Wednesday, August 15, 2012

Pentingnya Susu Ibu

Assalamualaikum...

Bila baca tajuk di atas semua ibu² pasti dah tahu khasiat dan kebaikan susu Ibu. 

Entri kali nie saya nak kongsi tentang baiknya bila bayi kita menghisap susu Ibu. Ini kerana saya sendiri telah mengalami pengalaman yang sangat teruja bila bayi saya menyusu badan. Saya rasa inilah kali pertama walaupun saya telah mempunyai 3 orang anak sebelum kelahiran yang ke-4 nie.

Memang sangat seronok dan gembira bila kita dah tahu teknik dan cara yang betul semasa menyusukan bayi.
Semasa kelahiran bayi yang ke-4 nie saya telah mengikuti kelas tentang Penyusuan Ibu. Dalam kelas tue nurse akan mengajar dan menunjukkan teknik bagaimana cara yang betul untuk menyusukan bayi dan juga pentingnya susu ibu kepada bayi.

Sejak mendengar ceramah tue saya terus excited nak menyusukan bayi saya dengan lebih lama dari anak² yang sebelum nie. Rupanya selama nie saya tak tahu langsung tentang teknik yang betul walaupun saya dah cuba bagi susu badan tapi tak lama dan susu tak banyak.

So kat sini saya nak share tentang kebaikan susu Ibu :-)


Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Untuk Ibu
  • Mengecutkan rahim dan kurang risiko pendarahan
  • Kurang risiko kanser payudara dan ovari
  • Penyusuan ekslusif membantu menjarakkan kelahiran
  • Kurang tekanan perasaan selepas bersalin
  • Mengembalikan bentuk badan ibu kepada asal
  • Jalinan emosi yang erat "bonding" antaran ibu dan bayi
  • Mudah dan tidak memerlukan banyak persediaan
  • Menjimatkan masa dan wang
Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Untuk Bayi
  • Perkembangan psikomotor, emosi & sosial yang lebih baik
  • Perkembangan daya intelek yang lebih baik (IQ tinggi)
  • Kurang risiko diabetes kanak-kanak (infantile diabetic), kanser, jangkitan telinga dan pneumonia
  • Antibodi tinggi untuk melawan penyakit
  • Kurang risiko Insiden Sindrom Kematian Mengejut ( Sudden Infant Death Syndrome)
  • Komposisi zat makanan yang mencukupi
  • Penghadaman yang mudah
 

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers