Friday, January 4, 2013

Kisah Hari Ini


Assalamualaikum...

Salam Jumaat pada semua yang membaca blog saya pada hari ini...hihi. 
Semenjak dua menjak nie badan rasa sakit-sakit, mungkin tak cukup rehat...(agaknya). Tidur pun dah tak cukup sebab sibuk dengan baby dan kerja rumah yang setia menunggu. Baby Ariq sekarang nie pandai bangun tengah malam...selang 2 jam Ariq akan kejutkan ibunya. Aduh! Memang Ariq suka kacau ibu ya! Hehe...
Tuela waktu Ariq sekarang nie...nasib baik bila Ariq bangun pukul 2-3 pagi...minum susu terus tidur balik. Lega! Ibu boleh sambung tidur dan mimpi semula. Jam 5.00 pagi, alarm handpone pulak berbunyi...huhu...pukul 5.15 pagi barulah bangkit dari tilam...haha. Gosok baju dan mandi...

Itupun nasib baik husband dah tolong gosokkan baju sekolah anak. (thank you abang..i love you so much!) Dapat husband yang rajin macam nie...ringan sikit beban rasanya.

Oklah jam dah pukul 2.30 petang. Nak pergi solat Zuhur kejap.

Selamat membaca!

Pe@ce Munira :-)

Thursday, January 3, 2013

Kembali ke sekolah

Assalamualaikum...



Selamat kembali ke sekolah anak-anakku...


Hari pertama sekolah, saya dan suami cuti sebab nak uruskan hari pertama anak bersekolah. Pertama sekali nak kena set balik masa bangun anak-anak dan jadual perjalanan dari rumah ke sekolah. Masa cuti sekolah memang seronok sebab kereta tak banyak.Jalan pun lengang. Nak pergi office lambat sikit pun boleh.



Tapi bila sesi persekolahan dah bermula semua kena kembali ke asal. Kena bangun seawal 5.00 pagi (ibu bangun) lepas tue 5.30 pagi (ayah bangun) then baru anak-anak bangun (6.00 pagi).





Haziq (sulung),macam biasa kena naik bas nak pergi sekolah agama sebelah petang. Nasib baik sorang je kena transit. Danish, untuk bulan Januari nie balik pukul 4.00 petang so kena ambik awal. Bulan Februari baru mula kelas mengaji balik pukul 5.00 petang. Zahrfan dan Ariq macam biasa...cuti sekolah pun duduk nursery & tadika.Hehehe...


Ok..semua dah settle...keluar pagi pun dah awal...pukul 6.30 pagi.



So...welcome back to school kids!No more play²...hehehe!


Pe@ce Munira :-)

Wednesday, January 2, 2013

Ariq, 7 bulan 3 hari

Assalamualaikum...

Tup!tup!dah 7 bulan dah anak ibu nie. Bila dah masuk 7 bulan, dah macam-macam Ariq pandai...mulut dah bising...hehe...comel je bunyinya..geram sangat! Tidur pun dah tak setempat, nak tidur satu tilam dengan ibu dia. Bila bangun je tengok dah tak de kat tilam dia..ish!ish!Sangat aktif dan rajin...


Ibu, ayah dan abang², doakan Ariq sentiasa sihat dan ceria selalu...



We all Love you...


Pe@ce Munira:-)

SeLaMat TaHuN BaRu 2013

Assalamualaikum...

Selamat Tahun Baru 2013.

Pejam celik!Pejam celik! Kejap dah masuk tahun 2013. Tahun 2012 dah berlalu dengan pelbagai kenangan...yang sedih...yang pahit...yang manis. Semuanya hanya tinggal kenangan. 

Diharapkan tahun 2013, ALLAH memberi saya lebih kekuatan dalam megharungi hidup dan semangat baru dalam kerjaya. Semoga kejayaan sentiasa bersama saya sepanjang tahun 2013 ini...Amin!

Harapan untuk anak-anak, semoga mereka berjaya dalam pelajaran dan kehidupan di dunia yang sangat mencabar ini. Dalam pelajaran pun banyak saingan yang perlu di hadapi.Semoga mereka success selalu.

Hari ini baru mula kerja setelah urusan anak sekolah selesai. Letih seharian meguruskan anak-anak. Apa saja yang saya dan suami lakukan adalah terbaik untuk mereka. Hanya anak-anak penawar dan pengubat penat lelah ibu bapa.

Pe@ce Munira :-)

Sunday, December 30, 2012

Sehari Suntuk Mendobi

Assalamualaikum...

Hai! Jom cuci baju!hihi...

Perkara pertama yang saya buat bila cuti hujung minggu. Setelah bercuti 5 hari di kampung...apalagi banyaklah pakaian...menimbun macam bukit.Huh!


Ayuh!Kita basuh baju...dari pagi sampai ke petang asyik berputar jelah mesin basuh ku...kalau dia boleh cakap mesti dia suruh berhenti kejap...hihi!

Hari Sabtu lepas cuaca agak panas juga...tapi hari Ahad tak berapa nak panas...hmm...baju pun tak berapa nak kering...

Hari nie keje macam biasa...keje tetap keje.Keje kat rumah pun tak pernah nak abis. 
Agak boring juga ari nie sebab ramai yang bercuti...

Pe@ce Munira :-)

Thursday, December 27, 2012

Selamat Berkenalan

Assalamualaikum...

Tajuk kat atas di tujukan kepada kawan-kawan blogger saya yang sudi baca entri dan jadi follower saya. Thanks a lot. Actually, saya bukan reti sangat nak customize blog cantik² macam blogger lain. Ada juga nak belajar kat 'tutorial blogger' tapi tak ada masa nak mengadap lama-lama. 

Tahun 2012 pun akan menutup tirai. Gembira ada sedih pun ada. Banyak kenangan 2012 yang saya kecapi. Semoga tahun 2013 nie akan memberi sinar kebahagiaan, kekayaan dan kejayaan dalam hidup saya.Amiin.

Seronok bila dapat menulis macam nie, tak kisah orang nak baca atau tidak tapi saya rasa lega bila dapat luahkan apa yang terbuku dalam hati melalui blog ini. Banyak perkongsian yang kita dapat bila kita baca blog orang lain. Semuanya berbakat. Suka saya tengok bila anak-anak remaja sekarang pun dah pandai berblog.Hehe...

Zaman dulu benda alah nak menaip nie pun saya tak de. Itulah beza zama dulu dan sekarang. Esok bila zaman anak-anak kita tak tahulah macam mana agaknya kecanggihannya ya!

Hari nie dah hari jumaat 28/12/2012, hari jumaat terakhir dalam tahun 2012.

Saya rasa masih banyak kekurangan dalam diri saya yang perlu diperbaiki. Tak kisahlah dari segi apapun, tapi yang paling penting agama. Ilmu agama masih kurang didada. Dengan adanya bacaan ilmiah secara online sedikit sebanyak boleh membantu saya untuk mencantikkan lagi hati dan iman.

In Sha Allah...

Terima kasih kepada semua yang sudi baca entri saya dan yang datang menjenguk walaupun sesaat. ^_^

Pe@ce Munira :-)

Apek-Leuniey bernikah hari ini

Assalamualaikum...


28/12-Selepas melalui pelbagai epsiod kontoversi, penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, 23 dan gadis pilihannya, Nur Eilunie Natasha Jaafar, 21 akan diijabkabulkan hari ini.

Majlis akad nikah dijangka berlangsung di kediaman Nur Eilunie atau Leuniey di Pasir Pekan, Tumpat pada pukul 10 pagi.

Mereka akan mengadakan tiga majlis iaitu majlis resepsi pengantin perempuan di Hotel Renaissance, Kota Bharu pada 30 Disember diikuti persandingan disebelah pengantin lelaki di rumah keluarga Apek di kampung Chenang, Kota Bharu pada 5 Januari tahun depan.

-Kosmo.

~Semoga Apek dan Leuniey berbahagia sehingga ke anak cucu :-)

Pe@ce Munira :-)

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers