Showing posts with label kenangan. Show all posts
Showing posts with label kenangan. Show all posts

Friday, October 16, 2015

7 Tahun Lalu

Assalamualaikum,

Rindunya....

Lama jari jemari tak menulis dalam blog nie.

Tup...tup...dah masuk bulan Oktober dah. Kejap masa berlalu. Macam-macam cerita dan perkara dah berlaku tanpa kita sedari.

Bagi saya, bila tiba bulan Oktober, hati dan jiwa tak terlepas dari mengingati arwah Nur Aqilah Sofiya yang telah dilahirkan pada 4 Oktober 2008. 7 tahun yang lalu...

Masih lagi terngiang-ngiang suara dan tangisanmu. Tangisan yang pertama dan teralkhir. Saat itu aku sangat bersyukur kerana Allah permudahkan proses bersalinku walaupun ada sedikit masalah.

Sesungguhnya Allah Maha Besar. 26 Oktober 2008. Di pagi hari yang tenang...setenang wajahmu sayang. Ibu setia menunggumu dan melihatmu sehingga nafasmu yang terakhir. Saat itu sayang...Ibu redha...Ibu terima ketentuan Ilahi...itulah yang terbaik bagimu yang telah Allah tetapkan.

Semoga dirimu bahagia bersama bidadari syurga.

7 tahun lalu....
Rindu padamu...
Al-Fatihah.




Sunday, December 16, 2012

Saya dan BOS!

Assalamualaikum...

                                Nie gambar hari keluarga kat LeGoLand ari tue.

Hah! Kalau korang nak tahu. Niela gambar keluarga saya bersama keluarga bos. Kitaorang satu kumpulan, tue yang ambik gambar bersama. Yang bestnya group kitaorang menang tempat pertama. Actually, kitaorang kena buat video dan jawap kuiz yang telah diberikan. Group ramai tapi nie yang sempat snap untuk dijadikan kenangan. 

Gambar nie pun dari bos...hehe.

Terima kasih bos!

Pe@ce Munira :-)

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers