Tuesday, August 19, 2014

Kami pilih Ramly Burger

Assalamualaikum,

Cuba tengok gambar kat bawah.
Pernah cuba makan burger Ramly tak?
Sedapkan?

Pertama kali pergi ke restoran Ramly di Mukim Batu, Gombak. Dekat pula dengan rumah dan tempat kerja.
Tengahari terus ajak suami pergi sana. Dah lama sebenarnya nak pergi. Selalu tengok dalam TV jer iklan Ramly.

Ingat jauh tapi dekat aje rupanya. (boleh pergi hari²..haha)


Citarasa pelanggan memang berbeza tapi saya rasa sangat hebat burger Ramly. Kentang goreng pun besar dan sedap. Bolehlah ganti dengan McD kalau teringin nak makan burger.

Kat sini pun boleh beli produk sejuk beku Ramly. Jom kita bertukar ke Ramly...

Pastikan Ramly baru beli...okay!


Wednesday, August 6, 2014

Salam AidilFitri 1435H

Assalamualaikum,

Sempat lagi nak buat ucapan rayakan? Rayakan sebulan.

Jadi di kesempatan ini saya ingin memohon ampun dan maaf jika ada salah dan silap, terkasar bahasa yang menyinggung perasaan korang kan. Kosong-kosong ya!

Gambar raya cuma ada satu nie je. Tak sempat, sibuk dengan tetamu yang datang.


Merah tak?
Kaler nie je yang sama kaler dengan baju yang ditempah. Nasib baik jumpa. Hehe.

Tahun nie raya di Keramat rumah mak. Petang raya pertama baru pulang ke kampung suami di Alor Gajah, Melaka.

Seronok dapat cuti seminggu. Tue pun nasib ada cuti lagi 5 hari. Kalau tak raya ke 4 dah kerja. Huhu.
Tahun nie cuti kena bajet. Nak pergi holiday pun kena tengok dulu cam ner. Lagipun tahun nie Haziq ada UPSR. Kecut perut fikir pasal exam anak. No more TV and berleter. :-P

Doakan kejayaan Haziq dalam UPSR 2014 ya!

Terima kasih!!! Sayang korang....

Wednesday, July 23, 2014

Ramadan dan Syawal

Assalamualaikum,

Nak raya dah??
Sedih nak tinggalkan Ramadan. Bulan yang mulia dan banyak keistimewaannya.
Rasa macam sekejap je puasa tahun nie.

Sumber: Google

Persiapan raya macam biasa je. Beli baju untuk anak-anak. Tapi tahun nie anak-anak dah pandai pilih baju sendiri. Letih juga sebab kena tengok dulu harganya. Nanti terkezut pula ayahnya. Hahaha.

Apa tema korang tahun nie?
Warna merah maroon. Itu je yang nampak didepan mata. Kebetulan baju yang saya tempah pun warna yang sama. Jadinya warna tuela ya nak! Tak payah nak pening-pening kepala fikir pasal warna.
Kuih raya beli je. 2-3 jenis pun dah cukup. Nak bagi mak dan mak mentua sekali.

Tahun nie raya kat Keramat dulu. Boleh tolong mak sikit-sikit. Hehe. Ada baby tak boleh nak buat kerja lebih-lebih, melainkan ayahnya yang tolong jaga anak. Rumah pun belum kemas lagi. Kain langsir pun tak keluarkan lagi. Pakai kain langsir yang lama jela. Bajet pun tak banyak. Simpan untuk anak-anak sekolah.

Anak dah ramai baru ingat nak berjimat itu ini. Betul. Terasa sungguh bila anak dah besar. Barang semua dah mahal. Apapun rezeki untuk anak-anak inshaAllah ada.

Di kesempatan ini saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin....
Berhati-hati semasa memandu dan semoga selamat sampai ke kampung halaman atau destinasi yang dituju.
Makan ketupat tue ingatlah kat saya ya!

Sunday, July 20, 2014

Al-Fatihah buat Kak Ngah

Assalamualaikum,

19 Ramadan 1435H / 17 Julai 2014.
Perginya seorang ibu kepada 4 orang anak. Sepupuku.
Suzila atau lebih mesra dengan panggilan Kak Ngah dikalangan adik beradik dan sedara mara.

Setelah hampir 5 tahun menghidapi sakit kanser payudara, tepat jam 10.15pagi Kak Ngah telah kembali kerahmatullah.

Sedih. Tatkala saya membaca whatsapp dari adik. Ya Allah. Sebak hati saya. Air mata bergenang.
Ya. Allah lebih menyayangi arwah.

Kak Ngah seorang anak dan ibu yang baik. Peramah dan suka senyum bila berbicara. Masih teringat wajah dan suara arwah.

Semoga arwah Kak Ngah ditempatkan dikalangan para solihin. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t. Aminn ya rabbal alamin.

Al-Fatihah.

Sad Moment!


Friday, July 18, 2014

Nahas Pesawat MAS MH17

Assalamualaikum,

Pagi tadi, bangun sahur.
Tengah keluar masuk dapur untuk hidang lauk sahur. Husband bangun buka TV. Astro Awani.
Eh...siaran langsung? MH17 terhempas di Ukraine. Ya Allah!

Terkejut bila dengar berita pesawat MH17 ditembak jatuh.
Belum hilang kesedihan MH370. Kini MH17 pula.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui setiap kejadian.

Semoga keluarga mangsa MH17 tabah dan sabar.
Mungkin ada hikmah disebaliknya.
Saya disini hanya dapat berdoa semoga roh mereka yang beragama Islam di tempatkan bersama orang yang beriman.

Al-Fatihah.


Wednesday, July 16, 2014

Manja Ibu

Assalamualaikum,

Gambar terbaru Arif.
Saja suka-suka ambil gambar Arif.

Dah lasak sikit Arif sekarang nie. Nak pakai diaper pun dah susah sikit sebab Arif suka angkat punggung,


Muka bijak. Geram je bila peluk Arif.
Hari-hari kena cium manja dengan Ibu.
Semoga Arif menjadi anak yang Soleh. Aminn.

Mother of 5.


Krim Herba Bayi Tropika

Assalamualaikum,

Mula-mula saya diperkenalkan dengan produk nie dari FB kawan. Kebetulan dia ada jual krim herba Tropika.

Waktu tue, Arif kena batuk dan selsema. Nak bagi ubat memang tak boleh sebab masih bayi. Jadi, saya pun cuba beli krim herba nie. Dah 2 kotak saya guna. Alhamdulillah sesuai untuk Arif. 2 bulan saya guna Arif dah baik batuk dan selsema.


Okay, sekarang saya nak kongsi tentang kebaikan produk nie....

KRIM HERBA BAYI MINYAK KELAPA DARA TROPIKA dengan ramuan minyak eucalyptus (minyak kayu putih), halia dan herba tropika membantu melegakan perut kembung serta perut berangin bayi (colics).

Antara keistimewaan krim herba TROPIKA ialah :-
  • krim tidak panas serta sesuai untuk kulit bayi dan kanak-kanak
  • krim mudah meresap serta tidak meleleh atau melekit bila disapu
  • krim herba TROPIKA juga berfungsi seperti Viks herba yang melegakan batuk dan selsema 
  • sesuai diguna untuk masalah batuk, selsema, kembung perut, sesak nafas, banyak kahak serta lelah
  • krim ini hanya mengandungi bahan-bahan herba tropika yang halal dan suci serta tiada unsur alkohol atau seumpamanya

Cara Guna :-

Sapu krim pada dada dan belakang anak umtuk menghilangkan kahak atau phlegm serta bunyi "wheezing".
Sapu krim pada perut serta kedua telapak kaki bayi setiap kali selepas mandi atau bila perlu. Boleh di sapu pada dada dan ubun-ubun kepala supaya bayi sentiasa selesa sepanjang hari.

Baguskan? Memang sangat berkesan.

Nak cuba? Saya tak jual tapi sesiapa nak order boleh hubungi :-

Ciciyaya Shop 016-3313290
FB : Ciciyaya Shop / Cici Ery



Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers