Monday, May 13, 2013

Tangan Ariq terseliuh

Assalamualaikum,

Hari Rabu lepas masa ambil Ariq dari nursery, nampak Ariq macam ok je tapi sebenarnya tangan kiri Ariq sakit. Bila saya pegang dan angkat sikit dia dah menangis. Kesian Ariq...

So, on the way nak balik rumah singgah klinik kejap. Doktor kata cuma terseliuh aje dan tidak patah. Cuma saya risau sebab tangan Ariq tak bergerak sangat masa tue. Mungkin sakit agaknya jadi dia tak nak bergerak sangat. Hurmm...kesian my baby.

Hari Khamis pergi buat x-ray pulak. Check takut ada kesan sampingan lain selain terseliuh. Alhamdulillah tiada retak atau patah. Cuma sapu dengan ubat yang doktor berikan. Fuhhh....lega rasanya bila dapat pengesahan dari doktor.

Lepas nie Ariq kena di beri perhatian yang lebih sikit supaya tiada perkara yang serius berlaku di nurseri. Nak kata Ariq jatuh...mungkin sebab Ariq sekarang sedang lasak. Suka memanjat sana sini. Nasib ada walker. Bila di tanya jatuh kat nurseri...cikgu cakap tak jatuh. This time oklah. Jangan pulak jadi lagi.

Apa-apapun Ariq dah kembali sihat. Hari nie dah mula hantar Ariq ke nurseri. Dah lama ibu cuti...hehe. Seronok juga bila cuti lama-lama. ^_^ Tapi cuti saya bersebab tau.

Ok. Happy reading! ^_^



Segmen Blogwalking Kita - Kita

Assalamualaikum,

Hai...

Jom kita bersegmen bersama 'Segmen Blogwalking Kita-Kita'. Hadiah seperti tertera di atas.
Selain dari menambah kenalan ia juga boleh mengeratkan hubungan silaturahim sesama kita. Untuk menyertai boleh klik di SINI.

Terima kasih!

Happy Blogwalking! ^_^

Wednesday, May 8, 2013

Ibu Terharu

Assalamualaikum,


Kejadian nie berlaku semalam...

Danish : Ibu, ibu nak hadiah apa?
Ibu : Kenapa? Sempena hari ibu ke?
Danish : Kat sekolah ada jual bunga, teddy bear, pin tudung...ibu nak yang mana?
Ibu : senyap....(dalam hati rasa happy dan terharu)
Danish : nanti Danish belikan hadiah special untuk Ibu dengan Ayah...

Ibu terus tersenyum simpul dengan rasa gembira...

Walaupun Hari Ibu di sambut setiap tahun tapi setiap hari adalah hari ibu untuk anak-anak.

May Allah bless my family here and after. In Sha Allah!




Tuesday, May 7, 2013

SEGMEN KATHY MENCARI BLOGLIST MEI-OGOS

Assalamualaikum,



Apalagi ditunggu jom serbu blog di Kathy. Selain dari menambah kenalan kita boleh merapatkan lagi ukhwah sesama kita,okay!

Jom Support Segmen Blogger Kathy!

Terima kasih ^_^




Selepas PRU-13 ~ 5 Mei 2013

Assalamualaikum,

Alhamdulillah....


Selesai sudah tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. I Love MALAYSIA.
Walaupun dah tahu parti mana yang menang tapi kehangatan dan ketidak puasan hati masih lagi ada di kalangan mereka. Kenapa? Waallahualam....

PRU-13 kali nie kali ke-3 saya mengundi. Yeay!!
Seronok dapat mengundi tahun nie. Pagi lagi dah bersiap pergi rumah mak. Almaklum daftar undi ikut alamat rumah mak. Rugi ke tak siapa yang tidak mengundi? Wallahualam...

Keadaan sekitar kawasan memang happening....dengan bendera dan suara sorakan serta semangat parti itu yang seronok dilihat. Jangan ada yang gaduh sudah....
Dengan bunyi hon sebagai tanda sokongan...dengan kain rentang dan sepanduknya.....fuhh!!Waktu nielah nak tengok kannn....

Undi adalah rahsia...tapi masih ada yang tanya 'undi apa?'erk...rahsialahhh..

Semoga negara MALAYSIA Aman dan Harmoni!!


Friday, May 3, 2013

Thursday, May 2, 2013

Hari Sukan Staff UIA 2013

Assalamualaikum,

Majlis penyampaian hadiah kepada peserta/athletic yang terlibat telah selamat berlangsung tadi.

Saya dengan sukanya turut hadir memeriahkan suasana...hehe. Lama tak ambil medalkannn.

Sukannya dah lama tapi hari nie baru majlisnya. Tahun depan kita jumpa lagi ya!

Dari kiri Kak Zura, Saya, Kak Nini, Nurul dan Farid





Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers