Sunday, July 20, 2014

Al-Fatihah buat Kak Ngah

Assalamualaikum,

19 Ramadan 1435H / 17 Julai 2014.
Perginya seorang ibu kepada 4 orang anak. Sepupuku.
Suzila atau lebih mesra dengan panggilan Kak Ngah dikalangan adik beradik dan sedara mara.

Setelah hampir 5 tahun menghidapi sakit kanser payudara, tepat jam 10.15pagi Kak Ngah telah kembali kerahmatullah.

Sedih. Tatkala saya membaca whatsapp dari adik. Ya Allah. Sebak hati saya. Air mata bergenang.
Ya. Allah lebih menyayangi arwah.

Kak Ngah seorang anak dan ibu yang baik. Peramah dan suka senyum bila berbicara. Masih teringat wajah dan suara arwah.

Semoga arwah Kak Ngah ditempatkan dikalangan para solihin. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t. Aminn ya rabbal alamin.

Al-Fatihah.

Sad Moment!


Friday, July 18, 2014

Nahas Pesawat MAS MH17

Assalamualaikum,

Pagi tadi, bangun sahur.
Tengah keluar masuk dapur untuk hidang lauk sahur. Husband bangun buka TV. Astro Awani.
Eh...siaran langsung? MH17 terhempas di Ukraine. Ya Allah!

Terkejut bila dengar berita pesawat MH17 ditembak jatuh.
Belum hilang kesedihan MH370. Kini MH17 pula.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui setiap kejadian.

Semoga keluarga mangsa MH17 tabah dan sabar.
Mungkin ada hikmah disebaliknya.
Saya disini hanya dapat berdoa semoga roh mereka yang beragama Islam di tempatkan bersama orang yang beriman.

Al-Fatihah.


Wednesday, July 16, 2014

Manja Ibu

Assalamualaikum,

Gambar terbaru Arif.
Saja suka-suka ambil gambar Arif.

Dah lasak sikit Arif sekarang nie. Nak pakai diaper pun dah susah sikit sebab Arif suka angkat punggung,


Muka bijak. Geram je bila peluk Arif.
Hari-hari kena cium manja dengan Ibu.
Semoga Arif menjadi anak yang Soleh. Aminn.

Mother of 5.


Krim Herba Bayi Tropika

Assalamualaikum,

Mula-mula saya diperkenalkan dengan produk nie dari FB kawan. Kebetulan dia ada jual krim herba Tropika.

Waktu tue, Arif kena batuk dan selsema. Nak bagi ubat memang tak boleh sebab masih bayi. Jadi, saya pun cuba beli krim herba nie. Dah 2 kotak saya guna. Alhamdulillah sesuai untuk Arif. 2 bulan saya guna Arif dah baik batuk dan selsema.


Okay, sekarang saya nak kongsi tentang kebaikan produk nie....

KRIM HERBA BAYI MINYAK KELAPA DARA TROPIKA dengan ramuan minyak eucalyptus (minyak kayu putih), halia dan herba tropika membantu melegakan perut kembung serta perut berangin bayi (colics).

Antara keistimewaan krim herba TROPIKA ialah :-
  • krim tidak panas serta sesuai untuk kulit bayi dan kanak-kanak
  • krim mudah meresap serta tidak meleleh atau melekit bila disapu
  • krim herba TROPIKA juga berfungsi seperti Viks herba yang melegakan batuk dan selsema 
  • sesuai diguna untuk masalah batuk, selsema, kembung perut, sesak nafas, banyak kahak serta lelah
  • krim ini hanya mengandungi bahan-bahan herba tropika yang halal dan suci serta tiada unsur alkohol atau seumpamanya

Cara Guna :-

Sapu krim pada dada dan belakang anak umtuk menghilangkan kahak atau phlegm serta bunyi "wheezing".
Sapu krim pada perut serta kedua telapak kaki bayi setiap kali selepas mandi atau bila perlu. Boleh di sapu pada dada dan ubun-ubun kepala supaya bayi sentiasa selesa sepanjang hari.

Baguskan? Memang sangat berkesan.

Nak cuba? Saya tak jual tapi sesiapa nak order boleh hubungi :-

Ciciyaya Shop 016-3313290
FB : Ciciyaya Shop / Cici Ery



Sunday, July 13, 2014

Segmen: Saya Nak Kad Raya Daripada Ekatikah

Assalamualaikum,


Pada zaman era moden ini, amalan kirim-mengirim kad raya tidak dilupakan. Walaupun zaman sekarang orang ramai lebih gemar mengirim balas ucapan Hari Raya menggunaan pesanan ringkas SMS, WhatsApp dan sebagainya, kad raya masih antara yang the best. Hehe

Oleh itu, satu Segmen: Saya Nak Kad Raya Daripada Ekatikah diadakan. Bermula hari ini 13hb July dan berakhir pada 20hb July jam 12 tengah hari. Sesiapa yang nak kad raya, dijemput untuk sertai.

Syarat-syarat:
1. Follow blog Bila Jari Mula Menaip, add to circle G+ EkaTikah.
2. KLIK   .
3. Buat entri bertajuk Segmen: Saya Nak Kad Raya Daripada Ekatikah.
4. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri. Untuk copy coding di bawah, sila HIGHLIGHT/KLIK semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak.

Credit to MiaLiana.Com

5. Tinggalkan URL entri di ruangan komen entri ini.

Pilihan Pemenang:
1. 20 orang pemenang akan dipilih menggunakan Ramdom.org.
2. Pemenang akan diumumkan sama tarikh tamat penyertaan.

 Selamat menjoinkan diri  

Friday, July 11, 2014

Giveaway WOW HARI RAYA by SITI YANG MENAIP

Assalamualaikum,

Lama tak join segmen.
Segmen yang pertama saya sertai untuk tahun 2014. Apalagi jom kita riuhkan segmen Giveaway WOW HARI RAYA by SITI YANG MENAIP di SINI.



Sangat mudah hanya ikut arahan yang diberikan.Okay!

Arif, 5 bulan

Assalamualaikum,

3/7/2014 cukuplah usia Arif 5 bulan.
Rasa macam baru je bersalin. Nak lagi ke? Oh tidakk...


Cukuplah lima setakat nie.

Perkembangan Arif pada usia 5 bulan :-
  • Dah mula rajin meniarap.
  • Mulut dah pandai keluar bunyi dan main buih. Macam nak makan pun ada.
  • Pandangan mata dah tepat ke arah ibu ayah dan orang sekeliling.
  • Merengek/menangis ditinggalkan sendirian. Pastikan ada orang di sisi.
  • Mengenggam contoh: jari ibu, mainan.
  • Meraih benda yang dekat dengannya. contoh: kain,selimut, baju
  • Ketawa bila digeletek.
  • Meraih simpati contoh: ingin didukung keluar.
  • Suka dibawa berjalan. contoh: naik kereta.
Hrmm...ada lagi tak?Rasanya perkembangan Arif normal dan mengikut perkembangan yang betul.

Semalam temujanji Arif cucuk imunisasi 5 bulan. Masalah Arif cuma naik ruam di badan dan tangan. Saya cuma sapu krim. Alhamdulillah sudah beransur hilang ruam.

Sumber: Google




Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers