Showing posts with label imunisasi. Show all posts
Showing posts with label imunisasi. Show all posts

Thursday, April 17, 2014

Arif 2 bulan

Assalamualaikum,

Yeppi! Alhamdulillah Arif dah masuk 2 bulan. Berat dah semakin naik ke 5.1kg.

Tak lama lagi boleh lumba dengan abang Ariq. Macam kembar pulak.

10/4 ari tue bawak Arif pergi klinik untuk cucuk 2 bulan. Lama juga menunggu dalam 2 jam lebih baru nurse panggil. Kesian Arif kena cucuk....sakit tue. Menangis Arif masa kena cucuk. Tapi Arif kuat dan cool. Nangis sekejap je. Nurse pesan balik rumah terus bagi ubat demam. Sebab cucuk nie boleh demam.

Cuti untuk jaga Arif. Ya! Ibu bapa yang ada anak kecil nie kenalah ambil cuti untuk jaga anak lepas kena cucuk. Mereka memerlukan belaian dan perhatian dari ibu bapanya.


Tapi kalau tak de cuti nak buat macam mana kan. :-)

Sekarang nie Arif dah pandai senyum. Bila tepuk tangan dia mesti dia senyum.

Geram dengan pipi gebunya. I love you sayang!

Dari Ibu,

Wednesday, November 7, 2012

Cerita Hari Ini

Assalamualaikum....

8/11 - Alhamdulillah, batuk dah berkurang. Hari nie bawa baby pergi cucuk imunisasi 5 bulan. Masa cucuk tue kemain baik je dia. Tak bunyi apa pun, 'erk' pun tidak. Keadaan di opis pun terkawal so minta izin bos keluar kejap pergi klinik.

Menu makan tengahari nie 'Mee Hoon Sup'.Perghh! Memang layan habis sebab pedasnya sampai minum air 2 cawan.Hahaha. Untuk pengetahuan semua, saya nie memang tak tahan pedas sangat. Lepas kahwin baru belajar makan pedas sikit² sebab orang Melaka memang makan pedas²kan. Apalagi kenalah tahan sikit bila makan 'asam pedas' atau 'gulai masak lemak cili api'.Setakat nie dah boleh tahan...tapi kalau pedas sangat memang minum air jugalah sampai mak mertua pun tegur.Hihihi...Sori Mak!

Habis je pergi klinik tadi terus belikan nasi untuk mak dan anak bujangku. Almaklum cuti sekolah dah dekat so malaslah nak pergi sekolah. Lagipun ari nie kat sekolah ada majlis anugerah cemerlang, memang tak pergilah. Periksa akhir tahun nie, haziq dapat no. 19/38. Huhu...tak tahu nak kata apa. Budak lelaki memang malas nak belajar. Bila di tegur baru baca buku. Tahun depan nak masuk darjah 5. Dah pakat dengan husband nak hantar Haziq tuisyen. Kebetulan tempat tuisyen tue pun dekat benor dengan rumah. Boleh jalan kaki je.

Harap-harap tahun depan ada perubahan sikit kat Haziq. Cikgu dia kata, dia kurang tumpuan dalam kelas. Kejap jer dia dengar cikgu cakap, pastue dah hilang kemana ntah. Puas dah bagi nasihat. Nasihat untuk semua anak². Bukan untuk dia sorang tapi sebab dia yang sulung so lebih kena kat dialah. Biar dia jadi contoh yang baik pada adik².

Mee Hoon pun dah habis..so lainkali kita sambung lagi ya!

Sudi-sudilah baca entri saya kali nie.


Pe@ce Munira ;-o (kekenyangan..)

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers