Thursday, June 19, 2014

Kembali ke sekolah??

Assalamualaikum,

Dah 4 hari anak-anak mula bersekolah.
Hari pertama sekolah anak yang ketiga buat hal. Haru biru juga ibu dan ayah dibuatnya.
Kenapa tak nak pergi sekolah? Nak cuti.
Huwaa...sambil menangis lap air mata. Anak nangis...bukan ibu.

Puas ibu cakap macam-macam. Tuela payah bila cuti sekolah lama-lama.
Suami dah mula berang. Aduh!Pening kepala ibu.
Tapi, akhirnya pergi juga bila dah kena ceramah panjang lebar.

Kesian pula tengoknya. Muka ibu dah tukar sedih...risau.
Alhamdulillah balik dari sekolah semua okay.

Hari kedua, buat hal lagi. Dia kata rindu dengan Ayah nanti. Allah!
Oklah...hari nie tak pergi sekolah. Tinggalkan dekat taska sampai petang.
Nasib baru darjah 1. Tapi anak yang 1 dan ke2 tak de pula masalah macam nie.
Yela...lain anak lagi ragamkan.

Memang ibu dan ayah kena banyak bersabar dalam mendidik anak-anak.
Bukan asyik nak pukul anak je. Pukul pun ada tempatnya. Bukan main belasah je.

Hari ketiga, dah bertambah okay. Mood pun dah baik. Bila tanya nak pergi sekolah tak? Nak.
Lega hati ibu bila dengar jawapan cam tue. Hilang sakit kepala ibu.

Apalagi senyum lerr...

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers