Wednesday, April 27, 2011

IIUM Staff Games 2011

Assalamualaikum....


Hai uols...dah tgk gambar kat atas nie!Hah...nak caya ke tak?Recently Sports Unit UIA ada buat Inter-Dept. Games so me saja suka2 nak masuk Carom. Me main Single and Double....with Kak Lang.

Kebetulan kat opis me memang ada papan carom dan selalu jugak main dgn member2 opis...Saja menghabiskan masa terluang..masa lunch ke or lepas keje...

So, bila dah ada tournament me pun masuklah, try the best...Games start pagi Sabtu pukul 9.00 sampai petang..Memang meletihkan..sakit badan2..Thanks to my husband and kids coz sanggup tunggu me..dan beri sokongan.I ♥ U'll...Habis main Double...main Single pulak...And tak sangka...'We are the Champion' masa main Double...

Habis jer games me pun terus balik rumah....walaupun penat me sempat jugak kemas dapur...sbb dah bersepah..sakit mata tgk!!Then, baru rehatkan badan...baring kejap...(kejap je tau!!) Ibu tak boleh nak rehat lama2 sebab dah petang dan tak selesa...(keje byk nk kena buat!)

Actually petang tue ada penyampaian hadiah tapi me tak larat nak pergi so Kak Lang yang datang ambikkan.

Letih jugak rupanya main Carom nie...hehehe..☺☺☺

Thursday, April 21, 2011

Kisah Pencil & Pemadam

Assalamualaikum...

Hati saya terpanggil nak kongsi kisah nie...Bila saya baca artikel nie memang mempunyai maksud yang bermakna buat kita semua. Semoga kisah pendek ini mampu memberi kita 1001 pengajaran dan teladan. Dengan perkongsian kisah ini diharap dapat juga dikongsi bersama dengan rakan-rakan anda yang lain. Bacalah dengan penuh penghayatan agar segala intipati kisah ini dapat menyerap ke dalam hati sanubari kita. Bertuahlah kepada kita yang masih mempunyai “dia” atau “mereka”.


PENCIL
I’m sorry (Saya mohon maaf)

ERASER
For what? You didn’t do anything wrong. (Untuk apa? Kamu tidak buat salah apa-apa.)

PENCIL
I’m sorry because you get hurt because of me. Whenever I made a mistake, you’re always there to erase it. But as you make my mistakes vanish, you lose a part of yourself. You get smaller and smaller each time.
(Saya mohon maaf kerana kamu kesakitan disebabkan oleh saya. Setiap kali saya melakukan kesalahan, kamu selalu ada untuk memadamkannya. Tapi setiap kali kamu menghilangkan kesalahan saya, maka kamu kehilangan sebahagian daripada diri kamu sendiri. Kamu menjadi semakin kecil dan semakin kecil setiap masa.)

ERASER
That’s true. But I don’t really mind. You see, I was made to do this. I was made to help you whenever you do something wrong. Even though one day, I know I’ll be gone and you’ll replace me with a new one, I’m actually happy with my job. So please, stop worrying. I hate seeing you sad.
(Betul tu. Tapi saya tidak kisah. Kamu lihat, saya memang dicipta untuk melakukan hal ini. Saya dibuat untuk membantu kamu ketika kamu melakukan sesuatu yang salah. Walaupun satu hari, saya tahu saya akan pergi dan kamu akan menggantikan saya dengan yang baru, saya sebenarnya gembira dengan kerja saya. Jadi tolonglah, berhenti bimbang. Saya tidak suka melihat kamu sedih.)

LESSON: Parents are like the eraser whereas their children are the pencil. They’re always there for their children, cleaning up their mistakes. Sometimes along the way, they get hurt, and become smaller / older, and eventually pass on. Though their children will eventually find someone new (spouse), but parents are still happy with what they do for their children, and will always hate seeing their precious ones worrying, or sad….However our parents are getting smaller and smaller each day…One day, all that we would be left with will be eraser shavings and memories of what we used to have.

(PENGAJARAN: Ibu Bapa adalah seperti pemadam sedangkan anak-anak mereka adalah pensil. Mereka selalu ada untuk anak-anak mereka, membersihkan kesalahan mereka. Kadang-kadang dalam pada itu, mereka terluka, dan menjadi lebih kecil / lebih tua, dan akhirnya berlalu pergi. Walaupun anak-anak mereka akhirnya akan bertemu dengan seseorang yang baru (pasangan), tetapi ibu bapa tetap gembira dengan apa yang mereka lakukan untuk anak-anak mereka, dan akan sentiasa benci melihat anak-anak kesayangan mereka merasa bimbang, atau sedih … Namun ibu bapa kita semakin kecil dan lebih kecil setiap hari … Suatu hari, semua yang kita akan tinggalkan nanti akan menjadi parutan pemadam dan kenangan dari apa yang kita biasa ada.)

Allah, Most Wise admonishes us: “Thy Lord hath decreed that ye worship none but Him, and that ye be kind to parents. Whether one or both of them attain old age in thy life, say not to them a word of contempt, nor repel them, but address them in terms of honour. And, out of kindness, lower to them the wing of humility, and say: My Lord! Bestow on them thy Mercy even as they cherished me in childhood.” (Quran-17:23)

(“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha” dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” [Quran 17:23-24])

Tuesday, April 19, 2011

si WanGi Ayah...si buSyuk Ibu...♥♥♥

Assalamualaikum....

Hai uols...Hah!Guess who???

Inilah anak me Muhammad Zharfan Amin.Umurnya baru 4 tahun. Hobinya inilah...mewarna jer kejenya....hehehe.Semenjak 1-2 bulan nilah hobi barunya...asyik mewarna bila ada masa terluang selain dari main.Dulu masa kecik badannya comel berisi pipi tembam tp sekarang nie bila dah besar dan selalu demam badan pun dah susut.Hurmm..apapun Apan (panggilan manja) tetap Wangi Ayah dan Busyuk Ibu...hehehe...We'll U..Muahhhh!!






Sunday, April 17, 2011

Ayam Goreng Tomyam

Hah!Nielah hasilnya setelah me mencuba resepi nie...cuma me buat ayam nie berkuah sikit....respon suami dan anak2 me semua suka....hehehehe.Siapa2 nak cuba boleh ambik resepi nie yaa...nie pun me ambik dlm Kongsi Resepi.


Bahan-Bahan

1 ekor ayam
3 ulas bawang putih (diketuk )
1 biji bawang besar (dihiris )
2 sudu makan pes tomyam
10 biji cili api (dimasukkan sebiji sebiji atau diketuk )
1 batang serai (diketuk )
1 sudu makan air perahan limau nipis
2 sudu besar sos cili

1 biji buah tomato (belah 6)
garam
sedikit gula

Minyak masak secukupnya
Daun limau purut

Caranya:

1. Panaskan minyak, goreng ayam hingga masak (jangan terlalu garing ). Ketepikan.
2. Panaskan minyak tumis bawang putih, bawang besar, serai, cili padi dan pes tomyam hingga wangi.
3. Masukkan sedikit air, jus limau,sos cili dan garam.
4. Masukkan ayam dan masak hingga pekat.
5. Akhir sekali masukkan tomato dan daun limau purut. Bolehlah di hidangkan.

Wednesday, April 13, 2011

10 Tip Untuk Tingkatkan Metabolisma Badan


Ramai yang mengalami masalah berat badan. Bagi mereka yang obese, adalah metabolisma mereka lebih rendah berbanding mereka yang lebih kurus? Hmmm mungkin tapi tahukah anda apa itu metabolisma?
Metabolisma adalah jumlah keperluan tenaga atau kalori untuk fungsi asas badan anda. Pada setiap masa, samada tidur, senaman, mandi dan lain-lain, badan sentiasa membakar kalori. Metabolisma badan anda menentukan penggunaan tenaga badan. Tahukah anda kadar keperluan kalorie seharian anda? Ia tidak sama bagi semua. Ia bergantung kepada umur, jantina, berat badan, tinggi dan kadar aktiviti anda.

Tip-tip untuk Tingkatkan Metabolisma

Baiklah. Walaupun kadar metabolisma harian badan ataupun BMR (basal metabolic rate) adalah tetap, anda masih boleh amalkan tip-tip berikut untuk naikkan metabolisma badan anda.

  1. Makan 5-7 hidangan kecil setiap kali anda makan, sistem penghadaman badan perlu bekerja. Jadi dengan memakan lebih kerap dengan kuantiti yang lebih sederhana, metabolisma badan akan naik. Kalau tidak, metabolisma badan akan menurun dan anda cepat rasa penat dan lesu (seperti bulan puasa).

  2. Angkat berat! Tahukah anda bahawa otot membakar lebih kalori setiap hari berbanding lemak? Yup. Jadi katakanlah ada dua insan yang mempunyai jantina, tinggi, umur dan berat yang sama. Tapi seorang mempunyai lebih otot manakala seorang lagi lebih lemak. Siapa akan mempunyai metabolisma yang lebih tinggi? Sudah tentu yang lebih otot! Jadi mulakan senaman angkat berat anda hari ini. Tak kiralah di rumah ataupun di gym!

  3. Makanan pedas. Hmm walaupun saya sendiri kurang gemari makanan yang pedas, ayam masak chili dan lain-lain boleh membantu tingkat metabolisma badan. Tapi jaga-jaga dengan pengambilan kalori. Jangan terlebih.

  4. Coffee atau caffeine. Tahukah kenapa anda rasa segar dan lebih fokus selepas minum kopi? Ini kerana caffeine dalam kopi meningkatkan metabolisma dan justeru bakar lebih kalorie. Tapi jangan terlebih pulak, nanti susah. Baca disini mengenai baik-buruk coffee dan caffeine.

  5. Minum air mineral. Metabolisma badan perlukan banyak air untuk berfungsi dengan baik. Malah air tidak mengandungi apa-apa kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangksa masa panjang.

  6. Makanan tenaga tinggi. Tingkatkan pengambilan makanan bertenaga tinggi seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan karbohidrat kompleks.

  7. Pastikan kuantiti pengambilan protein cukup. Protein mempunyai rantai kimia yang komplex yang perlukan 30% daripada jumlah kalori sebelum dihadamkan. Contoh: sekiranya anda nyahkan 100 kalorie protein, 30 kalori akan digunakan untuk menghadamkan makanan berprotein tersebut.

  8. Elakkan makanan ringkas. Makanan kompleks seperti roti perang, kacang lebih baik. Kenapa? Kerana untuk menghadamkan makanan kompleks, ia perlukan lebih banyak tenaga berbanding makanan ringkas seperti roti putih, gula-gula dan lain-lain.

  9. Kardio! Sudah tentu senaman kardio seperti jogging, badminton, berjalan dll dapat membantu tingkatkan keperluan kalori (tenaga) badan dan sekiranya keperluan tenaga badan mengingkat, metabolisma anda akan mengingkat. Amalkan paling kurang 20minit kardio 2-3x seminggu.

  10. Suplemen pembakar lemak (fat burner). Pernahkah anda tahu bagaimana suplemen pembakar lemak itu berfungsi? Hmm dan kenapa pulak "bakar" lemak? Kandungan utama kebanyakkan pembakar lemak popular di Malaysia dan dunia seperti Lipo6, JusMate5, Hydroxcut dan lain-lain adalah guarana, caffeine, ma huang dan lain-lain. Objektif ingredient ini bukanlah untuk "bakar" lemak tetapi untuk tingkatkan dengutan jantung, kadar pengederan darah - tingkatkan metabolisma. Adakah ia sesuai? Ah itu bergantung kepada individu. Tetapi seperti mana-mana ramuan, ia tidak membawa hasil yang sama untuk setiap orang.

    - Artikel iluvislam.com

Monday, April 11, 2011

Eyeliner Tutorial

Hi uols


Okeh kawan2..kat sini me ada letak video tentang cara pemakaian eyeliner yang betul.Me pun berminat nak tengok...



Selamat Mencuba!

Cara Pakai Selendang


Kepada saper-saper yang nak tahu cara pakai selendang glamour bolehlah tengok ya...


Friday, April 8, 2011

Sifat Dalam Nama

Hehehe...cecuba cecuba dlm http://apps.facebook.com/sifat-dalam-nama/

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers