Showing posts with label MH17. Show all posts
Showing posts with label MH17. Show all posts

Friday, August 22, 2014

#MH17 : Hari Berkabung Malaysia

Assalamualaikum,

Hari ini 22 Ogos 2014, hari berkabung bagi semua rakyat Malaysia.
Hari ini pada pukul 10.54 pagi seluruh negara bertafakur selama seminit bagi memberi penghormatan kepada 20 rakyat Malaysia yang terkorban dalam nahas MH17.




Sedih.
Sebak dada bila tengok siaran langsung di kaca TV. Tak tahu nak kata apa.
Cuma doa dan Al-Fatihah sahaja yang dapat disedekahkan kepada mangsa MH17 yang beragama Islam.
Semoga roh mereka tenang dan ditempatkan bersama-sama para solihin. Amin.




Friday, July 18, 2014

Nahas Pesawat MAS MH17

Assalamualaikum,

Pagi tadi, bangun sahur.
Tengah keluar masuk dapur untuk hidang lauk sahur. Husband bangun buka TV. Astro Awani.
Eh...siaran langsung? MH17 terhempas di Ukraine. Ya Allah!

Terkejut bila dengar berita pesawat MH17 ditembak jatuh.
Belum hilang kesedihan MH370. Kini MH17 pula.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui setiap kejadian.

Semoga keluarga mangsa MH17 tabah dan sabar.
Mungkin ada hikmah disebaliknya.
Saya disini hanya dapat berdoa semoga roh mereka yang beragama Islam di tempatkan bersama orang yang beriman.

Al-Fatihah.


Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers