Tuesday, January 3, 2012

Go back to school....Kejap dah abis cuti sekolah...

Assalamualaikum....

Hai kawan²...Harap korang semua sihat dan sentiasa hepi di tahun baru 2012 ini. Cakap pasal tahun baru...mesti ada azam baru kan!Apa azam korang?

Azam saya tahun nie mestilah nak jadi yang lebih baik dari tahun lepas. Jadi ibu yang terbaik pada anak²...dan jadi isteri yang terbaik pada suami.Insyallah!!

Pejam celik...cuti sekolah pun dah nak abis. Aktiviti kami masa cuti sekolah..jalan² di Bukit Gambang Resort,Pahang...nie pun nasib baik opis suami ada buat hari keluarga kat sana. So, dapatlah bawak anak² berjalan pada cuti sekolah. Dapat mandi manda kat water park....:-)

Bila sekolah dah nak mula...sibuk pulak dengan persiapan sekolah anak². Nak beli baju sekolah, seluar sekolah...kasut sekolah...hehehe...seronokkan!

Bila beli utk si abang si adik yg masih tadika pun nak jugak pensil, pemadam....hermmm...semangat nak sekolah jugak..hehehe...

Nasib baik ada bonus...bolehlah beli belah utk anak² dan brg² dapur. Bulan Januari nie pulak gaji awal..yahooo....tp kena berjimat cermat kalau takkk....semua benda susah nk dapat...Zaman sekarang nie duit sgt penting. Anak² plak tahu mintak itu ini..yg kena mak ayah jugak.Hurmmm...

Oklah lainkali kite cite lagi ek! :-)

Monday, December 5, 2011

Hamil lagi...alhamdulillah!!:-)


Assalamualaikum...

Dah lama rasanya saya tak update blog nie...bukan tak de cite tapi sbb kesibukan kerja yang semakin bertambah.

Bulan November lepas saya telah di sahkan mengandung 6 minggu 2 hari. Syukur alhamdulillah dengan rezeki yg telah diberi oleh Allah. Anak² saya bila tahu semua suka...ada yg nak adik perempuan dan sebaliknya...Insyallah.

Sebelum nie saya dah ada anak perempuan tapi Allah lebih sayangkan mereka. Jika di izinkan Allah saya pun teringin sgt nak anak perempuan yang comel dan sihat.

Kehamilan kali nie saya cepat rasa letih dan selera makan pun kurang. Nak makan pun kena ikut mood dan tekak nk makan apa....huhu...

Awal kehamilan memang mcm tue kan...tambah² bila anak dh ramai nie..memang akan cepat letih sbb nak melayan kerenah anak². Tapi saya sentiasa kuatkan semangat dan tidak mengikut hati sgt. Kalau ikut hati memang nk baring jer kejenya...hihi :-)

Nasib baik ler saya mempunyai suami yang sgt memahami dan pandai memasak so bab masak-memasak nie memang dia paling terror.Thanks abang...I Love You!!

Wednesday, November 9, 2011

7 Sunnah Hebat

Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:


Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua.

Monday, October 24, 2011

Oh Allah!

Ya Allah...
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui setiap kejadian ke atas diriku
Hanya kepadamu ku memohon keampunan
Hanya kepadamu ku berdoa
Hanya kepadamu ku meminta pertolongan

Ampunilah segala dosaku...Oh Ya Allah!

Amin ya rabbal alamin!

Thursday, October 13, 2011

Sempena Bajet 2012

Assalamualaikum....

Salam 1 Malaysia....Syukur alhamdulillah sbb pembentangan Bajet 2012 dah pun diketahui. Tambah² seronok bila dapat bonus dan kenaikan gaji utk kakitangan awam.

Saya pun tumpang seronok. Bukan apa, at least ia dapat mengurangkan beban utk golongan yang berpendapatan rendah. Tapi lagi best utk bos² dan yang berjawatan tinggi.

Nie yang nk sambung belajar nie....hihihi. Bila di fikir nak sambung belajar mcm tak bersedia lagi sebab kewangan masih belum kukuh. Insyallah panjang umur dan rezeki murah teringin jugak nk sambung belajar kan!

Nak buat bisnes pun belum boleh lagi.Kecil-kecilan tue adalah buat, utk suka² je. Apapun tahniah lah pada semua yang mendapat bonus & mcm² faedah lagi utk Bajet 2012 nie.

Yahooo!!!:-)

Friday, September 9, 2011

Salam Lebaran 2011


Assalamualaikum...

Dikesempatan bulan yang mulia ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf, zahir & batin kepada semua kawan² yg mengenali diri saya, keluarga dan sanak saudara.

Tahun nie saya beraya di kampung suami di Kg. Melekek, Melaka. Dari hari jumaat sampai ler raya ke-3 saya beraya di sana. Petang raya ke-3 baru kami sekeluarga pulang ke KL. 

Alhamdulillah kami selamat sampai KL walaupun highway agak sesak dengan kenderaan. Tapi, tak delah lama sgt jem nya. Sampai² jer KL terus singgah rumah mak di Au2, Keramat. 

Waktu tue mak pulak tinggal sorang....yg lain dah berjalan raya. Kebetulan waktu tue pun ada sedara nak dtg rumah so duduk lama skit kat rumah mak.

Actually kat rumah saya memang tak berkemas sgt...ala kadar jer. So ingat balik nie baru nak kemas² apa yang patut. Nasib baik kain baju dah siap basuh kat kampung. Hehehe...

Raya tahun nie yg paling seronok anak² lah. Ingat nak berjalan jer....tak kira siang atau malam. Letih nak layan kerenah anak² nie. Bila malam ingat nak main mercun jer. Aishhh...tuela akibat dah ajar anak main mercun.Hmmm....

Oklah setakat di sini jer...nak tido daaaa....hehehe :-)

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers