Assalamualaikum,
Baca tajuk kat atas. Sesuai tak?
Sebenarnya dah lama saya nak kongsi kisah hidup saya bersama hero-hero seramai lima orang.
Rasanya ada lagi yang anak ramai dari saya. Tapi pada zaman sekarang, serba serbi naik harga secara tak langsung ramai yang merancang untuk mempunyai anak dua atau tiga orang sahaja.
Cerita bab anak, saya pun tak sangka telah mempunyai lima orang anak. Dari tahun 2002 hinggalah tahun 2014. Noktah. Cukuplah sampai di sini saja.
Ketentuan atau takdir Allah tiada siapa boleh menghalang. Kita hanya merancang tetapi Allah yang menentukan. Pada tahun 2002, saya selamat melahirkan bayi lelaki. Tahun 2003, saya mengandung tetapi mengalami keguguran pada usia kandungan 5 bulan lebih. Sayang sangat sebab bayi perempuan. Tahun 2004, saya melahirkan bayi lelaki lagi. Okay. Saya berehat sebentar untuk fokus pada anak-anak.
Ditakdirkan pada tahun 2006 saya disahkan mengandung. Harapan tue memang nak anak perempuan. Tetapi bayi lelaki juga selamat saya lahirkan pada tahun 2007. Alhamdulillah. Semuanya kuasa Allah. Saya terima tanpa bersungut. Tahun 2008, tanpa disedari saya mengandung lagi. Memang rapat. 4 Oktober 2008, lahirlah seorang puteri. Ya Allah, ibu mana tak gembirakan?
Sesungguhnya Allah Maha Besar dan Maha Mengetahui. Bayi saya disahkan menghidapi 'Edward Sindrom'. Penyakit yang jarang berlaku nisbah 1:3000. Hatu luluh. Sedih. Tetapi saya dan suami cekalkan hati dan kuatkan semangat menerima apa saja yang doktor akan beritahu.
Semua suka dan mengucapkan tahniah di atas kelahiran bayi perempuan. Akhirnya dapat juga bayi perempuan seperti yang diimpikan. Ya. Betul. Memang saya suka dan sayang sangat dengan Nur Aqilah Sofiya. 26 Oktober 2008, pagi yang redup dan tenang, seorang jururawat menelefon saya beritahu bayi saya sedang tenat. Ya Allah terus mengalir air mata ini. Dengan anak-anak yang masih kecil kami tinggalkan bersama abang. Beritahu mak dan terus pergi ke hospital.
Airmata dah kering. Masuk ke NICU saya terus meluru ke arah bayi saya. Memang dia sedang sakit, menahan sakit dan tenat. Saya setia menunggu dan melihat komputer yang tertera gerakan nafas dan jantungnya. Semakin lama semakin lemah. Hati saya dah berdebar bila nafas bayi semakin lemah dan terus tiada. Saya panggil nurse dan doktor untuk melihat keadaan anak saya.
Hanya menunggu masa saja. Saat-saat terakhirnya. Saya usap pipinya, wajahnya serupa seperti abangnya.Depan mata saya melihat anak saya menhembuskan nafas yang terakhirnya. Pergilah sayang...ibu redha. Ibu redha sayang...
Semoga sayang tenang di sana bersama bidadari syurga.
Al-Fatihah~
Nur Aqilah Sofiya
04/10/2008 - 26/10/2008
Tahun 2012, saya selamat melahirkan bayi lelaki, Genap setahun Ariq saya disahkan mengandung dan selamat melahirkan Arif secara c-ser pada 03 Februari 2014.
Semuanya lima lelaki. Alhamdulillah....
Showing posts with label Ya Allah. Show all posts
Showing posts with label Ya Allah. Show all posts
Friday, October 3, 2014
Tuesday, April 30, 2013
Monday, March 19, 2012
Dating dengan DIA
Dating Dengan Dia
Rindunya rasa kalau tak dapat dating dengan DIA tambah-tambah lagi kalau tak dapat "dating" dengan dia untuk 5 kali sehari, tak sah lagi tak lengkap hidup ini rasanya. Tambahan pula tak kala terdengar panggilan dari –Nya lagi bertambah tak sabarlah diri ini lagi untuk "dating" dengan DIA.
"اَللهُ أَكْبَرُ اَللهُ أَكْبَرُ.
أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ.
أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّداً رَسُوْلُ اللهِ. أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّداً رَسُوْلُ اللهِ.
حَيَّ عَلَى الصَّلاَةِ حَيَّ عَلَى الصَّلاَةِ
حَيَّ عَلَى الْفَلاَحِ حَيَّ عَلَى الْفَلاَحِ
اَللهُ أَكْبَرُ اَللهُ أَكْبَرُ. لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ
Hebat sungguh penangan panggilan mu Ya Allah .
Ya Allah, izinkanlah diri ini untuk sentiasa dapat "berdating" dengan mu bukan sahaja sehingga akhir hayat ku tetapi sehingga dapat ku "berdating" dengan mu di Syurga mu Ya Allah untuk selama-lamanya.
"Dating"
Risau hati ini memikirkan untuk "berdating" dengan DIA.
Dah cantik ke aku nie? Perlu pakai mekap tebal-tebal ke atau perlu menambahkan perhiasan lagi ke pada diri ini?
Ye ke perlu semua tu, TIDAK. DIA, Allah tidak melihat semua itu, cantik rupa secara zahirnya dan tak mampu jika nak dilawankan dengan cantiknya hati mu yang tersembunyi di dalam zahir mu itu untuk "berdating" dengan DIA. DIA hanya memerlukan hati mu yang ikhlas semasa bertemu–Nya, ikhlas menghadap–Nya dan ikhlas menyembah-Nya dalam sujud mu.
Berhias? Perlukah?
"Berdating" dengan DIA cukup hanya menutup aurat tak perlulah nak berhias-hias. Malah disuruh–Nya lagi menutup segala perhiasan mu yang tersembunyi kecuali muka dan kedua telapak tangan mu. Aurat mu penting ketika bertemu dengan–Nya.
Mudahnya "berdating" dengan DIA,
Indahnya dapat "berdating" dengan DIA,
Tak rugi "berdating" dengan DIA,
Ini yang membuatkan hati ini lagi bertambah sentiasa ingin sangat "berdating" dengan DIA, "berdating" dengan DIA di dalam solat ku, berbicara, menyembah dan sujud kepada–Nya dan aku ingin DIA menjadi kekasih ku dari awal pertemuan sehinggalah akhir hayat ku, Insyallah.
Ya Allah, izinkanlah untuk aku terus dan sentiasa dapat bertemu dengan mu, tak kira dimana, tak kira ketika.
Aku ingin "berdating" dengan mu setiap masa Ya Allah.
Subscribe to:
Posts (Atom)




