Monday, September 22, 2014

Masa untuk bersenam?

Assalamualaikum,

Cerita semalam.
Sempat lagi nak cerita belum basi lagi. Haha.

Okay, semalam kami sekeluarga beriadah di Taman Tasik Titiwangsa.
Best. Dah lama nak pergi tapi asyik ada hal je.
Kali nie memang tak boleh ada alasan sebab dah janji dengan anak.
Nak tengok anak meraung boleh ler.

Seronok. Ajak mak, adik dan abang sekali.
Kali terakhir kami beriadah macam nie pun masa kat Taman Botani, Putrajaya.

Ada playground, of course for kids.
Dan tempat exercise untuk orang dewasa.
Aktiviti lain yang kami buat, main badminton, main bola. Itu je?
Yang selebihnya jalan-jalan dan makan. Erk! Macam mana nak kurus nie?

Aktiviti wajib, ambil gambar.Haha.

Karipap sardin Mak!
Karipap sardin home made by Mak. Memang sedap dan digemari anak-anak dan cucu-cucu sejak dari kecil lagi. Terima kasih Mak!

Arif dan Sofia
Cepat membesar ya Arif dan Sofia. Nanti dah besar boleh main playground sama-sama lagi.

Pot Luck 

Makanan yang bagus dan berkhasiat. Istimewa home made untuk anak-anak tersayang.
Makan ya anak-anak. Mak ayah tengok je sambil tangan ke mulut. Haha.

Training for world cup.Hehe.

Masa berkualiti bersama anak-anak. Sebulan sekali pun, bukan seminggu sekali.
Sambil beriadah kita dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara satu sama lain.

Jom kita bersenam.

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers