Monday, August 16, 2010

Salam Ramadhan 1431H

Assalamu'alaikum wrt. wbt.

Selamat Berpuasa buat kawan2 semua...Lama dah x update blog nie..masa x mengizinkan...Sempena di bulan yang mulia ini me ingin memohon ampun & maaf sekiranya terdapat salah & silap selama ini.

Pada bulan Ramadhan nie me dapat berpuasa bersama suami & anak2 semua..Alhamdulillah!Syukur pada Allah kerana Dia memberi kite kesempatan & kehidupan lagi untuk menikmati bulan yang mulia ini.

Anak me yang sulung Haziq, telah mula berpuasa penuh..yang ke2 Danish,masih baru nak belajar berpuasa..sekarang nie pun dia berpuasa separuh hari saje..Oklah...Insyallah lama2 dia akan biasa nanti.

Waktu berbuka puasa kami sekeluarga selalu masak di rumah kalau belipun sekadar kuih saja itupun x selalu.Bulan Ramadhan nie me lebih suka masak sbb anak2 semua dah besar & lebih suke makan nasi.Memandangkan kos perbelanjaan sekarang nie pun mahal2 belaka.Pejam celik anak2 dah besar..sekejap jer masa berlalu..x sangka dah 9 tahun me berumahtangga dengan suami tersayang.Segalanya diharungi bersama..pahit manis..suke duka...Ya Allah aku berdoa padamu semoga Engkau panjangkan Usia perkahwinan kami..AmiN!

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers