Showing posts with label harmony excellence. Show all posts
Showing posts with label harmony excellence. Show all posts

Wednesday, October 8, 2014

Ibadah Camp Day 2 & 3

Assalamualaikum,

Walaupun dah berlalu, saya nak berkongsi beberapa aktiviti yang telah kami buat semasa di sana.
Sesi yang paling bernilai pada saya ialah dapat menunaikan qiyammulail secara berjemaah. Lama sangat rasanya tak buat qiyammulail.

Di antara program kami semasa di Harmony Excellence ialah berQasidah, ceramah dan group discussion. Tapi ada juga aktiviti 'free and easy' ada buat games. Permainan ala2 zaman sekolah. Just for fun.

Kumpulan Beruang Comel
Salah satu group...tapi bukan group saya. Kami buat mind mapping berdasarkan tajuk yang diberi.

Topik amalan Sunnah

Lepas tulis-tulis semua kenalah bentangkan...kan. Fuh...malunya rasa nak bercakap depan orang ramai. Kadang-kadang kena juga bercakap kat depan kalau ketua suruh. Huhu.



Antara slide yang dikongsi oleh Ustaz Idzhar Jumali. NLP dan memahani insan. Boleh juga digunakan pada anak-anak kita.

Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Makan pun sedap.
Cuma perjalanannya agak berliku, pening kepala.


Friday, September 26, 2014

Ibadah Camp Day 1

Assalamualaikum,

Salam Jumaat!
Semoga hari ini lebih baik dari semalam. InshaAllah.

Okay. Sebenar-benarnya saya nak cerita pasal program Ibadah Camp untuk tahun nie.
Hari pertama di dalam ofis je. Ada qasidah dan ceramah dari Ustaz Idzhar Jumali.
Lama tak join program macam nie. Memang tiap-tiap tahun ada program Ibadah Camp.

Seronok juga bila kali nie dapat join. Sebelum nie banyak alasan..oppss...bukan saja-saja tak nak pergi tapi keadaan dan masa yang tidak sesuai.


Program nie 3 hari. Tempat di Harmony Excellence Resort, Janda Baik.
Esok mulalah aktiviri disana sampai hari Ahad.
Doakan saya dan kawan-kawan selamat pergi dan balik ya.


Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers