Wednesday, October 23, 2013

Kandungan 21 Minggu

Assalamualaikum,

Sob..sob..sob!Bunyi hidung tersumbat kerana selsema. Hari nie rasa ringan jari nak update blog.

Cerita pasal kehamilan memang banyak idea nak tulis. Macam-macam kerenah bila masuk alam berbadan dua. Emosi berubah, hormon tak menentu, menangis tak tentu pasal dan sebagainya.

10hb ari tue pergi buat detailed scan kat Hospital Selayang. Alhamdulillah baby normal dan tiada masalah.
17hb pula pergi checkup bulanan kat KK Selayang Baru. Alhamdulillah baby sihat dan dah aktif bergerak.
Waktu checkup nie banyak pula kena buat, menunggu lama dah satu hal kena pula ambik darah, suntik kancing gigi dan jumpa doktor gigi.

Jadinya semua kena cucuk.Hehe.
Gigi kena tampal dan cuci sekali.
Lengan kena cucuk ambik darah.
Bahu kena cucuk kancing gigi.
Hurmm...letih.

Tak pe demi kandungan yang di kendong...
Ibu sanggup kena cucuk..hihi.
Yang penting kandungan dan baby sihat.

Seronok bila tengok ibu-ibu mengandung.Comel je perut memasing.

Happy Reading!!!

Tuesday, October 1, 2013

Cerita Ariq

Assalamualaikum,

Lama tak update cite Ariq. Anak bujang saya yang bongsu *setakat nie*.Hehe.
Semalam balik dari kerja terus ke kedai gunting rambut kat area rumah. Rambut Ariq pun dah panjang. Balik kampung baru² nie dah gunting rambut abang²nya. Cuma Ariq je belum.

Kesian bila tengok Ariq mengaru-garu kepala kepanasan. Peluh sikit je dah gatal. Kesian betullah anak ibu sorang nie. Harap-harap bila dah besar hilang penyakit eczema nie.

Hah!Nielah gambar rambut terbaru Ariq!Hemsem tak??*mamak tue yang over* siap buat pacak kat Ariq. Mentang-mentang Ariq nie baik je...tak susah nak gunting. Kejap je dah siap ^_^

Budak baik!! 

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers