Wednesday, June 17, 2015

Salam Ramadhan

Assalamualaikum,

Sebelum Ramadhan menjenguk tiba, saya dengan sepenuh hati jiwa dan raga memohon ampun dan maaf atas segala kesalahan dan kesilapan sama ada disedari atau tidak disedari. Selamat berpuasa...

Kosong-kosong ya!




Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan! ^_^


Tuesday, June 16, 2015

Jalan-jalan Cuti Sekolah

Assalamualaikum...

Sihat semua??

Alhamdulillah. Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah.

Okay. Kita masuk bab jalan-jalan cuti sekolah. Hah! Ke mana agaknya kita ya. Mestilah ke kampung halaman. Balik Melaka katanya.

Kali pertama balik ke kampung tanpa Mak di rumah, yang setia menunggu kami. Sedih rasanya. Memang terasa sangat kehilangan Mak. Sunyi je rumah tanpa suara Mak.

Hari Jumaat lepas buat kenduri arwah di masjid. Ramai orang kampung datang. Makanan pun alhamdulillah cukup-cukup. Waktu nie kami cuti lama sikit. 4 hari 3 malam. Boleh bawa anak-anak jalan.

Pantai Klebang. Ya. Di sinilah tempatnya kami berjalan-jalan. Dekat je. Sambil menghirup udara pantai. Hehehe.



Lagipun dah lama kami tak ke pantai. Lainkali kita pergi pantai timur pulak ya. ^_^



Wednesday, June 3, 2015

Selamat Pengantin Baru, Annie!

Assalamualaikum,

29 Mei 2015, my bestfriend's wedding.

Majlis persandingan telah berlangsung di Golden Chersonese Media Hall, Maju Junction Tower.
Gembira sangat bila dapat hadiri majlis kawan baik sejak dari sekolah rendah. Walaupun dah lama tak jumpa tetapi kami tetap berhubung melalui telefon, sms dan whatsapp.

Terharu tengok kedua-dua mempelai yang sama cantik dan sama padan. Bagai pinang di belah dua.

Pelamin pun cantik macam artis punya wedding gitu. Hehehe.


Sempat snap sebelum majlis bermula
Kami sampai awal, so bolehlah ambil gambar sana sini. Tetapi kebanyakan gambar dari kawan-kawan yang lain. Saya tumpang sekaki je...hihi.




Angkut semua anak-anak walaupun letih melayan kerenah mereka. Apa nak buat demi kawan baik saya sanggup datang....

Rindu nak jumpa kawan-kawan yang dah lama tak jumpa. Maklumlah semuanya dah berkahwin dan beranak pinak. Masa inilah dapat jumpa dan meluangkan masa untuk mereka.



Antara gambar-gambar rakan Program Khidmat Sosial Negara tahun 1998. Dulu kurus je, sekarang bila jumpa semua dah bertambah sihat. (macam saya pun....hahaha)

Gambar pengantin tak sempat nak ambil dari dekat. Sedih...

Gambar bertunang je ada...

Apapun Ira doakan Annie berbahagia bersama suami tercinta dan semoga ikatan cinta ini berkekalan hingga ke syurga. Aamiin.


Monday, May 25, 2015

Kasih Sayang Ibu Mertua - Al-Fatihah

Assalamualaikum,

18 Mei 2015, hari Isnin. Cuaca agak redup, alhamdulillah cuaca baik.
Hari nak bawa Mak balik rumah dari hospital. Keadaan Mak kritikal. Semua anak-anak, adik beradik, cucu-cucu mak dah bersedia untuk pulang ke kampung. Melawat Mak buat kali yang terakhir. Pilu. Sedih di hati hanya Allah yang tahu.

Sambil mendukung Arif yang asyik meragam saya gagahkan diri untuk menolong apa yang patut. Mengemas dan sebagainya. Melayan tetamu yang datang sambil menunggu ambulan datang membawa Mak.

Tabahkan hatimu Abang. Abang dah puas menangis, katanya. Suami saya tabah dan kuat semangat orangnya. Segalanya telah diuruskan bersama kakaknya di hospital.

Tepat jam 12.45 tengahari. Ambulan pun sampai. Hati-hati membawa turun Mak yang masih menggunakan bantuan oksigen. Allahuakbar. Hati semakin sebak. Apatah lagi melihat keadaan Mak yang sedang tenat. Segalanya berlalu sekelip mata. Mak telah menghembuskan nafas terakhirnya selepas pegawai perubatan membuka oksigen. Masih ingat lagi, kedengaran azan zohor semasa Mak pergi menemui Penciptanya.

Alhamdulillah, Mak pergi dengan tenang dan mudah. Genap 14 tahun merasai kasih sayang seorang ibu mertua.Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas roh Mak dan tempatkan Mak dikalangan para solihin. Aamiin.





Friday, May 15, 2015

Mak Mertua Masuk ICU

Assalamualaikum,

Hari Jumaat yang lepas (8 Mei 2015) mak mertua saya mengalami sesak nafas. Sebelum tue mak mertua saya demam dan batuk sahaja selepas selamat pulang dari mengerjakan umrah. Doktor mengesahkan mak mertua saya menghidap H1N1.

Saya mohon jasa baik sahabat-sahabat semua mendoakan yang terbaik buat mak mertua saya yang sekarang berada di wad ICU, Hospital Melaka.

Sedihnya hati hanya Allah yang tahu.

Hari ini genap 8 hari mak mertua di wad ICU.

Ya Allah, Engkau permudahkanlah segalanya buat mak mertua ku.
Aamiin.


Terima kasih buat semua yang telah mendoakan. Hanya Allah yang dapat membalasnya.


Friday, April 24, 2015

Seronoknya Pergi Umrah

Assalamualaikum,

21042015 tarikh hantar mak dan kakak ipar pergi Umrah di KLIA2.

Seronokkan bila kita diberi peluang untuk ke Mekah. Menunaikan umrah dan sebagainya.
InshaAllah ada rezeki dari Allah bolehlah saya dan keluarga ke sana.

Anak -anak selalu cakap nak pergi Mekah. Saya cuma minta mereka berdoa semoga hajat kita dan kewangan kita cukup dan dipermudahkan oleh Allah.

Dapat hantar mak ke KLIA pun dah cukup gembira buat anak-anak. Dapat tengok flight dari dekat. Hehehe.

Makan dulu ya.




Sebelum nak berangkat kita makan dulu ya. Terlalu banyak pilihan kedai makan di KLIA2. Kami pilih kedai Bibik Heritage untuk sarapan pagi.

Walaupun harganya agak mahal tetapi sedap dan berbaloi dengan harganya. Sesekali saya rasa tak salah untuk kita belanja lebih untuk keluarga kan.


Bersama mak mertua.

Kakak ipar yang sporting.

Suami tercinta.

Para jemaah umrah.
Alhamdulillah mak dan para jemaah dah selamat sampai di Mekah. Semoga mereka mendapat keberkatan dan dipermudahkan apa saja urusan yang mereka lakukan.

Aamiin...


Wednesday, April 22, 2015

Tips Bergaya Dengan Dress Murah


Kita sering mendengar istilah ‘berbelanja ikut kemampuan’ bukan? Saya berpendapat bahawa, sesuatu pakaian yang mahal atau yang murah, ia bukanlah kayu pengukur untuk anda kelihatan menyerlah. Apa yang lebih penting adalah bagaimana anda menggayakan pakaian tersebut. Ada diantara pembaca di sini yang gemar memakai dress? Tidak kira apa pun jenis dress yang anda gemari, saya terpanggil untuk memberikan beberapa tips bergaya dengan dress murah online J


Apa yang paling penting, beli dress murah dengan rekaan yang simple. Jangan beli dress yang direka dengan kombinasi warna yang terlalu banyak atau dipenuhi corak yang terlalu padat. Pada pendapat saya sendiri, SIMPLE is MORE. Pilih warna-warna lembut seperti pastel colors atau earth colors seperti beige, dusty pink, light peach, lavender dan banyak lagi.



Untuk gaya yang klasik, gayakan dress murah anda tersebut dengan padanan jacket atau cardigan yang juga simple. Jika tiada jacket atau cardigan, anda juga boleh menggunakan sehelai shawl.



Dan untuk gaya yang lebih ranggi, padankan dress murah tersebut dengan sepasang boots dan bawakan seutas beg tangan yang sepadan. Kini penampilan anda sudah cukup menyerlah walaupun hanya dengan memakai sepasang dress murah!

Senang bukan! Pastikan anda guna tips seperti di atas untuk kelihatan lebih cantik dan menarik. ^_^



Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers