Sunday, July 13, 2014

Segmen: Saya Nak Kad Raya Daripada Ekatikah

Assalamualaikum,


Pada zaman era moden ini, amalan kirim-mengirim kad raya tidak dilupakan. Walaupun zaman sekarang orang ramai lebih gemar mengirim balas ucapan Hari Raya menggunaan pesanan ringkas SMS, WhatsApp dan sebagainya, kad raya masih antara yang the best. Hehe

Oleh itu, satu Segmen: Saya Nak Kad Raya Daripada Ekatikah diadakan. Bermula hari ini 13hb July dan berakhir pada 20hb July jam 12 tengah hari. Sesiapa yang nak kad raya, dijemput untuk sertai.

Syarat-syarat:
1. Follow blog Bila Jari Mula Menaip, add to circle G+ EkaTikah.
2. KLIK   .
3. Buat entri bertajuk Segmen: Saya Nak Kad Raya Daripada Ekatikah.
4. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri. Untuk copy coding di bawah, sila HIGHLIGHT/KLIK semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak.

Credit to MiaLiana.Com

5. Tinggalkan URL entri di ruangan komen entri ini.

Pilihan Pemenang:
1. 20 orang pemenang akan dipilih menggunakan Ramdom.org.
2. Pemenang akan diumumkan sama tarikh tamat penyertaan.

 Selamat menjoinkan diri  

Friday, July 11, 2014

Giveaway WOW HARI RAYA by SITI YANG MENAIP

Assalamualaikum,

Lama tak join segmen.
Segmen yang pertama saya sertai untuk tahun 2014. Apalagi jom kita riuhkan segmen Giveaway WOW HARI RAYA by SITI YANG MENAIP di SINI.



Sangat mudah hanya ikut arahan yang diberikan.Okay!

Arif, 5 bulan

Assalamualaikum,

3/7/2014 cukuplah usia Arif 5 bulan.
Rasa macam baru je bersalin. Nak lagi ke? Oh tidakk...


Cukuplah lima setakat nie.

Perkembangan Arif pada usia 5 bulan :-
  • Dah mula rajin meniarap.
  • Mulut dah pandai keluar bunyi dan main buih. Macam nak makan pun ada.
  • Pandangan mata dah tepat ke arah ibu ayah dan orang sekeliling.
  • Merengek/menangis ditinggalkan sendirian. Pastikan ada orang di sisi.
  • Mengenggam contoh: jari ibu, mainan.
  • Meraih benda yang dekat dengannya. contoh: kain,selimut, baju
  • Ketawa bila digeletek.
  • Meraih simpati contoh: ingin didukung keluar.
  • Suka dibawa berjalan. contoh: naik kereta.
Hrmm...ada lagi tak?Rasanya perkembangan Arif normal dan mengikut perkembangan yang betul.

Semalam temujanji Arif cucuk imunisasi 5 bulan. Masalah Arif cuma naik ruam di badan dan tangan. Saya cuma sapu krim. Alhamdulillah sudah beransur hilang ruam.

Sumber: Google




Wednesday, July 2, 2014

Keistimewaan Lexee

Assalamualaikum,

Anda semua dah cuba Lexee?
Masih ragu-ragu dengan kehebatan dan kelebihan Lexee.

Sebagai pengguna Lexee, saya begitu yakin dan setia dengan Lexee.
Lexee telah banyak membantu saya semasa hamil dan dalam pantang.
Memang sangat berkesan!

Jom kita baca apa keistimewaan Lexee pad.


Keistimewaan LEXEE:
  • Merawat semua masalah utama wanita
  • Penjagaan dalaman wanita
  • Menghindari penyakit dan fungus
  • Mencegah bau yang tidak selesa
  • Memulihkan sengguggut
  • Merawat keputihan
  • Menyedut kotoran yang tersimpan (tersekat)
  • Mencegah kanser
  • Membuang toksid
  • Menghalang pembiakan bacteria di tempat sulit

LEXEE juga:

  • Mengatasi kegatalan dan mengurangkan panas badan
  • Menghilangkan senggugut, keputihan, kekuningan dan membantu membuang angin
  • Mengimbangi sistem haid
  • Tidak mengandungi florensen dan selamat digunakan
  • Jangkitan faraj, pundi kencing dan saluran kencing akibat kuman
  • Berkualiti tinggi dan tidak mudah tembus
  • Sungguh selesa dan menghindari kesensitifan kulit
  • Mengelak dan mengurangkan bau akibat keputihan
  • Mencegah buasir dan jangkitan usus besar, membuang gumpalan darah dalam uterus (sesuai utk ibu-ibu semasa tempoh pantang bersalin – Sentiasa kering,selesa,segar dan tanpa bau yang tidak menyenangkan
  • Mencegah kegatalan dan jangkitan kulat
  • Menggalakkan peredaran darah dan melindungi kulit halus & sensitif
  • Memperbaiki masalah rembesan mukus dan ketidakselesaan semasa haid.
  • Ringan,tidak mudah berubah bentuk serta pengeduraan yang baik.
Apa lagi jom cuba.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi : Munira 014-9980785 (Gombak)




Friday, June 27, 2014

Membaca Jambatan Ilmu

Assalamualaikum,


Amboi kusyuknya dia!
Tengah syok tengok TV sempat lagi ibu snap gambar Ariq ya.

Kemain rajin lagi Ariq mengemas rumah. Habis dikeluar semua buku-buku dalam almari.
Tak pe. Ibu tak marah kalau Ariq rajin nak membaca. Macam dalam gambar tue...hehe.

Membacakan jambatan ilmu.
Biar bersepah buku, biar ibu kemas...asalkan Ariq minat nak membaca.

Lagipun pada saya, bukan senang kita nak mendidik dan menanamkan sifat suka membaca dikalangan anak² yang masih kecil. Jadi, dari kecillah kita kena pupuk dan semai kan?

InsShaAllah...

Thursday, June 19, 2014

Kembali ke sekolah??

Assalamualaikum,

Dah 4 hari anak-anak mula bersekolah.
Hari pertama sekolah anak yang ketiga buat hal. Haru biru juga ibu dan ayah dibuatnya.
Kenapa tak nak pergi sekolah? Nak cuti.
Huwaa...sambil menangis lap air mata. Anak nangis...bukan ibu.

Puas ibu cakap macam-macam. Tuela payah bila cuti sekolah lama-lama.
Suami dah mula berang. Aduh!Pening kepala ibu.
Tapi, akhirnya pergi juga bila dah kena ceramah panjang lebar.

Kesian pula tengoknya. Muka ibu dah tukar sedih...risau.
Alhamdulillah balik dari sekolah semua okay.

Hari kedua, buat hal lagi. Dia kata rindu dengan Ayah nanti. Allah!
Oklah...hari nie tak pergi sekolah. Tinggalkan dekat taska sampai petang.
Nasib baru darjah 1. Tapi anak yang 1 dan ke2 tak de pula masalah macam nie.
Yela...lain anak lagi ragamkan.

Memang ibu dan ayah kena banyak bersabar dalam mendidik anak-anak.
Bukan asyik nak pukul anak je. Pukul pun ada tempatnya. Bukan main belasah je.

Hari ketiga, dah bertambah okay. Mood pun dah baik. Bila tanya nak pergi sekolah tak? Nak.
Lega hati ibu bila dengar jawapan cam tue. Hilang sakit kepala ibu.

Apalagi senyum lerr...

Monday, June 2, 2014

Selamat Hari Lahir Ariq, 2 tahun

Assalamualaikum,

31 Mei 2014 yang lalu, genap usia Ariq 2 tahun. Yeayyy...
Ibu dan Ayah doakan Ariq menjadi anak yang soleh dan menghormati orang tua.



HAPPY BIRTHDAY TO YOU....
♥ MUHAMMAD ARIQ AMIN ♥


Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers