Friday, October 3, 2014

Kisah Ibu Lima Anak

Assalamualaikum,

Baca tajuk kat atas. Sesuai tak?

Sebenarnya dah lama saya nak kongsi kisah hidup saya bersama hero-hero seramai lima orang.
Rasanya ada lagi yang anak ramai dari saya. Tapi pada zaman sekarang, serba serbi naik harga secara tak langsung ramai yang merancang untuk mempunyai anak dua atau tiga orang sahaja.

Cerita bab anak, saya pun tak sangka telah mempunyai lima orang anak. Dari tahun 2002 hinggalah tahun 2014. Noktah. Cukuplah sampai di sini saja.

Ketentuan atau takdir Allah tiada siapa boleh menghalang. Kita hanya merancang tetapi Allah yang menentukan. Pada tahun 2002, saya selamat melahirkan bayi lelaki. Tahun 2003, saya mengandung tetapi mengalami keguguran pada usia kandungan 5 bulan lebih. Sayang sangat sebab bayi perempuan. Tahun 2004, saya melahirkan bayi lelaki lagi. Okay. Saya berehat sebentar untuk fokus pada anak-anak.

Ditakdirkan pada tahun 2006 saya disahkan mengandung. Harapan tue memang nak anak perempuan. Tetapi bayi lelaki juga selamat saya lahirkan pada tahun 2007. Alhamdulillah. Semuanya kuasa Allah. Saya terima tanpa bersungut. Tahun 2008, tanpa disedari saya mengandung lagi. Memang rapat. 4 Oktober 2008, lahirlah seorang puteri. Ya Allah, ibu mana tak gembirakan?

Sesungguhnya Allah Maha Besar dan Maha Mengetahui. Bayi saya disahkan menghidapi 'Edward Sindrom'. Penyakit yang jarang berlaku nisbah 1:3000. Hatu luluh. Sedih. Tetapi saya dan suami cekalkan hati dan kuatkan semangat menerima apa saja yang doktor akan beritahu.

Semua suka dan mengucapkan tahniah di atas kelahiran bayi perempuan. Akhirnya dapat juga bayi perempuan seperti yang diimpikan. Ya. Betul. Memang saya suka dan sayang sangat dengan  Nur Aqilah Sofiya. 26 Oktober 2008, pagi yang redup dan tenang, seorang jururawat menelefon saya beritahu bayi saya sedang tenat. Ya Allah terus mengalir air mata ini. Dengan anak-anak yang masih kecil kami tinggalkan bersama abang. Beritahu mak dan terus pergi ke hospital.

Airmata dah kering. Masuk ke NICU saya terus meluru ke arah bayi saya. Memang dia sedang sakit, menahan sakit dan tenat. Saya setia menunggu dan melihat komputer yang tertera gerakan nafas dan jantungnya. Semakin lama semakin lemah. Hati saya dah berdebar bila nafas bayi semakin lemah dan terus tiada. Saya panggil nurse dan doktor untuk melihat keadaan anak saya.

Hanya menunggu masa saja. Saat-saat terakhirnya. Saya usap pipinya, wajahnya serupa seperti abangnya.Depan mata saya melihat anak saya menhembuskan nafas yang terakhirnya. Pergilah sayang...ibu redha. Ibu redha sayang...
Semoga sayang tenang di sana bersama bidadari syurga.

Al-Fatihah~
Nur Aqilah Sofiya
04/10/2008 - 26/10/2008

Tahun 2012, saya selamat melahirkan bayi lelaki, Genap setahun  Ariq saya disahkan mengandung dan selamat melahirkan Arif secara c-ser pada 03 Februari 2014.

Semuanya lima lelaki. Alhamdulillah....





No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers