Monday, May 25, 2015

Kasih Sayang Ibu Mertua - Al-Fatihah

Assalamualaikum,

18 Mei 2015, hari Isnin. Cuaca agak redup, alhamdulillah cuaca baik.
Hari nak bawa Mak balik rumah dari hospital. Keadaan Mak kritikal. Semua anak-anak, adik beradik, cucu-cucu mak dah bersedia untuk pulang ke kampung. Melawat Mak buat kali yang terakhir. Pilu. Sedih di hati hanya Allah yang tahu.

Sambil mendukung Arif yang asyik meragam saya gagahkan diri untuk menolong apa yang patut. Mengemas dan sebagainya. Melayan tetamu yang datang sambil menunggu ambulan datang membawa Mak.

Tabahkan hatimu Abang. Abang dah puas menangis, katanya. Suami saya tabah dan kuat semangat orangnya. Segalanya telah diuruskan bersama kakaknya di hospital.

Tepat jam 12.45 tengahari. Ambulan pun sampai. Hati-hati membawa turun Mak yang masih menggunakan bantuan oksigen. Allahuakbar. Hati semakin sebak. Apatah lagi melihat keadaan Mak yang sedang tenat. Segalanya berlalu sekelip mata. Mak telah menghembuskan nafas terakhirnya selepas pegawai perubatan membuka oksigen. Masih ingat lagi, kedengaran azan zohor semasa Mak pergi menemui Penciptanya.

Alhamdulillah, Mak pergi dengan tenang dan mudah. Genap 14 tahun merasai kasih sayang seorang ibu mertua.Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas roh Mak dan tempatkan Mak dikalangan para solihin. Aamiin.





Friday, May 15, 2015

Mak Mertua Masuk ICU

Assalamualaikum,

Hari Jumaat yang lepas (8 Mei 2015) mak mertua saya mengalami sesak nafas. Sebelum tue mak mertua saya demam dan batuk sahaja selepas selamat pulang dari mengerjakan umrah. Doktor mengesahkan mak mertua saya menghidap H1N1.

Saya mohon jasa baik sahabat-sahabat semua mendoakan yang terbaik buat mak mertua saya yang sekarang berada di wad ICU, Hospital Melaka.

Sedihnya hati hanya Allah yang tahu.

Hari ini genap 8 hari mak mertua di wad ICU.

Ya Allah, Engkau permudahkanlah segalanya buat mak mertua ku.
Aamiin.


Terima kasih buat semua yang telah mendoakan. Hanya Allah yang dapat membalasnya.


Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers