Showing posts with label sekolah. Show all posts
Showing posts with label sekolah. Show all posts

Thursday, June 19, 2014

Kembali ke sekolah??

Assalamualaikum,

Dah 4 hari anak-anak mula bersekolah.
Hari pertama sekolah anak yang ketiga buat hal. Haru biru juga ibu dan ayah dibuatnya.
Kenapa tak nak pergi sekolah? Nak cuti.
Huwaa...sambil menangis lap air mata. Anak nangis...bukan ibu.

Puas ibu cakap macam-macam. Tuela payah bila cuti sekolah lama-lama.
Suami dah mula berang. Aduh!Pening kepala ibu.
Tapi, akhirnya pergi juga bila dah kena ceramah panjang lebar.

Kesian pula tengoknya. Muka ibu dah tukar sedih...risau.
Alhamdulillah balik dari sekolah semua okay.

Hari kedua, buat hal lagi. Dia kata rindu dengan Ayah nanti. Allah!
Oklah...hari nie tak pergi sekolah. Tinggalkan dekat taska sampai petang.
Nasib baru darjah 1. Tapi anak yang 1 dan ke2 tak de pula masalah macam nie.
Yela...lain anak lagi ragamkan.

Memang ibu dan ayah kena banyak bersabar dalam mendidik anak-anak.
Bukan asyik nak pukul anak je. Pukul pun ada tempatnya. Bukan main belasah je.

Hari ketiga, dah bertambah okay. Mood pun dah baik. Bila tanya nak pergi sekolah tak? Nak.
Lega hati ibu bila dengar jawapan cam tue. Hilang sakit kepala ibu.

Apalagi senyum lerr...

Thursday, January 9, 2014

Zharfan Darjah 1

Assalamualaikum,

Musim cuti sekolah dah tamat.Tiba musim anak-anak ke sekolah pula.Jalan pun dah mula jemkan.

Tahun 2014 nie, anak saya yang no. 3, Zharfan masuk darjah 1. Betapa cepatnya masa berlalu. Kira dah 3 orang anak yang bersekolah. Best!best!best! :-)


Cabaran bila anak bersekolah nie banyak. Terutama sekali yang baru darjah 1. Hari pertama sekolah nak kena tengok bila waktu makan, nak kena ajar cara nak membeli di kantin. Mulalah pelbagai nasihat diberi oleh mak ayah bila nak tinggalkan anak. Termasuklah saya nie. Bila anak dah besar sikit dan pandai berdikari lain pula cabarannya. Apa yang saya buat ialah dengan banyak membaca tentang cara mendidik anak yang telah remaja dan cara menangani masalah anak zaman kini.

Alhamdulillah Zharfan tak de masalah menangis di sekolah. Mungkin telah biasa sekolah sejak di tadika lagi.

Selamat belajar anak² Ibu! Semoga menjadi anak yang soleh dan berguna di dunia & akhirat! Aminn!

Thursday, January 3, 2013

Kembali ke sekolah

Assalamualaikum...



Selamat kembali ke sekolah anak-anakku...


Hari pertama sekolah, saya dan suami cuti sebab nak uruskan hari pertama anak bersekolah. Pertama sekali nak kena set balik masa bangun anak-anak dan jadual perjalanan dari rumah ke sekolah. Masa cuti sekolah memang seronok sebab kereta tak banyak.Jalan pun lengang. Nak pergi office lambat sikit pun boleh.



Tapi bila sesi persekolahan dah bermula semua kena kembali ke asal. Kena bangun seawal 5.00 pagi (ibu bangun) lepas tue 5.30 pagi (ayah bangun) then baru anak-anak bangun (6.00 pagi).





Haziq (sulung),macam biasa kena naik bas nak pergi sekolah agama sebelah petang. Nasib baik sorang je kena transit. Danish, untuk bulan Januari nie balik pukul 4.00 petang so kena ambik awal. Bulan Februari baru mula kelas mengaji balik pukul 5.00 petang. Zahrfan dan Ariq macam biasa...cuti sekolah pun duduk nursery & tadika.Hehehe...


Ok..semua dah settle...keluar pagi pun dah awal...pukul 6.30 pagi.



So...welcome back to school kids!No more play²...hehehe!


Pe@ce Munira :-)

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers