Lama tak update blog. Sibuk dengan kerja seharian. Tapi itu bukan alasan yang tepat. Hehe.
Bila dah masuk 16 minggu kehamilan mulalah sibuk dengan aktiviti check up pula. Rasanya baru je pergi klinik kesihatan tahun lepas. Alhamdulillah rezeki dari Allah.
Semalam buat pendaftan di klinik. Punyalah ramaiiii...
Biasalah namanya pun klinik kerajaan kann..
Nasib baik saya ambil cuti sebab dah agak mesti lama punya. Cik Abang cuma tolong hantar dan jemput aje.
Kesian pula suruh temankan nanti boring pula dia.
Habis pukul 12.30 tapi sambung jumpa doktor pukul 2.00ptg. Hasilnya doktor suruh buat 'detailed scan' di Hospital Selayang. Errmm...apa dia detailed scan??
Info dari SINI :-
Apa itu detailed scan?
Kebanyakkan wanita akan ditawarkan 'detailed scan' pada usia kandungan 20-24 minggu untuk memastikan samada bayi membesar secara normal atau tidak. Ia dipanggil detailed scan atau anomaly scan. Ia dibuat untuk mengesan sebarang ketidaknormalan pada bentuk fizikal bayi dan tumbesaran. Semasa lawatan peringkat awal kehamilan, doktor selalunya akan memberikan penerangan tentang tujuan dan faedah detailed scan ini, walaubagaimanapun, ia cuma satu pilihan dan bergantung kepada anda untuk menjalani ujian ini atau tidak.
Apakah kebaikan ‘detailed scan’ ini?
Detailed scan selalunya akan di buat oleh Pakar sonografi bertauliah dan mengambil masa 30-40 min. Dia akan menentukan usia kandungan dan membandingkan dengan usia bayi yang diukur. Jantung, tangan dan muka akan diimbas dan seterusnya organ-organ yang lebih kompleks seperti otak, buah pinggang , degup aliran jantung, lengan,jari, tulang belakang, perut, tali pusat, muka dan sebagainya akan dianalisa secara terperinci untuk memastikan ia dalam keadaan yang baik.
Pakar sonografi juga akan membuat ukuran kepala, tulang paha dan ukur lilit perut untuk memastikan tumbesaran bayi berada dalam kadar memuaskan.Keadaan dan lokasi uri juga akan ditentukan untuk mempastikan ia dalam kedudukan normal. Secara ringkasnya, detailed scan dibuat untuk mengesan sebarang kecacatan fizikal yang mungkin dialami oleh bayi yang dikandung.
_____________________________________________________________________________________________
Bila dah baca info nie baru saya faham apa itu detailed scan. Ia tak sama seperti scan 3D atau 4D.
Selamat Membaca!!