Monday, April 29, 2013

{MasterChef Selebriti Malaysia Musim Ke-2} Zain Tersingkir

Assalamualaikum,

Musim kuali panas sudah bermula. Selebriti Malaysia mula menunjukkan bakat masakan mereka dalam rancangan 'MasterChef Selebriti Malaysia Musim ke-2'.

Sepanjang tengok MasterChef nie, tiada lagi apa-apa yang 'HoT' tapi malam tadi bermulalah episod panas apabila Zain telah tersingkir di dalam ujian penyingkiran. Dengan tema buah-buahan, Zain Saidin gagal memberi masakan yang disukai oleh Chef.



Dan tindakan Zain yang menyalahkan Chef dalam episod malam tadi sungguh mengecewakan ramai pihak. Saya juga tidak bersetuju dengan cara Zain menggunakan panggilan 'awak' kepada Chef. Sungguh kurang sopan. Inikah budi bahasa yang  Zain gunakan bila dalam keadaan marah?

Tepuk dada tanyalah selera.

Hak keadilan adalah di tangan Chef. Mereka lagi banyak pengalaman dalam bidang masakan. Semua Chef adalah Profesional. Usah dipertikaikan lagi.

Harap Zain memohon maaf pada Chef dan sedar akan kesilapan yang telah dibuat. Tak payah tunggu hari raya baru nak minta maaf,okay!

Tak sabar tunggu episod seterusnya....




Friday, April 26, 2013

Ariq suka main Kompang!

Assalamualaikum,

Salam hari Jumaat!

Petang semalam bila sampai rumah, layan Ariq jap. Tak sangka pula Ariq suka dengan kompang. Kompang budak-budak. Pandai pula tue pegang, ada gaya. Hihi... (ikut siapa lah agaknya) ^_^


Siapa nak main kompang dengan Ariq?Hehe...



Apa maksud Gwiyomi?

Assalamualaikum,

Hai! Dah jadi satu fenomena pula 'Gwiyomi' niekan. Apa maksudnya?

Gwiyomi bermaksud comel/cute.
Gwiyomi yang sebutannya adalah Kiyomi di nyanyikan oleh Jung Ilhoon, ahli band boy Korea, BtoB.

Fenomena ini menjadi ikutan kerana melodi dan lirik lagu yang comel dan pengikut yang mengikuti lagu ini sangat comel.


Comelkan Wawa Zainal buat Gwiyomi. Cute je!

Lirik lagu Gwiyomi dalam Bahasa Inggeris

Over a chocolate muffin
Waiting for a cup of savory milk
Oppa and I sit facing each other 
And scribble on each other's hands

Don't look at other girls
No matter what they say
You're mine (You're mine)
Don't even talk to other girls
I'm yours (I'm yours)
Please pinky promise me
That you'll never leave me alone

1 plus 1 equals Kiyomi
2 plus 2 equals Kiyomi
3 plus 3 equals Kiyomi
Ki- Ki- Kiyomi, Ki- Ki- Kiyomi
4 plus 4 equals Kiyomi too
5 plus 5 equals Kiyomi too
6 plus 6 equals chu chu chu chu chu chu Kiyomi
i'm Kiyomi








Thursday, April 25, 2013

Jenis LELAKI yang Orang PEREMPUAN suka!

Assalamualaikum,

Salam hari Khamis. Kejap dah nak Jumaat. Okay! Hari ini saya saja nak share topik seperti di atas.

Agak-agak betul ke?


Jom kita baca :-

  • LELAKI Yang Prihatin - Mendengar dengan teliti apa yang wanita cakap. Bukan masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.
  • LELAKI yang menjadi Penawar - Rajin dan pandai memberikan kata-kata keramat untuk jadi penawar hati wanita. Walaupun kurang rupa, tidak mengapa. Yang penting wanita sentiasa menghadapi kemungkinan untuk di timpa sakit, dari sakit mata sampai sakit jiwa raga. Oleh itu hatinya perlu amat perlu dijaga. Kata-kata manis lagi betul susunan nahunya yang datang dari mulut lelaki, akan menjadi penawar segala bisa.
  • LELAKI yang memberi Kebebasan Sewajaranya - Iaitu berhati-hati dan tidak mudah saja untuk mengeluarkan kritikan terutama tentang msakan orang perempuan. Orang perempuan kalau memasak, mereka bukanlah memasak untuk dikritik atau dikomen. Jadi, biarkanlah mereka sendiri yang mengaku makanan itu tidak sedap.
  • LELAKI yang Wangi - Ini adalah seimbang dengan fitrah kaum wanita yang memang dicipta sebagai makhluk yang cenderung kepada kecantikan dan kebersihan. Oleh itu,kaum lelaki wajar memberi perhatian akan perkara ini. Jagalah fizikal anda dan jangan selekeh.

Sumber : Facebook


Wednesday, April 24, 2013

20 Perkara Yang Berubah Selepas Anda Mempunyai Anak

Assalamualaikum,

Selepas mempunyai anak banyak perkara yang berubahkan...

Jom kita baca :-

  1. Kita mempunyai kekuatan dalaman tanpa kita sedar.
  2. Kaum wanita akan merindui saat 9 bulan kehamilan walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!!
  3. Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!
  4. Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.
  5. Jika anak sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit.
  6. Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat. (hehe..)
  7. Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.
  8. Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.
  9. Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan suka bila anak kita poo-poo!
  10. Kita akan lebih menghargai diri kita.
  11. Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.
  12. Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.
  13. Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
  14. Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukakannya.
  15. Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang menangis, kita akan faham situasi mereka.
  16. Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!
  17. Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak.
  18. Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.
  19. Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita.
  20. Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!

Sumber : Facebook


Ariq yang Ceria~

Assalamualaikum,

Pagi yang sungguh sejuk. Tiap-tiap hari sampai UIA awal sebab hantar anak pergi sekolah dulu.


Ariq sekarang dah pandai nak keluar jalan-jalan. Pantang ayahnya nak keluar rumah mesti dia kejar minta di dukung. Sukalah dia bila duduk dalam kereta. Siap nyanyi-nyanyi lagi tapi tak faham. Yang keluar dari mulut Ariq sekarang cuma tata..tat..ta..hehehe...Ariq baru nak belajar bercakap.

Nurseri Ariq buka pukul 7.40 pagi...hantar sekali dengan abang Zharfan (6 tahun). Suka betul Ariq bila abang Zharfan main acah-acah dengan dia. Alhamdulillah Ariq dah sihat dan kembali ceria. :-)



Tuesday, April 23, 2013

Gaji oh! Gaji

Assalamualaikum,

Tersenyum sipu bila tanya pasal gaji. Kerja makan gaji macam tue la. Kenalah tunggu setiap 25hb untuk dapat gaji. Bila dah dapat gaji, bayar bil dan sebagainya termasuk hutang piutang. Adat orang Melayu memang suka berhutang. Tambah bila orang perempuan. Beli kain sepasang je tapi nak bayar juga dua kali. Hehe. (sambil mengangkat bahu..). Bila dah abis bayar hutang, buat lagi hutang baru. Hrmmm..

Tuela gayanya bila cerita pasal gaji. Tapi macam saya tengok bajet dulu. Bila dapat gaji mesti buat kira-kira dulu. Belum gaji lagi dah buat kira-kira dalam otak. Macam-macam ada dalam otak nie bukan ASTRO je ada macam-macam. Hahaha.

Ok. Nanti kita sambung lagi ya!

Thursday, April 18, 2013

Ariq demam panas!

Assalamualaikum,

 

Ariq demam. Dah lama Ariq tak demam. Hari Rabu malam tue Ariq dah mula meragam. Badan dah panas..cek suhu dah 38.7. Memang Ariq demam. Dari hari Selasa lagi badan Ariq dedar je.

Jadinya saya mengambil cuti untuk menjaga Ariq. Kesian anak Ibu nie. Menjaga anak demam nie memang tak kan cukup tidur. Tak pe..Ibu sanggup berkorban demi Ariq sehingga Ariq sihat. :-) Mata mengantuk pun tak boleh lelap sebab menjaga Ariq. Kejap-kejap rasa badan Ariq. Makin panas atau makin kurang. Risau bila badan masih tak kebah. Tengok keadaan Ariq begitu suami saya masukkan ubat punggung untuk kurangkan panas.

Alhamdulillah tak lama lepas tue, badan Ariq dah tak panas. Ariq pun dapat tidur lena. Lega rasanya. Sebenarnya saya risau bila suami masukkan ubat kat punggung tue sebab Ariq kan bayi lagi masih kecil takut tak bagus.

Melalui pembacaan yang saya baca dalam internet, ubat punggung nie biasa digunakan bila suhu mencecah 40 ke atas tapi saya guna sebab suhu Ariq dah mencecah 38-39oC. Sebelum apa-apa berlaku kepada Ariq lebih baik dicegah. Teringat kat abangnya Danish dulu pernah kena tarik sebab demam panas. Saya takut perkara yang sama berlaku pada Ariq. :-(

Ubat punggung nie memang ada standby kat rumah. Tetapi kena dipantau penggunaan ubat punggung nie sebab tidak elok jika kerap digunakan. Kat  plastik ubat tue pun ada tulis 'jika perlu'. Lebih baik dapatkan nasihat dari doktor juga.

Semoga Ariq sihat selalu ;-)


Monday, April 15, 2013

Sudah Tiba Masa Untuk Saya Berubah - Alyah

Assalamualaikum,

Alhamdulillah. Allah telah memberi hidayah kepada penyanyi yang popular ini untuk berhijab.


Penyanyi popular, Alyah telah mengambil keputusan untuk bertudung selepas pulang mengerjakan umrah di Tanah Suci.

"Alhamdulillah, sejak menunaikan umrah, saya nekad untuk terus berimej sebegini. Perubahan ini juga disebabkan satu insiden yang tidak boleh saya kongsi di sini di mana ia membuatkan hati saya terbuka untuk mengubah imej saya.

"Tambah pula dengan usia yang semakin meningkat, sudah tiba masa untuk saya berubah ke arah kebaikan.

"Saya percaya apa yang dilakukan sekarang ini adalah untuk masa depan sendiri. Sebelum ini saya tercari-cari dan tertanya-tanya dengan pelbagai nasib buruk yang menimpa ke atas diri saya," ujar Alyah yang dipetik daripada mStar Online. 




Sangat Mengantuk, Okey!

Assalamualaikum,

Hahaha. Serius hari nie sangat mengantuk. Malas nak buat kerja. Tak de mood nak siapkan kerja. Boleh?
Siap separuh jalan je. Target esok baru 100% siap. Boleh? Isnin yang sangat membosankan.

Itu je saya tulis. Boleh? :-)

Hehe.
Bye.

Wednesday, April 10, 2013

Suka Duka 'Sehangat Asmara'

Assalamualaikum,

Suka? Sedih? Semua ada dalam drama 'Sehangat Asmara'.

Semalam episod terakhir, memang sedih saya bila menonton drama nie. Kami sekeluarga memang mengikuti drama ini yang sangat 'best' bila dah tonton. Dengan barisan pelakon yang hebat-hebat sepert Rita Rudaini dan Adi Putra. Gandingan yang sangat mantap dan pasti membuat hati dan perasaan kita semua gundah gulana. Hehe.

Walaupun cuma 35 episod tetapi impaknya sangat bagus. Ramai yang suka dengan drama sebegini. Ada unsur-unsur kekeluargaan dan kasih sayang.


Lakonan Adi Putra dan Rita Rudaini memang tidak boleh dipertikaikan. Mereka memang pandai menjiwai watak dan saya memang suka cara mereka berlakon. Untunglah pengarah dan penerbit drama nie dapat pelakon seperti mereka. Tahniah diucapkan! ^_^

Lepas nie drama apa pula yang bertakhta di hati saya selepas 'Sehangat Asmara'?


Rindu dengan watak Kamilia Najwa dan Zainal Arief. Part inilah yang buat  airmata bergenang dan menitis. Saat Firdaus pulang ke rumah. Huhu. Sedih sangat.


Semoga mutu drama artis melayu di Malaysia dapat ditingkatkan dan mempamerkan aksi yang sesuai dengan semua golongan.

Sesiapa yang belum menonton drama 'Sehangat Asmara' boleh layari di SINI.

p/s: kredit kepada Admin Sehangat Asmara dengan gambar yang hebat ini.





Tuesday, April 9, 2013

Jom Derma Darah

Assalamualaikum,

Hari nie 09/04/2013, kali ke-3 atau ke berapa entah saya menderma darah tapi baru kali ke-2 buat di UIA Gombak.

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Nak ambil darah pun senang. Hehe. Kalau tak susah juga nurse nak cari urat. Nasib baiklah nurse tue pandai. Orang dah expertlah katakan. Legaaa...

Ok, sebenarnya sekarang nie berlangsung IIUM SRC Karnival di UIA Gombak. Pelbagai program diadakan. Termasuklah 'Kempen Derma Darah' nie.


Mula-mula nak derma nie kena isi borang dulu. Lepas tue check tekanan darah pulak. Bila semua dah ok baru boleh menderma. Ramai juga tadi. Target sampai 70 orang je dari pukul 9.00pagi - 4.30petang.

Apalagi jom datang ke UIA kita derma darah untuk membantu golongan yang memerlukan.




Friday, April 5, 2013

Jom kita membaca

Assalamualaikum,


Sekadar berkongsi hobi...

Hobi saya ialah membaca dan menulis. Bacalah buku apapun saya tak kisah. Paling suka bila baca novel cinta. Hmmm..lovely.

Tapikan satu yang saya perasan iaitu orang lelaki jarang membaca buku. Apalagi buku ilmiah.

Tapi alhmadulillah...zaman sekarang nie kan zaman internet. Jadinya, bolehlah baca bahan ilimiah atau berita melalui laman sesawang.

Amalan membaca nie elok digalakkan pada anak-anak. Memang susah nak suruh anak-anak membaca buku. Apatah lagi buku sekolah. Huhu. Sedih rasanya...

Oklah...selamat membaca!

Bila Parlimen dah bubar

Assalamualaikum,


Semenjak parlimen dibubarkan, ramai yang sibuk dengan cerita-cerita politik dan kisah PRU13 yang akan menjelang tidak lama lagi.

Apakah ciri-ciri pemimpin yang kita nak?

Apa pun pilihan kita undian adalah rahsia. Tapi ada segelintir orang yang taksub sangat dengan parti masing-masing. Jadinya, nampak sangat apa yang akan mereka undi nanti. Jadi bukanlah rahsia lagi. Hahaha.

Apalagi bila bercerita pasal politik di tempat kerja. Malas nak dengar tapi telinga tak boleh nak tutup jadi dengar jugalah. Kadang-kadang apa yang di ceritakan pun belum tentu benar. Hurm...macam-macam.

Tak kisahlah yang penting jangan lupa jalankan tanggungjawab kita sebagai PENGUNDI ya!

Selamat membaca! ^_^


Thursday, April 4, 2013

Segmen Follow April hingga Disember 2013

Assalamualaikum,


Hai...

Sekarang nie cik akak omei ada buat 'Segmen follow April hingga Disember 2013'. Sesiapa nak join boleh klik di SINI.

Selain dari menambah kenalan, boleh juga menjalinkan silaturahim antara kita.

Selamat bersegmen! ^_^






Wednesday, April 3, 2013

Ariq,10 bulan

Assalamualaikum,


Bila dah mencecah usia 10 bulan, makin hebat dan laju adik Ariq merangkak.

Bila dah duduk dan merangkak, dah cuba nak berdiri pula. Semuanya berlaku dalam masa 1 minggu sahaja. Cepat pula adik Ariq mengejar masa sebelum usia 1 tahun. ^_^

Kalau ikutkan abang² nya memang tak ikut step. Alhamdulillah adik Ariq pula yang rajin ikut step. Good boy!

Lepas nie semua tempat nak kena berjaga-jaga supaya tidak terlepas pandang. Barang-barang semua nak kena kemas dan tidak bersepah. Sebabnya sekarang nie adik Ariq dah rajin nak mengemas. Hihihi.

Nasiblah ada abang Haziq, abang Danish dan abang Zharfan yang rajin nak jaga dan layan adik Ariq. Ibu sayang semua.Muahhh!!!

Ibu pun makin rajin bersenam, tak payah nak pergi gym sebab angkat adik Ariq pun dah kira senaman. Haha.

Oklah, kita jumpa next entry pula ya!

Happy reading! ^_^



Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers