Thursday, April 5, 2012

7 bulan : Carta pergerakan bayi sangat aktif!Syukur...

Assalamualaikum...

Syukur alhamdulillah! Syukur sangat² atas anugerah dari Allah s.w.t yang sangat berharga.

Bulan nie dah masuk 7 bulan kandungan saya. Semoga segalanya selamat dan sentiasa di dalam lindungan Allah s.w.t.

Oh...sangat teruja dengan kehamilan kali nie sebab dah lama tak rasa pergerakan bayi dlm rahim. Bila dah masuk 7 bulan kita dinasihatkan memantau pergerakan bayi sehinggalah hari menuggu kelahiran. Carta pergerakan bayi sungguh aktif dan terasa seronoknya :-)

Kejap gerak ke kanan...kejap gerak ke kiri....

Oh..beruntungnya seorang wanita apabila diberi kelebihan untuk merasai sendiri detik ini. :-)

SmilE:-)

Wednesday, April 4, 2012

Comel tak??


Assalamualaikum....

Comel tak gambar tue? Nama baby nie Raziq Iman bin Hairulnizam.Hehe...

Yang sebelahnya tue pun anak buah saya jugak...anak abang...nama dia Ahmad Najmi bin Hazanan.

Baby nie anak buah saya...anak kepada adik bongsu saya. Suka betul saya tengok gambar nie sebab Raziq nie muka dia nampak cerdik dan pandai tengok kamera. Rasa macam nak cubit jer pipi dia. :-)

Gambar nie diambil masa kami sekeluarga pergi bercuti di Fraser Hill. Memang dah lama kut kami tak berjalan².Waktu nie cuti sekolah bulan Mac hari tue ;-)

Seronok sangat dpt jalan² walaupun sedang sarat mengandung 6 bulan.

Smile:-)

Monday, April 2, 2012

Persediaan Semasa Mengandung

Persediaan Semasa Mengandung :-

Pentingnya Pemeriksaan Darah Semasa Hamil
(Dapat memberikan gambaran sebenar tentang status kesihatan ibu)

Terdapat 5 perkara utama mengapa penting ibu hamil perlu membuat pemeriksaan darah.

1.Mengesan penyakit tersembunyi
2.Mengesan carrier-status (pembawa penyakit)
3.Mengetahui jenis darah (blood group)
4.Mengesan masalah melibatkan sel darah contoh thalasemia dan leukemia
5.Mengesan antigen dan antibodi ibu

Mengesan Penyakit Tersembuyi:

Hepatitis B

Hepatitis adalah penyakit keradangan hati. Penyakit ini menyebabkan kerosakan hati atau kanser hati. Ia boleh dijangkiti secara tiba-tiba atau secara perlahan-lahan. Tanda-tanda jangkitan Hepatitis B yang berlaku secara tiba-tiba anda akan terus:

* Deman selsema, keletihan, lemah anggota badan, sakit sendi atau otot serta sakit kepala
* Sakit pada bahagian atas abdomen kanan
* Mual, muntah-muntah dan cirit birit
* Kekuningan pada kulit atau mata
* Bengkak pada bahagian abdomen
* Warna najis yang pucat dan warna air kencing yang gelap

Namun bagi yang terkena jangkitan secara perlahan-lahan, ia jarang menunjukkan sebarang simpton.

Cara ia merebak:

* Perkongsian jarum suntikan dengan mereka yang dijangkiti virus
* Hubungan seks dengan orang yang dijangkiti
* Menggunakan perkakas makanan atau barang peribadi daripada orang yang dijangkiti virus ini

Hanya terdapat vaksin untuk mencegah.

AIDS (HIV)

AIDS merupakan masalah disebabkan oleh Virus HIV 1 dan 2. Ia merebak melalui darah dan cecair badan (bukan air liur). AIDS ini berjangkit melalui melalui:

1.Hubungan seksual
2.Hubungan homoseksual
3.Berkongsi jarum suntikan
4.Pemindahan darah atau plasma

Gejala AIDS:

1.Berat badan menurun
2.Kelenjar-kelenjar pada badan membengkak
3.Mudah batuk, selsema dan jangkitan paru-paru

Rawatan:

Oleh kerana AIDS ini menyerang sistem imuniti tubuh, tiada antibodi boleh melawan virus ini. Setakat ini tiada vaksin atau pelalian ditemui untuk merawat AIDS.

SIFLIS

Penyakit yang mudah berjangkit tetapi boleh dirawat. Ujian mengesan siflis ini dipanggil ujian VDRL. Cara ia merebak:

1.Melalui cecair badan termasuklah darah, air mani dan air liur
2.Melakukan hubungan dengan orang yang dijangkiti virus ini
3.Berkongsi perkakas makanan atau barang peribadi

Tanda-tanda anda dijangkiti adalah seperti demam, badan letih dan lesu. Terdapat kudis pada kemaluan, berair dan pedih dan ada kalanya terasa sangat gatal.

Rawatan:

Ia perlu dirawat dengan segera dengan menggunakan ubat jenis penisilin. Sekiranya seorang ibu hamil tidak menerima rawatan yang sepatutnya boleh menyebabkan bayi dalam kandungan menjadi cacat pada otak dan saraf.

Mengesan Carrier-Status (Pembawa Penyakit)

Terdapat beberapa kes di mana seorang ibu yang membawa virus tetapi pertahanan badannya berjaya menyekat virus daripada menyerangnya. Keadaan ibu yang mempunyai virus tersebut adalah sihat tetapi ia berupaya menyebarkan virus itu kepada orang lain. Jadi ibu tersebut perlu dipantau dan diberikan vaksinansi dan beliau akan diajar cara untuk menghalang penyakit ini daripada berjangkit.

Mengetahui Jenis Darah (Blood Group)

Terdapat 5 jenis darah iaitu A,B, O dan Reshus positif dan negetif. Darah posiitif dan negetif saling bertindak balas dan boleh memusnahkan kandungan. Sekiranya didapati darah ibu dan janin berlainan jenis, jenis darah ibu akan dikenalpasti awal untuk memudahkan pihak hospital menguruskannya sekira perlu dilakukan pemindahan darah.

Mengesan Masalah Yang Melibatkan Sel Darah (Kesan Penyakit Dalam Darah Ibu)

Ini lebih dikenali sebagai mengesan penyakit keturunan. Iaitu ia bergantung kepada genetik sesebuah keluarga. Sebagai contoh Thalasemia atau Sickel-Sel Anemia merupakan penyakit keturunan. Tanda-tanda:

1.Ibu menjadi pucat dan kurang darah biarpun beliau menjaga pemakanannya dengan sempurna
2.Sakit pada bahagian kanan atas perut akibat pembocoran limpa
3.Sering pitam
4.Pendarahan gusi dan lain-lain
5.Ibu sering demam dan tidak sihat

Rawatan:

Pemberian ubat-ubatan yang bersesuaian. Jika perlu terpaksa melakukan pemindahan darah dan harus membuat pemantauan keadaan bayi dalam kandungan dari masa ke semasa.

Mengesan Antigen Dan Antibodi Dalam Darah

Antigen dan Antibodi adalah 2 perkaitan yang bermaksud protein dalam darah yang memberikan perlindungan kepada tubuh.

.: Pemeriksaan Bulanan Ibu Mengandung :.

Lawatan Pertama

Memastikan serta mengesahkan kehamilan. Biasanya doktor akan terus memberikan due date atau tarikh anda akan dijangka bersalin. Biasanya kalau anda tidak dapat memastikan bila tarikh akhir haid, ujian ultrasound akan dilakukan untuk memberikan jangkaan bersalin yang lebih tepat.

Lawatan Kedua

Biasanya selapas minggu ke 12 kehamilan, doktor akan meraba uterus @ bayi dalam kandungan anda yang sedang membesar bagi menentukan samada bayi anda membesar secara normal atau tidak. Masalah utama kebanyakan ibu pada masa ini ialah loya, muntah-muntah serta sering pitam.

Lawatan Ketiga

Biasanya usia kehamilan masuk minggu ke 20, Selain pemeriksaan asas, anda akan menjalani ujian PIH (Pregnancy Induced Hypertension) iaitu pemeriksaan terperinci untuk melihat kesihatan ibu. Ujian-ujian tersebut termasuklah:

1.Air kencing
2.Tekanan darah
3.Berat badan
4.Ujian darah ( diambil dari vena pada lengan ibu)
5.Ultrasound (mengesan masalah kecacatan bayi dalam kandungan)

Lawatan Keempat

Usia kehamilan masuk minggu ke 24. Ibu akan menjalani ujian asas berikut:

1.Air kencing
2.Tekanan darah
3.Berat badan

Lawatan Kelima

Usia kehamilan masuk minggu ke 28. Selain pemeriksaan asas, ibu akan diberikan suntikan ATT (Anti Tetanus Toxoid) Pertama. Ini adalah bertujuan untuk membantu ibu hamil membentuk antibodi yang cukup untuk melindungi dirinya dan bayi daripada kuman yang mudah dijangkiti sebagai contoh melalui luka dan sebagainya.

Lawatan Keenam

Usia kehamilan masuk minggu ke 32. Pada masa ini ujian asas dan suntikan ATT (Anti Tetanus Toxoid) Kedua akan dilakukan ke atas anda.

Lawatan Ketujuh

Usia kehamilan masuk minggu ke 34. Ujian ultrasound akan dilakukan bagi memastikan kedudukan kepala bayi, uri, berat serta saiz bayi.

Lawatan Kelapan Dan Seterusnya Lawatan Seminggu Sekali

Dan seterusnya anda perlu lakukan lawatan seminggu sekali sehingga hari bersalin tiba.

.: Senaman Bagus Untuk Mental :.


Setiap orang tahu senaman boleh melaraskan peredaran darah, membakar lemak dan kalori, serta mengurangkan risiko masalah serangan jantung dan obesiti serta beberapa penyakit lain. Kini beberapa bukti telah menunjukkan bahawa senaman selama 10 minit setiap hari boelh mneingkatkan tahap kesihatan mental, seterusnya membolehkan kita berfikir dengan mudah, rasa gembira dan mengurangkan stress. Kaedah senaman yang dilakukan secara konsisten beserta pengambilan STAMINEX, ENERGEE serta EXAMO-CKM 500 akan dapat membantu anda stress atau tekanan perasaan dengan berkesan.

Meningkatkan Tenaga Otak

Senaman yang konsisten boleh meningkatkan tindakbalas masa (reaction time), konsentrasi, kreativiti dan keupayaan mental. Ini kerana berlakunya peningkatan dalam tubuh untuk mengepam darah menghantar oksigen ke saluran darah dan dihantar dengan cepat ke otak. Pengkaji percaya perubahan tersebut merangsang reaksi fizikal dan mental dengan cepat.

Melambatkan Proses Penuaan

Dengan hanya melakukan aktiviti yang 'simple' seperti berjalan-jalan setiap hari sebagai amalan boleh menghalang tahap penurunan mental dikalangan wanita yang berumur 65 tahun ke atas. Lagi lama dan kerap mereka berjalan, semakin perlahan proses tersebut berlaku. Sesi ini tidak perlu dilakukan secaraintensif kerana ia sudah memadai untuk meningkatkan kesihatan jantung.

Mengurangkan Stress

William P Morgan dari University of Wisconsin mendapati senaman boleh mengurangkan stress dan mengawal perasaan marah. Alasannya mudah sekali, jika terlalu memikirkan masalah akan memberi kesan gangguan pada jantung. Dengan senaman kita akan melupakan masalah-masalah tersebut di samping meningkatkan tahap kesihatan kardiovaskular, menjadikan kita lebih rasional menangani maslaah sekaligus mengurangkan stress. Sebagai contoh melakukan aktiviti seperti berjalan, berbasikal dan berenang boleh mengurangkan tekanan dan aktiviti ini memberi kesan yang serupa seperti kita beryoga.

Secara saintifiknya aktiviti yang dilakukan ini sebenarnya boleh meningkat kimia seperti adrenalin, serotonin, dopamin dan endorphin di dalam otak. Anda akan rasa seronok, tenang dan berkeyakinan. Dipresi juga dapat dikurangkan dengan melakukan aktiviti senaman selama 30 minit 3 kali seminggu.

Selain daripada rasa sihat, kuat dan bertenaga, senaman juga boleh meningkatkan keyakinan (self esteem).

.: Pemakanan :.

Setiap ibu hamil perlu tahu perkara paling penting sepanjang tempoh kehamilannya ialah tahu menjaga dan mengambil pemakanan kesihatan yang terbaik sepanjang tempoh kehamilannya. Oleh itu digalakkan agar ibu-ibu hamil mengambil produk lengkap Salindah dari awal kehamilan sehinggalah habis pantang.

Friday, March 30, 2012

Cuti² di Fraser Hill













29 Minggu :-)


Assalamualaikum....

Hai semua..

Lama rasanya tak update blog nie...
Hari nie rasa rindu plak nak tulis²...hehehe...

Semalam.29 Mac..ada check up kat Klimik Kesihatan Selayang Baru.. Appointment pkl 8.00 pg...biasalah klinik kerajaan kan...pkl 11.30 baru abis. Sebelum tue kena buat BSP dulu...check gula dalam darah. BSP nie kena buat 4 kali....pkl 8 sekali...pkl 12 sekali...pkl 6 ptg sekali..then yg last pkl 10mlm..aduhh..letih rasanya.

Untuk kehamilan kali nie, saya pergi klinik kerajaan je..sebelum nie pergi check up kat klinik swasta.
Belajar dari pengalaman saya takut nak pergi ke klinik swasta...bukan apa sebab sebelum nie saya pernah mengalami keguguran dan kematian baby lepas lahir akibat penyakit genetik.

So, untuk mengelak daripada sebarang masalah atau komplikasi yang lain saya pergi ke klinik kesihatan.
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar cuma bila time nak menunggu giliran je jenuh....hehehe...

Wednesday, March 21, 2012

Doa untuk mendapat anak soleh


1. “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan”.
( Surah Ali’ Imran: 38 )


2. “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.”
(Surah Ibrahim: 40)

3. “Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (Kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.”
(Surah Al-furqan: 74)

4. "Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) diantara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadat haji kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang." (Surah Al-Baqarah: 128)

Monday, March 19, 2012

Dating dengan DIA

Dating Dengan Dia

Rindunya rasa kalau tak dapat dating dengan DIA tambah-tambah lagi kalau tak dapat "dating" dengan dia untuk 5 kali sehari, tak sah lagi tak lengkap hidup ini rasanya. Tambahan pula tak kala terdengar panggilan dari –Nya lagi bertambah tak sabarlah diri ini lagi untuk "dating" dengan DIA.

"اَللهُ أَكْبَرُ اَللهُ أَكْبَرُ.
أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ.
أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّداً رَسُوْلُ اللهِ. أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّداً رَسُوْلُ اللهِ.
حَيَّ عَلَى الصَّلاَةِ حَيَّ عَلَى الصَّلاَةِ
حَيَّ عَلَى الْفَلاَحِ حَيَّ عَلَى الْفَلاَحِ
اَللهُ أَكْبَرُ اَللهُ أَكْبَرُ. لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ

Hebat sungguh penangan panggilan mu Ya Allah .
Ya Allah, izinkanlah diri ini untuk sentiasa dapat "berdating" dengan mu bukan sahaja sehingga akhir hayat ku tetapi sehingga dapat ku "berdating" dengan mu di Syurga mu Ya Allah untuk selama-lamanya.


"Dating"
Risau hati ini memikirkan untuk "berdating" dengan DIA.
Dah cantik ke aku nie? Perlu pakai mekap tebal-tebal ke atau perlu menambahkan perhiasan lagi ke pada diri ini?
Ye ke perlu semua tu, TIDAK. DIA, Allah tidak melihat semua itu, cantik rupa secara zahirnya dan tak mampu jika nak dilawankan dengan cantiknya hati mu yang tersembunyi di dalam zahir mu itu untuk "berdating" dengan DIA. DIA hanya memerlukan hati mu yang ikhlas semasa bertemu–Nya, ikhlas menghadap–Nya dan ikhlas menyembah-Nya dalam sujud mu.
Berhias? Perlukah?
"Berdating" dengan DIA cukup hanya menutup aurat tak perlulah nak berhias-hias. Malah disuruh–Nya lagi menutup segala perhiasan mu yang tersembunyi kecuali muka dan kedua telapak tangan mu. Aurat mu penting ketika bertemu dengan–Nya.

Mudahnya "berdating" dengan DIA,
Indahnya dapat "berdating" dengan DIA,
Tak rugi "berdating" dengan DIA,
Ini yang membuatkan hati ini lagi bertambah sentiasa ingin sangat "berdating" dengan DIA, "berdating" dengan DIA di dalam solat ku, berbicara, menyembah dan sujud kepada–Nya dan aku ingin DIA menjadi kekasih ku dari awal pertemuan sehinggalah akhir hayat ku, Insyallah.

Ya Allah, izinkanlah untuk aku terus dan sentiasa dapat bertemu dengan mu, tak kira dimana, tak kira ketika.
Aku ingin "berdating" dengan mu setiap masa Ya Allah.

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers