Assalamualaikum...
Yesss!
Akhirnya sampai jua kami di sini. Dah lama budak-budak tanya bila nak pergi Legoland. Kami semua sampai di sini sebab IEEP Program a.k.a Family Day. Tahun nie company buat family day kat sini selama 3 hari 2 malam. Best kan?
Tapi penginapan kami di Pariss Hotel di Skudai. Dari hotel nak ke Legoland cuma 5-6 minit je. Kejap je dah sampai....
Seronok bila dah sampai tapi jauhnya hanya kakiku yang tahu...hahaha. Letih kut...
Kesian kat Ariq yang kepanasan dan budak-budak yang terpaksa berjalan kaki dari bus stand ke pintu masuk Legoland. Dari situ kitaorang ikut walkway yang telah disediakan. Takdelah kena hujan atau panas.
Ramainya orang memang tak boleh nak cakap. Memang ramai...so kena awasi anak-anak yang sedikit nakal atau suka jalan seorang diri.
So nielah gambar-gambar kami yang sempat saya ambil. Memang cantik view kat sini. Sesuai untuk bawa keluarga berjalan-jalan sempena cuti sekolah. Cuma sediakan duit aje...
Makan minum kat sini memang mahal. Air Ribena botol berharga RM6.00/botol. Air nie pun beli sebab Zharfan dah tak tahan sangat dahaga. Air mineral ada tapi dia nak air sedap...hmm...sabar jela.
Keluar dari Legoland pukul 1.30 tengahari dari pukul 10.00 pagi. Itupun sebab nak makan tengahari kat luar. Ingat nak masuk balik tapi tengok anak-anak dah letih, baby pun dah meragam...kita orang pun balik awal. Kebetulan bas pun dah tunggu dan cuaca pula nak hujan.
Oklah setakat nie je kisah kami di Legoland. Tak tahu bila lagi dapat pergi. Hehehe...
Sudi-sudilah membaca ya!
Pe@ce Munira :-)
seronoknye fmly day kat sne
ReplyDelete