Assalamualaikum,
Tak sangka? Memang Ibu tak sangka. Ibu percaya Haziq boleh buat dan berjaya.
Begini ceritanya.
Semalam ada majlis anugerah untuk pelajar yang cemerlang dalam akademik di sekolah Haziq. Alhamdulillah, Haziq salah seorang penerima anugerah tempat pertama di dalam kelas. Walaupun Haziq di kelas ke-3 tapi Ibu tetap bangga dengan kejayaan Haziq. Ia akan menjadi pendorong untuk Haziq terus berusaha dengan lebih gigih lagi. Dan, sebagai contoh kepada adik-adik.
Ibubapa mana tak gembirakan?
Semasa majlis tue berlangsung, terharu tengok ibu bapa yang bangga dengan pencapaian anak masing-masing. Seronok mereka.
Semoga Haziq lebih berjaya di masa akan datang.
Terima kasih kepasa mak dan adik beradik yang mendoakan kejayaan Haziq.
No comments:
Post a Comment