Monday, May 13, 2013

Tangan Ariq terseliuh

Assalamualaikum,

Hari Rabu lepas masa ambil Ariq dari nursery, nampak Ariq macam ok je tapi sebenarnya tangan kiri Ariq sakit. Bila saya pegang dan angkat sikit dia dah menangis. Kesian Ariq...

So, on the way nak balik rumah singgah klinik kejap. Doktor kata cuma terseliuh aje dan tidak patah. Cuma saya risau sebab tangan Ariq tak bergerak sangat masa tue. Mungkin sakit agaknya jadi dia tak nak bergerak sangat. Hurmm...kesian my baby.

Hari Khamis pergi buat x-ray pulak. Check takut ada kesan sampingan lain selain terseliuh. Alhamdulillah tiada retak atau patah. Cuma sapu dengan ubat yang doktor berikan. Fuhhh....lega rasanya bila dapat pengesahan dari doktor.

Lepas nie Ariq kena di beri perhatian yang lebih sikit supaya tiada perkara yang serius berlaku di nurseri. Nak kata Ariq jatuh...mungkin sebab Ariq sekarang sedang lasak. Suka memanjat sana sini. Nasib ada walker. Bila di tanya jatuh kat nurseri...cikgu cakap tak jatuh. This time oklah. Jangan pulak jadi lagi.

Apa-apapun Ariq dah kembali sihat. Hari nie dah mula hantar Ariq ke nurseri. Dah lama ibu cuti...hehe. Seronok juga bila cuti lama-lama. ^_^ Tapi cuti saya bersebab tau.

Ok. Happy reading! ^_^



No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers