Friday, January 8, 2016

Selamat Tahun Baru 2016

Assalamualaikum...

Bye 2015...Hello 2016.

Tahun baru datang lagi.
Masa makin lama makin pantas berlalu.

Anak-anak pun makin membesar.
Komitmen makin bertambah.

Syukur alhamdulillah...





Long Service Award - 15 years

Assalamualaikum...

Walaupun cerita dah lama...tahun lepas punya kisah tapi saya nak kongsi juga.

Pejam celik...pejam celik...
Dah 15 tahun saya kerja dengan UIA. Lamakan? Ada yang tanya tak boring ke kerja lama-lama.

Rezeki kerja di UIA...jumpa jodoh pun di UIA. Alhamdulillah....



Terima kasih tak terhingga pada suami tersayang yang sudi temankan.
Banyak kenangan manis, pahit (ada ke...) yang telah saya lalui.

Terima kasih Allah atas kurniaan rezeki dan kesihatan yang baik. Semoga diri saya terus istiqomah dalam menjalankan tugas. Aamiin...


Friday, October 16, 2015

7 Tahun Lalu

Assalamualaikum,

Rindunya....

Lama jari jemari tak menulis dalam blog nie.

Tup...tup...dah masuk bulan Oktober dah. Kejap masa berlalu. Macam-macam cerita dan perkara dah berlaku tanpa kita sedari.

Bagi saya, bila tiba bulan Oktober, hati dan jiwa tak terlepas dari mengingati arwah Nur Aqilah Sofiya yang telah dilahirkan pada 4 Oktober 2008. 7 tahun yang lalu...

Masih lagi terngiang-ngiang suara dan tangisanmu. Tangisan yang pertama dan teralkhir. Saat itu aku sangat bersyukur kerana Allah permudahkan proses bersalinku walaupun ada sedikit masalah.

Sesungguhnya Allah Maha Besar. 26 Oktober 2008. Di pagi hari yang tenang...setenang wajahmu sayang. Ibu setia menunggumu dan melihatmu sehingga nafasmu yang terakhir. Saat itu sayang...Ibu redha...Ibu terima ketentuan Ilahi...itulah yang terbaik bagimu yang telah Allah tetapkan.

Semoga dirimu bahagia bersama bidadari syurga.

7 tahun lalu....
Rindu padamu...
Al-Fatihah.




Friday, August 21, 2015

Wany's Kacang Sedap dan Kacang Licin

Assalamualaikum,

Salam Jumaat. Salam #sehatisejiwa.

Nak cerita pasal kacang nie.
Sedap dan Licin namanya. Rasa sekali je hati dah terpikat.
Memang sedap sangat.



Sesape nak oder boleh hubungi saya 014-9980785. (Agen di UIA Gombak)


Tuesday, July 21, 2015

Eid Mubarak 2015 / 1436H

Assalamualaikum,

Salam Aidilfitri kepada sahabat-sahabat blog semua...

Meriah tak raya tahun ini?
Tahun nie raya di Melaka dan pertama kali beraya tanpa mak mertua. Sedih rasanya.

Lain benar rasa bila beraya tanpa mak mertua. Hari pertama raya pun tak macam tahun-tahun lepas.
Yela. bila orang tua dah tak de macam tulah.

Apapun dikesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, ,MAAF ,ZAHIR & BATIN....

Selamat pulang ke kampung dan berhati-hati di jalan raya.

#kosong-kosong


Wednesday, June 17, 2015

Salam Ramadhan

Assalamualaikum,

Sebelum Ramadhan menjenguk tiba, saya dengan sepenuh hati jiwa dan raga memohon ampun dan maaf atas segala kesalahan dan kesilapan sama ada disedari atau tidak disedari. Selamat berpuasa...

Kosong-kosong ya!




Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan! ^_^


Tuesday, June 16, 2015

Jalan-jalan Cuti Sekolah

Assalamualaikum...

Sihat semua??

Alhamdulillah. Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah.

Okay. Kita masuk bab jalan-jalan cuti sekolah. Hah! Ke mana agaknya kita ya. Mestilah ke kampung halaman. Balik Melaka katanya.

Kali pertama balik ke kampung tanpa Mak di rumah, yang setia menunggu kami. Sedih rasanya. Memang terasa sangat kehilangan Mak. Sunyi je rumah tanpa suara Mak.

Hari Jumaat lepas buat kenduri arwah di masjid. Ramai orang kampung datang. Makanan pun alhamdulillah cukup-cukup. Waktu nie kami cuti lama sikit. 4 hari 3 malam. Boleh bawa anak-anak jalan.

Pantai Klebang. Ya. Di sinilah tempatnya kami berjalan-jalan. Dekat je. Sambil menghirup udara pantai. Hehehe.



Lagipun dah lama kami tak ke pantai. Lainkali kita pergi pantai timur pulak ya. ^_^



Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers