Wednesday, November 19, 2014

Sejuk terlampau...

Assalamualaikum,

Rehat sekejap. Makan. Baru boleh menulis.

Goggle

Ya. Betul...air cond kat pejabat nie dah terlalu sejuk sampai tak tahu nak kata apa. Dah ramai yang komplen sejuk sangat air cond nie tapi belum ada apa-apa tindakan pun. Jawapannya kita teruskanlah kerja ya nak!

Semalam sampai selsema dibuatnya sebab terlalu sejuk. Bagus ke sejuk untuk badan kita?

Aircond tue memang lah bagus untuk kita bila dalam keadaan panas. Tapi ia juga boleh memudaratkan kesihatan seperti mengalami sakit kepala, badan dan selsema untuk orang yang kekurangan nutrisi.

Kulit menjadi kering dan sistem badan menjadi lemah.

Lepas nie kena pakai sarung tangan dan baju sejuk dalam pejabat. Haha. Serius memang tak tahan. Harap adalah pihak yang berwajib datang untuk mengurangkan sikit sejuk kat pejabat nie. HUHU...

Sekian.


Ariq dah macam orang besar...

Assalamualaikum,

Ariq Amin, dah besar anak ibu nie.
Cakap pun dah pandai. Tengok gambar nie entah apa agaknya Ariq nak buat. Jangan buat sepah sudah. ^_^



Minggu lepas pergi kenduri kahwin di Puri Bwana Garden Wedding kat Bangi. Dari luar tempat nie macam orang tak perasan, Landmarknya sebelah balai bomba dan restoran Ani Ikan Bakar Petai.





Tempat nie best juga, boleh buat konsep Bali. Ada pondok untuk bersantai, surau dan bilik untuk berehat. Sesiapa yang nak buat kenduri kahwin bolehlah buat kat sini.


Friday, November 14, 2014

Majlis Anugerah Cemerlang 2014 - Sk Sg Pusu

Assalamualaikum,

Tak sangka? Memang Ibu tak sangka. Ibu percaya Haziq boleh buat dan berjaya.


Begini ceritanya.
Semalam ada majlis anugerah untuk pelajar yang cemerlang dalam akademik di sekolah Haziq. Alhamdulillah, Haziq salah seorang penerima anugerah tempat pertama di dalam kelas. Walaupun Haziq di kelas ke-3 tapi Ibu tetap bangga dengan kejayaan Haziq. Ia akan menjadi pendorong untuk Haziq terus berusaha dengan lebih gigih lagi. Dan, sebagai contoh kepada adik-adik.

Ibubapa mana tak gembirakan?
Semasa majlis tue berlangsung, terharu tengok ibu bapa yang bangga dengan pencapaian anak masing-masing. Seronok mereka.

Semoga Haziq lebih berjaya di masa akan datang.
Terima kasih kepasa mak dan adik beradik yang mendoakan kejayaan Haziq.


Tuesday, November 11, 2014

Cenderahati dari Australia

Assalamualaikum,

Hai semua!

Selamat bercuti kepada semua. Eh? Siapa yang bagi nie. Bestnya pergi Australia. Boleh cuci-cuci mata tengok pemandangan yang indah kat sana. Bukan saya yang pergi tapi kawan sepejabat. Bestnyaaa....

Terima kasih buat Huda, Izu dan Mastura untuk cenderahati yang cantik ini.

Ada juga hadiah untuk ahkak. Hehe.

dari Huda

dari Izu @ MangaLah

dari Mastura
Bila pula saya nak sampai sini kan? InshaAllah ada rezeki kita pergikan.

Luv,

Thursday, November 6, 2014

Ibu adalah Segalanya

Assalamualaikum,

Buat ibu-ibu tersayang. Sharing is caring. ♥♥♥
Bahagianya jadi seorang IBU.
Besarnya pengorbanan seorang IBU.



Luv,


Family Trip 2014 - Ganu Kite

Assalamualaikum,

Rindu nak update blog.

Hari ini baru ada kesempatan sikit nak tulis. Nak cerita tentang percutian kami di Terengganu. Ganu kite katanya. Dulu masa zaman kat kolej dulu pernah pergi Pulau Kapas.
Okay...kita selfie dulu ya Arif comel. ^_^




Sekarang, kita jalan bawa satu keluarga. Haha. Best. Percutian kali nie melibatkan lima keluarga saja. Sepatutnya tujuh tapi ada masalah yang tidak dapat dielakkan.


Hari pertama - 31 Oktober, 2014. Bertolak dari Gombak pukul 7.00 pagi. Kami janji jumpa kat RnR Temerloh. Huh! Lama juga. Pukul 9.30 pagi baru sampai RnR. Nasib baik abang sayang dah siapkan mee hun (home made) untuk sarapan. Maklumlah anak ramai kenalah masak.

Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 6 jam tolak makan dan minum. Letih kan. Kesian kat my hubby. Tapi seronok walaupun penat. Dah lama kami tak berjalan jauh. Kami pun tak pernah lagi sampai di Kuala Terengganu, Pasar Payang dan Taman Tamadun Islam.

from Google


Kami menginap di TH Hotel Kuala Terengganu. Cantik dan selesa. Bilik pun besar. Memang boleh recommend kat orang.

Antara gambar-gambar kami di Terengganu, sumbangan oleh kami, adik beradik dan ipar duai. Tadaa...




Aktiviti wajib untuk anak-anak. Mandi kolam. Sejukk...





Hari ke- 2 kami berjalan di Taman Tamadun Islam.Jauh berjalan luas pemandangan. Memang memenatkan sebab saya dukung baby. Kaki letih. Badan lenguh. Tapi seronok.




Hari ke-3 pula ke Pasar Payang. Pasar yang selalu orang pergi bila datang ke Terengganu. Saya pun memang nak sangat tengok macam manalah rupa Pasar Payang tue. Sesiapa yang datang sini memang seronok membeli kain batik, kaftan. t-shirt dan souvenier.


Lepas berjalan kita cari kedai makan pula. Inilah antara kedai yang berdekatan dengan hotel TH.




Alhamdulillah perjalanan kami dipermudahkan dan selamat sampai ke rumah. Tahun depan kita bercuti tempat lain pula ya! InshaAllah.Tungguu...


Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers