Tuesday, November 26, 2013

Kandungan 26 Minggu

Assalamualaikum,

Saya doakan semua rakan-rakan dalam keadaan sihat sejahtera. Semoga urusan kita seharian dipermudahkan olehNya. Ins Sha Allah!!!


Alhamdulillah, kandungan sekarang dah masuk 26 minggu. Betapa cepat masa berlalu. Bayi dalam kandungan pun dah bertambah aktif. Pergi check up bulanan pun dah macam biasa, kena ambik darah dan periksa jantung bayi. Rutin bagi setiap ibu yang mengandung.

Cuma keadaan saya sekarang nie kurang sihat, musim demam dan batuk agaknya. Batuk belum baik lagi. Memang stress gak bila batuk masa mengandung nie. Sakit kat bahagiam abdomen bila kita batuk. Aduss!! Semoga Allah berikan kesembuhan yang cepat. Tak larat dah sebenarnya nak layan batuk dan sakit tekak nie. Waktu siang boleh tahan lagi tapi bila malam mula batuk sampai muntah-muntah. Huhu. Kesian tengok ibu yang hamil bila batuk (macam saya nie....). Sampaikan En Suami belikan strepsil untuk legakan tekak.
Pergi klinik doktor beri ubat demam dan ubat hisap je (untuk tekak) sebab saya mengandung so ubat terhad. Nasihat cuma minum air masak banyak-banyak. Ya!Itu yang terbaik untuk ibu hamil. :-)

Minggu lepas sibuk dengan Hari Konvokesyen di UIAM. Saya bukan terima scroll tapi saya buat bisnes jual bunga je. Tapiii....adat berniaga memang ada turun naiknya. Untung atau rugi tue perkara biasa. Walaupun tak berapa sihat saya kuatkan badan dan sama-sama tolong suami.

Yang terbaik semuanya dari ALLAH s.w.t.

Selamat membaca! :-)

Monday, November 25, 2013

Legend Cherating Beach Resort

Assalamualaikum,

9/11-11/11/2013 - Aktiviti setiap tahun bagi kami sekeluarga. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Cuma pada hari pertama kami bertolak lewat sebab ada Hari Konvokesyen Tadika Zharfan. Perjalanan masa tue hujan, sampai pun pukul 9.30malam. Semuanya dah penat duduk lama di dalam kereta. Samapai -sampai jer adik beradik yang lain dah pergi keluar makan malam. Tak sempat nak bersaing. Lagipun dah penat jadinya saya pun oder dengan adik.

Esok pagi nak kena bangun awal. Ariq pun dah lena tidur. Mungkin kepenatan.

Ariq si comel!

Aktiviti hari ke-2.....acara untuk kanak-kanak. Pelbagai acara dibuat oleh kakak ipar yang sangat rajin dan suka melayan budak-budak.  :-) Antaranya kutip gula-gula, isi air dalam cawan dan sebagainya.

Peace!!!
Cepat-cepatt!!!

We are ready...



Pemginapan di sini memang sangat selesa. Kami ambil 1 bilik dengan 2 sarapan. Swimming pool pun cantik dan sesuai untuk kanak-kanak.

Berendam sampai tak nak naik dah!!! :-)





Sebenarnya banyak lagi gambar-gambar menarik yang hendak dikongsikan. Ins sha Allah ada masa saya update lagi ya!

Happy reading!!

Wednesday, November 20, 2013

Lost World Of Tambun

Assalamualaikum,

Alhamdulillah! Tahun nie dapatlah anak-anak berjalan ke theme park Lost World of Tambun, sempena hari keluarga ofis En. Suami! ^_^

Gambar-gambar yang sempat di snap! :-)







Seronok anak-anak dapat bermain di water park sini. Best!!
Siapa yang belum pergi bolehlah bawa keluarga berjalan-jalan di sini.Ok!

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers