 nie nak pindah rumah. Pindah lagiiii....!!!!Yela..rumah dah siap renovate...me pun tak sabar nak pindah.Letihhh...fuhhh..memang letih...kemas pakaian, pinggan mangkuk, dan segala harta benda me yang tak seberapa..wakakakaka...

Kalau ikut hati me..mmg banyak barang nak kene humban tapiiii...sayangg...Itu pun me dah byk buang...Yang byk pun me rasa barang mainan Apan yang dah penuh satu beg dan bersepah2.Adoi..pening kepala me memikirkan barang2 mainan nih.

Apa nak buat....:D:D:D

Monday, March 14, 2011

Bersama Selamanya...

Lokasi: Madam Kwan's, Mid Valley.
Tarikh: 12 Mac 2011

At last, setelah sekian lama tak jumpa member2 lama masa di Kolej dulu kitaorg pun decide buat small gathering kat Mid Valley.Walaupun jauh dan me pun kurang pasti sama ada datang atau tak...hasilnya me dapat datang jugak jumpa diorg walaupun hanya seketika.
                                                                     Smile....:D:):)
                                                               Bersama keluarga...

                                                         Zuriana(Zue) & Farah(Pa'ah)
                                                                    Pa'ah dan Me

                                                          Munira (Mun) & Zue
                                                 Syahnas(Anas) with husband & Mun 

Friends

A friend is someone we turn to
when our spirits need a lift.
A friend is someone we treasure
for our friendship is a gift.
A friend is someone who fills our lives
with beauty, joy, and grace.
And makes the whole world we live in
a better and happier place.

- Jean Kyler McManus -

Thanks a lot to all my friend sbb buat gathering nie...Me happy sangat dapat jumpa & hopefully lepas nie kita dapat buat 2nd reunion lagi.Insyallah....

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers