Thursday, November 6, 2014

Family Trip 2014 - Ganu Kite

Assalamualaikum,

Rindu nak update blog.

Hari ini baru ada kesempatan sikit nak tulis. Nak cerita tentang percutian kami di Terengganu. Ganu kite katanya. Dulu masa zaman kat kolej dulu pernah pergi Pulau Kapas.
Okay...kita selfie dulu ya Arif comel. ^_^




Sekarang, kita jalan bawa satu keluarga. Haha. Best. Percutian kali nie melibatkan lima keluarga saja. Sepatutnya tujuh tapi ada masalah yang tidak dapat dielakkan.


Hari pertama - 31 Oktober, 2014. Bertolak dari Gombak pukul 7.00 pagi. Kami janji jumpa kat RnR Temerloh. Huh! Lama juga. Pukul 9.30 pagi baru sampai RnR. Nasib baik abang sayang dah siapkan mee hun (home made) untuk sarapan. Maklumlah anak ramai kenalah masak.

Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 6 jam tolak makan dan minum. Letih kan. Kesian kat my hubby. Tapi seronok walaupun penat. Dah lama kami tak berjalan jauh. Kami pun tak pernah lagi sampai di Kuala Terengganu, Pasar Payang dan Taman Tamadun Islam.

from Google


Kami menginap di TH Hotel Kuala Terengganu. Cantik dan selesa. Bilik pun besar. Memang boleh recommend kat orang.

Antara gambar-gambar kami di Terengganu, sumbangan oleh kami, adik beradik dan ipar duai. Tadaa...




Aktiviti wajib untuk anak-anak. Mandi kolam. Sejukk...





Hari ke- 2 kami berjalan di Taman Tamadun Islam.Jauh berjalan luas pemandangan. Memang memenatkan sebab saya dukung baby. Kaki letih. Badan lenguh. Tapi seronok.




Hari ke-3 pula ke Pasar Payang. Pasar yang selalu orang pergi bila datang ke Terengganu. Saya pun memang nak sangat tengok macam manalah rupa Pasar Payang tue. Sesiapa yang datang sini memang seronok membeli kain batik, kaftan. t-shirt dan souvenier.


Lepas berjalan kita cari kedai makan pula. Inilah antara kedai yang berdekatan dengan hotel TH.




Alhamdulillah perjalanan kami dipermudahkan dan selamat sampai ke rumah. Tahun depan kita bercuti tempat lain pula ya! InshaAllah.Tungguu...


No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers