Tuesday, January 15, 2013

My Favourite: Kuih Karipap

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...baru lepas makan tengahari. Syukur padamu Ya Allah dengan rezeki yang telah engkau berikan.

Ok. Bulan lepas (lama dah..) saya cuti...ambil E.L sebab baby tak berapa sihat. Saya bila cuti nie suka betul pergi rumah mak kat Keramat (dekat je...). Saja nak luangkan masa dengan mak sambil berborak.Hehe.

Idea nak buat karipap nie datang dari mak. Intinya mak yang buat tapi saya pun pandai juga buat inti karipap. Belajar dari mak.Dulu masa kecil kami adik beradik tolong mak abah berniaga...tolong jual kuih depan rumah. Satu pengalaman yang meyeronokkan. Betul.(tak tipu punya...). Masa mula-mula tolong tue rasa malu sangat nak duk kat depan rumah dengan meja dan payung sambil tunggu orang datang beli. Abah yang saya sayangi banyak membantu mak. Abah yang rajin tolong mak. Hiba pula bila terkenangkan arwah Abah. Banyak jasa Abah pada kami sekeluarga.

Semoga roh Abah bahagia dan tenang di sana. 

Bukan inti je saya tahu tapi kelim kenalah pandai jugakan. Saya tolong mak kelim karipap sambil menyembang. Seronok. Mak lah satu-satunya yang saya masih ada. Walaupun ada adik-beradik yang lain tapi tak sama dengan mak. Kekadang dengan mak juga tempat kita mengadu.

Ok. Hasilnya ialah.....

Digoreng oleh anak beranak..hehe.

Hehe..ok tak?

Kuih karipap nie memang favorite kami sekeluarga. Bila ada masa saya buat sendiri kat rumah dan simpan dalam peti ais. Bila nak makan baru goreng. Yumm...yumm.

Apa kuih favorite kekawan semua??

Happy reading!

Pe@ce Munira :-)

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers