Thursday, March 12, 2009

Renungan bersama...

Salam semua...

Disini saya nak kongsikan bersama beberapa faedah berguna untuk renungan semua, semoga ia dapat membantu kita dalam mengharungi kehidupan kita seharian...

1.Nilai manusia adalah ditentukan dari perbuatan baik yang dia lakukan.Kalimah ini adalah ugkapan 'Ali bin Abi Thalib Radhiyallahu' anhu yang bermaksud bahawa ketinggian nilai diri seseorang terletak pada ilmu pengetahuannya, adab kesopanannya, ibadah, kedermawanan serta akhlak dan moralnya, bukan pada wajah, gaya & kedudukannya.

2.Manusia itu di nilai sesuai dengan semangat,kepedulian, usaha keras & pengorbanannya utk mencapai kedudukannya; dan dia tidak pernah diberi satu kemuliaan secara percuma.

3.Manusiala secara individu yang akan mengukir sejarahnya pada masa akan datang dengan izin Allah.Dialah yang akan menulis perjalanan hidupnya dengan perbuatan2nya yang baik atau buruk.

4.Umur hamba itu sangat pendek, amat cepat dan segera berakhir dan berlalu dengan sangat cepat. Maka dari itu, jangan sekali-kali umur itu dipersingkatkan dengan dosa2,kesedihan,kegundahan dan kegelisahan.

Petikan dari buku 'La Tahzan'....

1 comment:

  1. umur hamba sgt pendek...teringat en wan bg tazkirah pg tadikan mun, dunia ni umpama waktu pagi kejab jer bp nor berlalu tp nor asyik buang masa bersedih jer haiii :'(

    ReplyDelete

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers