Assalamualaikum,
Masa berlalu....tanpaku meyedari...cewah!
Tiba-tiba rasa nak menyanyi pula.Dah ler musim hujan dan banjir. Kesian melihat magsa-mangsa banjir di Pantai Timur. Terpaksa mengharungi air dan menahan lapar sementara menunggu bantuan tiba. Kita yang tidak merasa hanya mampu menghulurkan bantuan.
Tajuk hari nie nak cerita pasal budak comel nie....
Bulan nie dah genapa usia Ariq 18 bulan. Sepatutnya dah bawak Ariq pergi klinik tapi belum lagi sebab Ariq demam, selsema dan batuk. So, saya tunggu bila Ariq dah sihat betul baru jumpa doktor eh! Takut nanti Ariq demam lagi.
Bukan senang nak jaga anak demam. Ibu mana tidur lena bila anak demam? Ayah je yang tidur lena tapi bila tiba masa makan ubat untuk Ariq saya kejutkan juga ayahnya. Tolonggg...tolongg...hihi ^_^
Anak dah ramai. Rasanya tak de masalah dahkan? Dah biasa jaga anak ramailah katakan....haha!
Bila ada anak ramai nie banyak pengalaman dah saya kecapi. Pelbagai ragam dan perangai. Alhamdulillah rezeki dan anugerah dari Allah!
Sedih bila dengar berita bayi dibuang dan didera. Tak sampai hati nak tengok dan baca.
Semoga Ariq cepat besar dan sihat sentiasa. Ibu sayang Ariq!!!Muahhhhh....
No comments:
Post a Comment