Friday, August 22, 2014

#MH17 : Hari Berkabung Malaysia

Assalamualaikum,

Hari ini 22 Ogos 2014, hari berkabung bagi semua rakyat Malaysia.
Hari ini pada pukul 10.54 pagi seluruh negara bertafakur selama seminit bagi memberi penghormatan kepada 20 rakyat Malaysia yang terkorban dalam nahas MH17.




Sedih.
Sebak dada bila tengok siaran langsung di kaca TV. Tak tahu nak kata apa.
Cuma doa dan Al-Fatihah sahaja yang dapat disedekahkan kepada mangsa MH17 yang beragama Islam.
Semoga roh mereka tenang dan ditempatkan bersama-sama para solihin. Amin.




Tuesday, August 19, 2014

Arif, 6 Bulan

Assalamualaikum,

Tup..tup..dah masuk 6 bulan usia Arif.
Cucuk imunisasi untuk bayi berumur 6 bulan pun dah buat.
Alhamdulillah tak demam. Nurse pun dah beritahu cucuk nie tak demam. Ibu senyum dalam hati...


Perkembangan Arif, 6 bulan :-
  • suka menangis...uwaaa...ibu pun kadang konfius Arif nak apa sebenarnya. (kadang² je)
  • suka dengar orang bercerita.
  • suka dilayan bermain.
  • suka bergolek atau berpusing.
  • suka makan...pasti!
Harus diingati, setiap bayi adalah unik dan akan mencapai peringkat-peringkat pencapaian sosialnya mengikut masa dan jadual mereka tersendiri.

Ibu ayah jangan lupa jadual imunisasi anak-anak ya!


Kami pilih Ramly Burger

Assalamualaikum,

Cuba tengok gambar kat bawah.
Pernah cuba makan burger Ramly tak?
Sedapkan?

Pertama kali pergi ke restoran Ramly di Mukim Batu, Gombak. Dekat pula dengan rumah dan tempat kerja.
Tengahari terus ajak suami pergi sana. Dah lama sebenarnya nak pergi. Selalu tengok dalam TV jer iklan Ramly.

Ingat jauh tapi dekat aje rupanya. (boleh pergi hari²..haha)


Citarasa pelanggan memang berbeza tapi saya rasa sangat hebat burger Ramly. Kentang goreng pun besar dan sedap. Bolehlah ganti dengan McD kalau teringin nak makan burger.

Kat sini pun boleh beli produk sejuk beku Ramly. Jom kita bertukar ke Ramly...

Pastikan Ramly baru beli...okay!


Wednesday, August 6, 2014

Salam AidilFitri 1435H

Assalamualaikum,

Sempat lagi nak buat ucapan rayakan? Rayakan sebulan.

Jadi di kesempatan ini saya ingin memohon ampun dan maaf jika ada salah dan silap, terkasar bahasa yang menyinggung perasaan korang kan. Kosong-kosong ya!

Gambar raya cuma ada satu nie je. Tak sempat, sibuk dengan tetamu yang datang.


Merah tak?
Kaler nie je yang sama kaler dengan baju yang ditempah. Nasib baik jumpa. Hehe.

Tahun nie raya di Keramat rumah mak. Petang raya pertama baru pulang ke kampung suami di Alor Gajah, Melaka.

Seronok dapat cuti seminggu. Tue pun nasib ada cuti lagi 5 hari. Kalau tak raya ke 4 dah kerja. Huhu.
Tahun nie cuti kena bajet. Nak pergi holiday pun kena tengok dulu cam ner. Lagipun tahun nie Haziq ada UPSR. Kecut perut fikir pasal exam anak. No more TV and berleter. :-P

Doakan kejayaan Haziq dalam UPSR 2014 ya!

Terima kasih!!! Sayang korang....

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers