Friday, August 3, 2012

Lahirnya Putera Ariq

 Assalamualaikum...

Tanggal 31 May 2012 pukul 10.05 pagi, aku telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang comel dengan berat 3.27kg. Syukur alhamdulillah....


Dengan rasa sayu, aku mencium bayiku. Perasaan berdebar semasa proses kelahiran terus hilang. Aku bersalin melalui pembedhn, kesakitan selepas operate memang sakit...susah nak digambarkan dengan kata².

Walaupun sakit kugagahi jua diri ini untuk bangun dari katil. Aduh!Hanya Allah Maha Mengetahui.Memang diikutkan sakit tak nak bangun dari katil tapi sampai bila...takkan tak pergi tandas atau mandi.Lagipun hari ke-2, nurse suruh bangun..bergerak dan pergi buang air. Kalau tak pergi nanti nurse akan tanya lagi dan lagiiii...

Hari ke-3 alhamdulillah keadaanku bertambah pulih...dah boleh jalan² dan dukung baby. Bagi susu badan pun dah senang duduk kat kerusi je. Nak baring nanti susah nak bangun pulak. Dan hari nie jugak aku telah dibenarkan pulang setelah 4 hari berada di hospital Selayang. Hari Rabu check-in..hari Khamis bersalin...hari Sabtu dah boleh balik rumah.Yahoo :-)

Terima kasih kepada kawan² yang telah mendoakan kesihatan saya dan baby. Terima kasih juga kepada nurse & doktor yang banyak membantu. 

Thank you very much!!♥♥♥





No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers