Showing posts with label ibu hamil. Show all posts
Showing posts with label ibu hamil. Show all posts

Wednesday, May 14, 2014

Pengalaman bersalin siri 2

Assalamualaikum,

Sambungan....

Lepas 5 hari di wad, saya dibenarkan pulang. Hari Isnin, 3/2/2014 saya datang bekerja seperti biasa. Tapi pagi tue ada checkup jadinya pergi ke klinik dulu baru masuk pejabat. Checup macam biasa tak de apa² masalah, cuma keletihan sikit sebab asyik ulang alik hospital, rumah dan klinik. Fuhh! (lap peluh...)

Petang tue saya ke tandas nak ambil wuduk.

Tanpa di sangka tanda² nak bersalin dah ada. Darah...

Saya rilek lagi sebab tak sakit lagi. Tapi dalam hati tetap risau. Yela buatnya nak bersalin kan susah jadinya.
Apapun saya dah beritahu suami dulu supaya suami tak kemana².
Pukul 5 terus balik, ambik anak², balik rumah ambil beg baju dan terus ke keramat hantar anak² kat rumah mak.

Dalam hati terus berdoa supaya semuanya selamat dan dipermudahkan.

Lepas maghrib terus ke hospital Selayang.
Pergi dewan bersalin dan check in.

Alhamdulillah doktor yang bertugas ada. Bila semua prosedur dah buat terus saya ditolak ke dewan bedah.
Operate lagi...(dah tau dah).

Syukur alhamdulillah, bayi selamat dilahirkan pada jam 9.49 malam. Lepas baby dibersihkan, nurse pun tunjuk kat saya baby. Boy again...it's ok. Apa yang penting baby dan ibu sihat dan selamat.
Hanya Allah yang tahu sakitnya dan peritnya Ibu yang melahirkan anak.

Arif dan neneknya...

Oleh itu hargailah Ibu selalu...ya!

Sekian...

Tuesday, November 26, 2013

Kandungan 26 Minggu

Assalamualaikum,

Saya doakan semua rakan-rakan dalam keadaan sihat sejahtera. Semoga urusan kita seharian dipermudahkan olehNya. Ins Sha Allah!!!


Alhamdulillah, kandungan sekarang dah masuk 26 minggu. Betapa cepat masa berlalu. Bayi dalam kandungan pun dah bertambah aktif. Pergi check up bulanan pun dah macam biasa, kena ambik darah dan periksa jantung bayi. Rutin bagi setiap ibu yang mengandung.

Cuma keadaan saya sekarang nie kurang sihat, musim demam dan batuk agaknya. Batuk belum baik lagi. Memang stress gak bila batuk masa mengandung nie. Sakit kat bahagiam abdomen bila kita batuk. Aduss!! Semoga Allah berikan kesembuhan yang cepat. Tak larat dah sebenarnya nak layan batuk dan sakit tekak nie. Waktu siang boleh tahan lagi tapi bila malam mula batuk sampai muntah-muntah. Huhu. Kesian tengok ibu yang hamil bila batuk (macam saya nie....). Sampaikan En Suami belikan strepsil untuk legakan tekak.
Pergi klinik doktor beri ubat demam dan ubat hisap je (untuk tekak) sebab saya mengandung so ubat terhad. Nasihat cuma minum air masak banyak-banyak. Ya!Itu yang terbaik untuk ibu hamil. :-)

Minggu lepas sibuk dengan Hari Konvokesyen di UIAM. Saya bukan terima scroll tapi saya buat bisnes jual bunga je. Tapiii....adat berniaga memang ada turun naiknya. Untung atau rugi tue perkara biasa. Walaupun tak berapa sihat saya kuatkan badan dan sama-sama tolong suami.

Yang terbaik semuanya dari ALLAH s.w.t.

Selamat membaca! :-)

Wednesday, October 23, 2013

Kandungan 21 Minggu

Assalamualaikum,

Sob..sob..sob!Bunyi hidung tersumbat kerana selsema. Hari nie rasa ringan jari nak update blog.

Cerita pasal kehamilan memang banyak idea nak tulis. Macam-macam kerenah bila masuk alam berbadan dua. Emosi berubah, hormon tak menentu, menangis tak tentu pasal dan sebagainya.

10hb ari tue pergi buat detailed scan kat Hospital Selayang. Alhamdulillah baby normal dan tiada masalah.
17hb pula pergi checkup bulanan kat KK Selayang Baru. Alhamdulillah baby sihat dan dah aktif bergerak.
Waktu checkup nie banyak pula kena buat, menunggu lama dah satu hal kena pula ambik darah, suntik kancing gigi dan jumpa doktor gigi.

Jadinya semua kena cucuk.Hehe.
Gigi kena tampal dan cuci sekali.
Lengan kena cucuk ambik darah.
Bahu kena cucuk kancing gigi.
Hurmm...letih.

Tak pe demi kandungan yang di kendong...
Ibu sanggup kena cucuk..hihi.
Yang penting kandungan dan baby sihat.

Seronok bila tengok ibu-ibu mengandung.Comel je perut memasing.

Happy Reading!!!

Monday, July 15, 2013

Hamil kali ke - 7

Assalamualaikum,


Muka berkerut...hati risau...
Mmmm...kenapa lewat pula?Hati mula bertanya.

Seminggu menunggu dan menghitung hari. Be positive!
Setelah pelbagai andaian dan rujukan telah dibuat akhirnya saya telah membuat satu keputusan.

Itulah orang perempuan. Ariq baru setahun lebih. Boleh ke?
In Sha Allah. Allah kan ada bersama kita.

Tekad untuk membuat ujian. Positive! Memang seperti diduga.
Ya Allah! Alhamdulillah di atas rezeki yang telah Engkau berikan kepada kami.

Tarik nafas dan teruskan perjalanan hidup seperti biasa.
Si suami biasa aje. Si ibu mula bimbang tentang keadaan dirinya.
Semoga semuanya baik dan dipermudahkan.

Tak sangka secepat ini rezeki untuk kami.
Saya hanya dapat berdoa kepada Allah semoga anak yang bakal dilahirkan bulan Februari tahun depan sihat dan comel. Memiliki sifat-sifat yang baik dan menghormati ibubapa.
Dan diberi cukup segala sifat dan sihat tubuh badan.

Doakanlah yang terbaik untuk saya ya!
Terima kasih!

Wednesday, February 27, 2013

Bolehkah Warnakan Rambut Semasa Hamil?

Assalamualaikum...

Semalam saya ada beli majalah Harmoni keluaran baru, ada satu topik yang menarik minat saya untuk berkongsi kepada semua pembaca terutama ibu yang sedang hamil. Masa saya hamil pun tak pernah terfikir untuk mewarnakan rambut. Jadi, di sini ada tip untuk ibu hamil mengenai topik ini.


Bagi ibu hamil yang ingin melakukan rawatan dan proses mewarnakan rambut boleh mengikuti beberapa tip di bawah :-

  • Jika boleh, tunggu sehingga kandungan telah masuk trimester kedua sebelum anda membuat keputusan untuk mewarnakan rambut. Pada peringkat ini, perkembangan dan pembesaran janin sudah melepasi peringkat yang berisiko.
  • Pilih salun yang mempunyai ruang pengudaraan yang sempurna. Ia dapat memberikan manfaat kepada pernafasan anda.
  • Pilih jenis pewarna rambut yang bebas ammonia. Mungkin sebelum menjejaki ke salun, anda boleh melakukan sedikit penyelidikan menerusi internet supaya anda lebih bersedia untuk bertanya kepada pakar kecantikan.
  • Mungkin anda boleh menggunakan inai yang lebih semula jadi.
  • Jika anda sendiri melakukan proses mewarnkan rambut, pakai sarung tangan semasa proses tersebut.
  • Segera mencuci rambut anda selepas melakukan proses mewarnakan. Elakkan kulit kepala anda terdedah terlalu lama dengan bahan kimia.

-Happy Reading!-

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers