Showing posts with label Cuti. Show all posts
Showing posts with label Cuti. Show all posts

Tuesday, October 23, 2012

Cuti ke??

Assalamualaikum...

24.10.2012 - Ramai ke cuti??

Hari nie kat opis ada yang dah mula bercuti raya. Cuti bukan bermakna duduk depan TV atau saja² nak cuti. Biasanya orang cuti sebab ada hal mustahak dan kecemasan. Tapi hari nie orang cuti sebab hari raya Haji dah nak dekat. So, banyak keperluan seperti barang dapur yang belum di beli. Ada juga yang sibuk nak kemas rumah dan sebagainya.

Esok 25.10.2012, lagi ramai yang cuti sebab raya Haji jatuh pada 26.10.2012. Sesiapa yang sambut hari lahir pada raya Haji bolehlah sambut sekali...hihi:-)

Hari raya Haji tahun nie saya raya kat Keramat dulu bersama dengan Mak tersayang serta adik beradik yang lain. Petang raya baru gerak balik Melekek, Alor Gajah. Minggu depan kami sekeluarga pergi jalan² kat Penang...yeay!!!Aktiviti setiap tahun bagi kami adik beradik. Bawa anak² berjalan.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha 1433H. Selamat pulang ke kampung dan berhati² di jalan raya. Pe@ce!

Munira :-)
-kat opis atas kerusi...hihi.

Friday, May 25, 2012

Mengemaskini keje Sebelum bercuti panjang

Assalamualaikum...

Jumpa lagi dihari Jumaat yang mulia ini...

Selamat solat Jumaat kepada semua kaum Adam...

Semalam saya last check-up antenatal di klinik. Everything is ok. Bila dah masuk 37 minggu mulalah hati berdebar...risau...walaupun c-sor. Sebab kena c-sor lah saya risau...kalau boleh nak bersalin normal tapi tak tahulah...mungkin dengan kuasa Allah apa² boleh terjadikan!

Dan hari nie jugak last day saya keje sebelum berpantang selama 2 bulan. Bukan senang nak jaga diri dalam pantang, tambahan pula bila bersalin c-sor. Penjagaan lepas c-sor kena lebih berhati², sakit memang sakit. Saya dah pernah rasa sakit c-sor sebelum nie so memang terbongkok-bongkok nak jalan masa hari pertama bersalin. Nak pergi tandas pun kena tahan sakit dibahagian c-sor tue...Huhu..hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Persiapan dan kelengkapan untuk saya dan baby pun dah siap. So weekend nie nak kemas² rumah...mop rumah (keje suami...hehe).Dah dekat² due memang saya tak larat nak jalan jauh atau lama². Sakit kat bahagian pinggang dan perut pun dah mula terasa. Orang kata waktu niela rasa macam tak sabar nak bersalin...sebabnya tak tahan nak membawa perut yang boyot.Hihihi....

Bila nak cuti lama sure keje² kena siapkan supaya tak menyusahkan orang lain.:-)

Nasib baik time nie student sedang exam dan akan bercuti lama so tak banyak sangat keje² yang nak kena siapkan. Keje saya nie buat payment from scholar untuk pelajar. 

Kebetulan kena pulak dengan cuti semester dan due saya.Seolah² macam saya pun turut cuti semester.Hahaha...

Bezanya saya akan masuk keje awal sikit dari student. Masuk keje waktu puasa...bestnya!!

Salam Ramadhan kepada semua Umat Islam...jgn ponteng² puasa tau!:-)

Doa saya semoga saya dan baby selamat dan semuanya berjalan dengan lancar...Ameen!

SmiLe:-)

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers