Monday, February 23, 2015

Arif, 1 tahun dahhh...

Assalamualaikum,

Alhamdulillah...dah setahun umur Arif.

Doa seorang Ibu hanya yang terbaik untuk anaknya. Semoga Arif menjadi anak yang soleh, menghormati orang tua dan berjaya di dunia dan akhirat.

Dan sentiasa dalam lindungan yang Maha Esa.




Kami semua sayang Arif....

Happy birthday sayang!!! ^_^


Friday, January 23, 2015

Kursus #1 tahun 2015

Assalamualaikum,

Tahun baru. Semangat pun baru. Training kemain lagi tajuknya....

'Personal Development, SWOT & Multiskilling'. ^_^

Mula-mula tengok trainer macam kenal. Suaranya pun macam pernah dengar. Rupanya... Puan Rus Sumariyanti Haji Surin penyampainya.

Pernah dulu pergi kursus trainer nie. Patutlah macam pernah tengok je. Apapun kursus nie menarik dan tak bosan. Sebab? Trainer nie peramah orangnya, suka bercakap. Memang sesuai sangat dengan kursus nie. Hehe.





Sedikit perkongsian untuk sahabat semua....


Monday, January 19, 2015

Dah pandai merajuk ya!

Assalamualaikum,

Anak manja saya nie. Tengoklah. Asyik nak berkepit je dengan ibu.


Ibu nak bangun pergi dapur kejap pun saya dah nangis. Huhu. kesian tak dengan saya.

Saya pun dah pandai buat muka sedih. Amboi....hehe.

Sejak nak membesar nie Arif dah pandai merajuk. Sedih pula hati bila di tinggalkan. Sabar ya sayang....

Ibu sayang Arif....muahhh!




Friday, January 9, 2015

Semoga sihat dan kuat ya sayang...

Assalamualaikum,

Selamat tahun baru 2015!

Lama betul tak update blog. Nak kata sibuk tak delah sangat tapi tak berkesempatan.

Hari Isnin yang lepas bawa Arif pergi hospital sebab Arif batuk dan demam dah lama. Sampai je hospital terus daftar dan doktor suruh ambik darah dulu. Yela takut-takut ada sakit lain pulakan.

Alhamdulillah bukan demam denggi tapi ada jangkitan sikit pada paru-paru Arif. Apalgi kena tahan wadlah. Selama 3 hari saya dan Arif bercuti di hospital. Makan minum semua ditanggung beres. ^_^

Awal-awal lagi dah guna insurans. Bila lagikan? Lagipun kita bayar setiap bulan. Tapi tak naklah tiap bulan masuk hospital ya sayang Arif. Itu yang pentingnya insurans. Tapi setiap orang ada pendapat masing-masing tentang kepentingan insurans niekan.

Okay saya tak nak membebel panjang pasal insurans. Apa yang penting Arif sihat dan gembira selalu. Apa nak buat bila duduk kat hospital? Makan cukup, tidur je tak berapa cukup. Maklumlah Arif dah pandai merangkak. Jadinya kena pantau setiap saat bila Arif dah terjaga dari tidur. Bahaya walaupun dalam katil yang ada palang kiri dan kanan, depan dan belakang.

Nasib ada keluarga (katil) sebelah yang muda usia dari Arif. Baby girl kembar yang comel. Mempunyai masalah yang sama macam Arif. Apalagi mak mak pun berborak sakan cerita pasal anak. Tak delah bosankan.

Hari pertama

Hari kedua

Hari ketiga...dah ceria sebab dah boleh balik.Yeay!
Kesian Arif kena cucuk kat tangan untuk masuk antibiotik. Sedih...
Nasib baik tak kena sedut kahak.

Ibu doakan Arif sihat sentiasa okay!

Terima kasih kepada kawan-kawan yang mendoakan.

Luv,


Monday, December 22, 2014

Gambar Ibadah Camp Lagi...

Assalamualaikum,

Antara gambar-gambar yang dikongsikan semasa Ibadah Camp.
Lokasi di Harmony Excellence, Janda Baik.








Monday, December 8, 2014

Debaran UPSR 2014

Assalamualaikum,

Walaupun dah 2 minggu keputusan UPSR diumumkan tapi saya just nak kongsi pengalaman semasa temankan anak untuk ambil keputusan UPSR.

Orang lain mungkin sudah megalaminya tapi saya baru pertama kali. Memang sangat mendebarkan tetapi kami sebagai ibu bapa terima saja apa jua keputusannya.


Alhamdulillah, Haziq dapat 1A 4B. Walaupun tak dapat 5A, Haziq dah cuba yang terbaik dan ada peningkatan sedikit dalam akademik pada tahun nie. Ini permulaan untuk Haziq. Semoga Haziq lebih berjaya di masa akan datang.

Terima kasih juga kepada cikgu-cikgu yang bertungkus lumus membantu anak murid di dalam kelas tambahan yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Lepas nie risau anak ambil PT3 pula.


Wednesday, November 19, 2014

Sejuk terlampau...

Assalamualaikum,

Rehat sekejap. Makan. Baru boleh menulis.

Goggle

Ya. Betul...air cond kat pejabat nie dah terlalu sejuk sampai tak tahu nak kata apa. Dah ramai yang komplen sejuk sangat air cond nie tapi belum ada apa-apa tindakan pun. Jawapannya kita teruskanlah kerja ya nak!

Semalam sampai selsema dibuatnya sebab terlalu sejuk. Bagus ke sejuk untuk badan kita?

Aircond tue memang lah bagus untuk kita bila dalam keadaan panas. Tapi ia juga boleh memudaratkan kesihatan seperti mengalami sakit kepala, badan dan selsema untuk orang yang kekurangan nutrisi.

Kulit menjadi kering dan sistem badan menjadi lemah.

Lepas nie kena pakai sarung tangan dan baju sejuk dalam pejabat. Haha. Serius memang tak tahan. Harap adalah pihak yang berwajib datang untuk mengurangkan sikit sejuk kat pejabat nie. HUHU...

Sekian.


Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers