Fikiran aku tetiba terkenang pada arwah anakku, Nur Aqilah Sofiya.Kenangan aku bersamanya masih bermain difikiran.4hb Oktober 2008,aku selamat melahirkan bayi perempuan melalui pembedahan.Aku terpaksa dioperate kerana anak aku berada dalam keadaan songsang.Inilah kali pertama aku dioperate.Aku hanya dapat berdoa semoga semuanya selamat.Alhamdulillah semuanya selamat tetapi keadaan anakku pula yang membimbangkan aku.Bayiku terpaksa ditempatkan di wad NICU kerana kurang berat & mengalami komplikasi lain.
Sedih bila terkenangkan kisah ini.Doktor telah berjumpa dengan suamiku & memberitahu keadaan bayiku.Setelah 1 hari aku hanya berbaring di katil, aku dibenarkan berjalan & melawat anakku di NICU.Jarak wad aku & NICU agak jauh jugak tp aku berjalan perlahan2 demi melihat anakku.Pagi itu doktor memberitahu pula padaku apa masalah bayiku.Hanya tuhan saja yg tahu perasaaanku apabila doktor mengesahkan bayiku menghidap penyakit 'Edward's Syndrom'.Dan kebiasaannya bayi yang menghidap penyakit ini akan hidup paling lama pun 1 bulan aje.Aku menahan perasaan & tangisanku didepan doktor..dan sekadar mengganggukkan kepala."YA ALLAH, ENGKAU SELAMATKANLAH ANAKKU & BERIKANLAH AKU KEKUATAN"..aku hanya dpt berdoa...berdoa & berdoa.
Airmataku berlinangan tatkala menatap wajah bayiku.Selama seminggu aku duduk di NICU...aku rasa puas menatap wajahnya...kubelai kakinya,tangannya,ku tukar lampinnya....itu sudah cukup puas bagiku walaupun hanya sementara.x tertahan rasanya utkku terus menulis kisah ini....hatiku sebak...pilu.26 Oktober 2008, pkl 7.30 pagi aku mendapat panggilan dari pihak hospital memberitahu bayiku dlm keadaan tenat.Bergegas aku siap & mengejut anakku & terus ke rumah mak.Semasa dalam perjalanan ke hospital aku berdoa didalam hati...airmataku x henti2 keluar.Sampai di hospital aku & suami terus menuju ke arah bayiku...mmg sedih keadaannya...waktu itu hayatnya hanya menuggu masa saja.
Aku menatap penuh wajahnya & sempat aku mengambil gambarnya setelah doktor membenarkan.Waktu tue mataku asyik memandang mesin bantuan yg dipasangkan pada anakku.Bila keadaan dia semakin menurun aku pun panggil nurse & doktor.Tepat pkl 8.55 pagi anakku telah pergi buat selama2nya.Aku sendiri melihat tatkala saat nafasnya yg terakhir.Suamiku memandang ke arahku dengan tanda tanya."Maafkan Ibu Sayang..."bisikku di dalam hati.Itulah pengalaman yg x dpt aku lupakan.Anak2ku yg lain sering juga bertanya tentang adiknya.Setiap kali aku balik ke kg(melaka)pasti aku & famili pergi menziarahi pusara.Al-Fatihah..
Hai mun...
ReplyDeleteSedihnye bila tbaca kisah nie... Nak wat cam ner Allah lebh syngkan nye...! kita sedekah jea la al fatihah kpdnye..menandakan kita ingat pd nyea..x pe.. umur masih muda... bila lg..?hik3
Buat masa nie rehatlah dulu...besarkan anak2 dulu...pas tue baru leh tambah.Hehehe...sedih x hilang lagi nie.
ReplyDeleteSis, sabarlah. Memang sedih sbg ibu yang kehilangan cahayamata... Mudah pada org lain untuk cuma cakap 'bersabarlah mun'...tapi tak seberat dada org yang menanggung derita. Akak faham perasaan mun tapi, cuma perkataan 'sabarlah mun' je yg ada. Insyaallah, nanti ada rezeki lagi, dapat baby girl yg sihat dan sempurna. Sabar...ada hikmahnya mun. Akak pun sedih sangat waktu lawat mun dalam pantang kat rumah dulu, tapi airmata ni dpt ditahan. Takut mun lagi sedih pulak nanti.
ReplyDeleteTerima kasih semua kerana dtg lawat mun ari tue.
ReplyDeletesalam
ReplyDeleteakak
sedih tol ayu baca kisah akak ni
nama ank akak lebih kurang jer dgn ank ayu
ank ayu lelaki
thru ceasarian gak
lahir jan 2008
nama dia aqil hammam
sedihnyer
ank pmpuan plak tu
hmm...
sedihnyer...
sedih...
tak psl2 air mata ni meleleh..
sabo yer kak
tabahkn diri
mmg akn terkenang nnti hingga akhir hayat..
mun, tajuk post ni pon dah sedih baca para satu lagi tambah sedih, noor kene stop baca until kat tukar dypers baby sbb seterusnya xleh nak baca sbb air mata dah terkeluar adoi,kita yg hanya melihat mendengar pon xtahan menahan sedih ni kan yg merasai kesedihannnya, apa2 pon mun, mmg kematian tu susah diterima, tp percayalah only time can heal the pain, ambik masa nak ilangkan kesedihannya,xpa mun mun dah selamat kat syurga, sbb anak mun dah tunggu kat pintu syurga, dia xkan masuk syurga untile her mother and her father enter the syurga, kami2 yg lain masih xtau leh masuk syurga ke x, mun dah ada tempat dah inshallah, doa bnyk2 ya mun...
ReplyDelete