Thursday, January 9, 2014

Zharfan Darjah 1

Assalamualaikum,

Musim cuti sekolah dah tamat.Tiba musim anak-anak ke sekolah pula.Jalan pun dah mula jemkan.

Tahun 2014 nie, anak saya yang no. 3, Zharfan masuk darjah 1. Betapa cepatnya masa berlalu. Kira dah 3 orang anak yang bersekolah. Best!best!best! :-)


Cabaran bila anak bersekolah nie banyak. Terutama sekali yang baru darjah 1. Hari pertama sekolah nak kena tengok bila waktu makan, nak kena ajar cara nak membeli di kantin. Mulalah pelbagai nasihat diberi oleh mak ayah bila nak tinggalkan anak. Termasuklah saya nie. Bila anak dah besar sikit dan pandai berdikari lain pula cabarannya. Apa yang saya buat ialah dengan banyak membaca tentang cara mendidik anak yang telah remaja dan cara menangani masalah anak zaman kini.

Alhamdulillah Zharfan tak de masalah menangis di sekolah. Mungkin telah biasa sekolah sejak di tadika lagi.

Selamat belajar anak² Ibu! Semoga menjadi anak yang soleh dan berguna di dunia & akhirat! Aminn!

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers