Showing posts with label Baby. Show all posts
Showing posts with label Baby. Show all posts

Thursday, September 18, 2014

Arif, 7 bulan

Assalamualaikum,

Hai..hai...hai.
Jumpa lagi kita di sini.Alhamdulillah.

Arif dah 7 bulan. Rasa macam cepatnya masa berlalu.
Putaran bumi dah semakin laju.

Bijak...memang bijak. Sejak mak jaga, macam-macam cerita mak beritahu pasal Arif.
Semua yang baik-baik.Hehe.
Cerita pasal Arif dah bijak. Bijak akal. Bila bagi susu tak nak, rupanya suruh bawa keluar jalan-jalan kat luar. Hishhh. Memang bijak budak nie.


1 2 3 senyum...


1 Oktober nanti Arif dah mula masuk Nursery di IIUM Educare.
Mak dah mula rindu dengan Arif. Tak pe Mak, nanti tiap minggu bawa Arif jumpa Mak.
Okay! Cucu-cucu semua sayang kat Mak.

Luv,

Wednesday, March 26, 2014

Muhammad Arif Amin di sini!

Assalamualaikum,

Hai sahabat² semua.

Lama tak update. Hari nie baru ada masa nak tulis dalam blog.

Lama menghilang bukan tak de masa tapi cuti berpantang. Alhamdulillah pada 3 Februari 2014 saya telah selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Arif Amin. Berat masa lahir 3.08kg.


Sekarang dah umur 1 bulan berat dah 4kg. Nenek yang tolong jaga pun tak larat nak dukung lama². Memang seronok bila ada baby baru. Ramai yang nak gomol dan geram kat Arif.

Semoga Arif menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat.




Thursday, February 21, 2013

Baby Ariq - 8 bulan

Assalamualaikum...


Perkembangan baby Ariq pada usia 8 bulan amat memberangsangkan. *smile*

Pada usia 8 bulan baby Ariq dah pandai merayap, nak kata merangkak belum lagi. Sekali dapat merayap memang jauhlah baby Ariq pergi. Kalau boleh nak masuk bawah sofa tapi nasib baik tak boleh sebab sofa tue rendah kakinya. *lega*

Sepatutnya baby usia 8 bulan dah pandai duduk dan berdiri tapi baby Ariq belum lagi atau tak ikut step. Sebab abang²nya dulu pun lambat berjalan. Umur setahun sebulan baru boleh jalan.

Sekarang nie baby Ariq dah mula nak angkat punggung, mungkin nak merangkak.

Penglihatan pun dah semakin baik. Apa yang saya baca dalam babycenter, penglihatan baby usia ini hampir sama seperti orang dewasa dari kejelasan dan persepsi dalaman.Walaupun pernglihatan jarak dekatnya masih lebih sempurna dari jarak jauhnya, penglihatannya sudah cukup baik untuk mengenali orang dan objek merentasi bilik.

Jika bukan sekarang mungkin tidak lama lagi baby Ariq akan mula merangkak, duduk dan berdiri.

Happy reading!!








Friday, August 3, 2012

Lahirnya Putera Ariq

 Assalamualaikum...

Tanggal 31 May 2012 pukul 10.05 pagi, aku telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang comel dengan berat 3.27kg. Syukur alhamdulillah....


Dengan rasa sayu, aku mencium bayiku. Perasaan berdebar semasa proses kelahiran terus hilang. Aku bersalin melalui pembedhn, kesakitan selepas operate memang sakit...susah nak digambarkan dengan kata².

Walaupun sakit kugagahi jua diri ini untuk bangun dari katil. Aduh!Hanya Allah Maha Mengetahui.Memang diikutkan sakit tak nak bangun dari katil tapi sampai bila...takkan tak pergi tandas atau mandi.Lagipun hari ke-2, nurse suruh bangun..bergerak dan pergi buang air. Kalau tak pergi nanti nurse akan tanya lagi dan lagiiii...

Hari ke-3 alhamdulillah keadaanku bertambah pulih...dah boleh jalan² dan dukung baby. Bagi susu badan pun dah senang duduk kat kerusi je. Nak baring nanti susah nak bangun pulak. Dan hari nie jugak aku telah dibenarkan pulang setelah 4 hari berada di hospital Selayang. Hari Rabu check-in..hari Khamis bersalin...hari Sabtu dah boleh balik rumah.Yahoo :-)

Terima kasih kepada kawan² yang telah mendoakan kesihatan saya dan baby. Terima kasih juga kepada nurse & doktor yang banyak membantu. 

Thank you very much!!♥♥♥





Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers