Monday, May 25, 2015

Kasih Sayang Ibu Mertua - Al-Fatihah

Assalamualaikum,

18 Mei 2015, hari Isnin. Cuaca agak redup, alhamdulillah cuaca baik.
Hari nak bawa Mak balik rumah dari hospital. Keadaan Mak kritikal. Semua anak-anak, adik beradik, cucu-cucu mak dah bersedia untuk pulang ke kampung. Melawat Mak buat kali yang terakhir. Pilu. Sedih di hati hanya Allah yang tahu.

Sambil mendukung Arif yang asyik meragam saya gagahkan diri untuk menolong apa yang patut. Mengemas dan sebagainya. Melayan tetamu yang datang sambil menunggu ambulan datang membawa Mak.

Tabahkan hatimu Abang. Abang dah puas menangis, katanya. Suami saya tabah dan kuat semangat orangnya. Segalanya telah diuruskan bersama kakaknya di hospital.

Tepat jam 12.45 tengahari. Ambulan pun sampai. Hati-hati membawa turun Mak yang masih menggunakan bantuan oksigen. Allahuakbar. Hati semakin sebak. Apatah lagi melihat keadaan Mak yang sedang tenat. Segalanya berlalu sekelip mata. Mak telah menghembuskan nafas terakhirnya selepas pegawai perubatan membuka oksigen. Masih ingat lagi, kedengaran azan zohor semasa Mak pergi menemui Penciptanya.

Alhamdulillah, Mak pergi dengan tenang dan mudah. Genap 14 tahun merasai kasih sayang seorang ibu mertua.Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas roh Mak dan tempatkan Mak dikalangan para solihin. Aamiin.





Friday, May 15, 2015

Mak Mertua Masuk ICU

Assalamualaikum,

Hari Jumaat yang lepas (8 Mei 2015) mak mertua saya mengalami sesak nafas. Sebelum tue mak mertua saya demam dan batuk sahaja selepas selamat pulang dari mengerjakan umrah. Doktor mengesahkan mak mertua saya menghidap H1N1.

Saya mohon jasa baik sahabat-sahabat semua mendoakan yang terbaik buat mak mertua saya yang sekarang berada di wad ICU, Hospital Melaka.

Sedihnya hati hanya Allah yang tahu.

Hari ini genap 8 hari mak mertua di wad ICU.

Ya Allah, Engkau permudahkanlah segalanya buat mak mertua ku.
Aamiin.


Terima kasih buat semua yang telah mendoakan. Hanya Allah yang dapat membalasnya.


Friday, April 24, 2015

Seronoknya Pergi Umrah

Assalamualaikum,

21042015 tarikh hantar mak dan kakak ipar pergi Umrah di KLIA2.

Seronokkan bila kita diberi peluang untuk ke Mekah. Menunaikan umrah dan sebagainya.
InshaAllah ada rezeki dari Allah bolehlah saya dan keluarga ke sana.

Anak -anak selalu cakap nak pergi Mekah. Saya cuma minta mereka berdoa semoga hajat kita dan kewangan kita cukup dan dipermudahkan oleh Allah.

Dapat hantar mak ke KLIA pun dah cukup gembira buat anak-anak. Dapat tengok flight dari dekat. Hehehe.

Makan dulu ya.




Sebelum nak berangkat kita makan dulu ya. Terlalu banyak pilihan kedai makan di KLIA2. Kami pilih kedai Bibik Heritage untuk sarapan pagi.

Walaupun harganya agak mahal tetapi sedap dan berbaloi dengan harganya. Sesekali saya rasa tak salah untuk kita belanja lebih untuk keluarga kan.


Bersama mak mertua.

Kakak ipar yang sporting.

Suami tercinta.

Para jemaah umrah.
Alhamdulillah mak dan para jemaah dah selamat sampai di Mekah. Semoga mereka mendapat keberkatan dan dipermudahkan apa saja urusan yang mereka lakukan.

Aamiin...


Wednesday, April 22, 2015

Tips Bergaya Dengan Dress Murah


Kita sering mendengar istilah ‘berbelanja ikut kemampuan’ bukan? Saya berpendapat bahawa, sesuatu pakaian yang mahal atau yang murah, ia bukanlah kayu pengukur untuk anda kelihatan menyerlah. Apa yang lebih penting adalah bagaimana anda menggayakan pakaian tersebut. Ada diantara pembaca di sini yang gemar memakai dress? Tidak kira apa pun jenis dress yang anda gemari, saya terpanggil untuk memberikan beberapa tips bergaya dengan dress murah online J


Apa yang paling penting, beli dress murah dengan rekaan yang simple. Jangan beli dress yang direka dengan kombinasi warna yang terlalu banyak atau dipenuhi corak yang terlalu padat. Pada pendapat saya sendiri, SIMPLE is MORE. Pilih warna-warna lembut seperti pastel colors atau earth colors seperti beige, dusty pink, light peach, lavender dan banyak lagi.



Untuk gaya yang klasik, gayakan dress murah anda tersebut dengan padanan jacket atau cardigan yang juga simple. Jika tiada jacket atau cardigan, anda juga boleh menggunakan sehelai shawl.



Dan untuk gaya yang lebih ranggi, padankan dress murah tersebut dengan sepasang boots dan bawakan seutas beg tangan yang sepadan. Kini penampilan anda sudah cukup menyerlah walaupun hanya dengan memakai sepasang dress murah!

Senang bukan! Pastikan anda guna tips seperti di atas untuk kelihatan lebih cantik dan menarik. ^_^



Monday, April 20, 2015

Kepentingan Menjaga Silaturrahim

Assalamualaikum,

Hadis-hadis berikut adalah tentang kelebihan menghubungkan silaturrahim :-

Maksudnya :

...Rasulullah SAW pernah ditanya, "Siapakah manusia yang paling utama? ". Rasulullah lalu bersabda, mafhumnya : "Yang paling utama ialah orang yang paling kuat bertakwa kepada Allah, yang paling erat (akrab) perhubungan dengan kaum kerabatnya dan paling suka menyuruh berbuat kebajikan dan menegah kemungkaran".

Pada masa yang lain, Rasulullah SAW telah ditanya, " Katakan kepada-ku, apakah amal yang membawa aku ke syurga dan menjauhkan aku daripada neraka?". Rasulullah SAW menjawab, mafhumnya : "Engkau sembah Allah, jangan sekutukan Dia dengan sesuatu, dirikan sembahyang, keluarkan zakat dan hubungkan antara rahimmu ".

 Rasulullah SAW juga pernah bersabda, mafhumnya : "Tiada langkah seorang hamba yang paling dikasihi oleh Allah melainkan langkah untuk mengerjakan solat fardhu dan langkah kepada kaum kerabat (menghubungkan rahim).

>>>> Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita...Aamiin...



Wednesday, April 15, 2015

Sempena Hari Setiausaha dan PA

Assalamualaikum,

Selamat pagi! Pagi lagi dah update ya.

Lama tak menulis kat sini. Rindu rasanya....

Okay, minggu lepas saya pergi program untuk setiausaha dan PA's. Appreciation program untuk para setiausaha dan PA katanya. Memang seronok sebab ada makan-makan. Haha.

Tapi yang paling tak sangka bila saya dapat cabutan 1st prize pulak tuh. Ingat tak dapat dah. Bertuah rupanya hari tue.Hehe.

Apa hadiahnya...inilah...tadaaa....


Shower Gel + Body Lotion


#terima kasih pada UIA dan pihak peganjur MSD.

Semoga saya terus bersemangat untuk menabur bakti di Taman Ilmu dan Budi ini.

Alhamdulillah...InshaAllah... ^_^


Friday, March 13, 2015

Mak dan Mak mertua

Assalamualaikum,


Penat rasa bila kita asyik memikirkan masalah orang lain. Ya. Masalah yang akan melibatkan keluarga terutama mak.

Sebagai anak mestilah mendengar nasihat dan kata-kata mak. Mak lah tempat kita mengadu, meminta pertolongan bila dalam kesusahan dan meminta nasihat serta pandangan.

Apabila situasi yang melibatkan mak dan anak menantu berlaku. Agak sukar untuk di terangkan. Bukan mak membela anak sendiri walaupun mak lebih kenal anak sendiri dari menantu. Inilah kesalahan dan label yang biasa digunakan bila berlaku salah faham dalam keluarga.

Anak sendiri atau menantu itu perlu tahu tanggungjawab masing-masing. Mak atau mak mentua adalah sama. Layanan untuk mak dan mak mentua perlu sama. Tiada bezanya.

Semoga Allah sentiasa memberi pertolongan kepada hambanya.

Alhamdulillah. Mak mentua saya sangat baik orangnya.


Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers