Sunday, April 17, 2011

Ayam Goreng Tomyam

Hah!Nielah hasilnya setelah me mencuba resepi nie...cuma me buat ayam nie berkuah sikit....respon suami dan anak2 me semua suka....hehehehe.Siapa2 nak cuba boleh ambik resepi nie yaa...nie pun me ambik dlm Kongsi Resepi.


Bahan-Bahan

1 ekor ayam
3 ulas bawang putih (diketuk )
1 biji bawang besar (dihiris )
2 sudu makan pes tomyam
10 biji cili api (dimasukkan sebiji sebiji atau diketuk )
1 batang serai (diketuk )
1 sudu makan air perahan limau nipis
2 sudu besar sos cili

1 biji buah tomato (belah 6)
garam
sedikit gula

Minyak masak secukupnya
Daun limau purut

Caranya:

1. Panaskan minyak, goreng ayam hingga masak (jangan terlalu garing ). Ketepikan.
2. Panaskan minyak tumis bawang putih, bawang besar, serai, cili padi dan pes tomyam hingga wangi.
3. Masukkan sedikit air, jus limau,sos cili dan garam.
4. Masukkan ayam dan masak hingga pekat.
5. Akhir sekali masukkan tomato dan daun limau purut. Bolehlah di hidangkan.

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers