Showing posts with label IstanbulAkuDatang. Show all posts
Showing posts with label IstanbulAkuDatang. Show all posts

Sunday, December 9, 2012

Tamat Sudah 'Istanbul Aku Datang'

Assalamualaikum....

Alhamdulillah..kenyang dah makan Yong Tau Fu dengan 2 jenis buah potong. Cukup untuk makan tengahari. Dan, hari nie baru nak sambung tengok 'Istanbul Aku Datang'. Rupa-rupanya sikit je lagi nak habis. Ending dia terlalu simple.Part mula-mula je yang best, masa Lisa gaduh dengan Beto. Lepas tue part yang naik motor. Romantiknya...

Movie melayu memang tak sampai 2 jam. Kejap sangat. Apapun saya suka tengok Lisa dalam movie nie. Sweet jeee....

Oklah setakat nie dulu...nanti saya update kisah di LEGOLand pula ya. Jangan lupa baca dan terima kasih kerana sudi baca di ruangan ini. Bye!

Pe@ce Munira :-)

Wednesday, December 5, 2012

Layan 'Istanbul Aku Datang'

Assalamualaikum...


Filem nie dah lama keluar kat wayang, sekarang nie dah keluar kat Astro First. Bolehlah langgan sesiapa yang suka sangat subscribe kann. Tapi saya nie pantang dengar bila member dah upload movie baru mesti nak copy.Hehe...

Lagipun member nie memang pakar dalam meng'download' movie. Adalah dalam 5 movie saya dah copy kat dia. (muka tak malu...)

Bukan saya tak suka pergi wayang tapi my hubby nie memang tak nak tengok cerita-cerita melayu nie. Satu lagi bila tengok dalam panggung tue...dengan udara yang nyaman, kerusi yang empuk...apalagi tidurlah dia.Huhuhu...

Kita yang duduk kat sebelah dia, diam jelah layan sorang-sorang tengok movie. Kekadang tue tegur juga my hubby sebab tidur tak hengat dunia sampai berdengkur tueee...ish!ish! Nasib baiklah ada wife yang baik hati tolong kejutkan. 

Tuela sebabnyaa....

So sekarang nie saya tengah layan movie 'Istanbul Aku Datang'. Cerita nie starting dia pun dah menarik sebab kat main kat Istanbulkann...memang cantik pemandangan kat sana.
Untungnya Lisa, Beto, Tomok, Aizat pergi sana. Dapat tengok life style orang kat sana. Hmm...bestnya.

Oklah nanti bila dah habis tengok saya akan update lagi. Ok!Babai..

Pe@ce Munira :-)

Thursday, November 8, 2012

Istanbul Aku Datang

Assalamualaikum....


Sinopsis Istanbul Aku Datang :-

Istanbul Aku Datang mengisahkan perjalanan seorang gadis yang penuh kesungguhan dan percaya akan takdir cintanya, Dian lakonan Lisa Surihani yang sanggup terbang ke Istanbul untuk berada dekat kepada kekasih hatinya, Farouk lakonan Tomok yang juga pelajar jurusan kedoktoran di universiti di sana.

Dalam diam, niat Dian yang juga seorang penulis blog mengimpikan sebuah kebahagiaan dan keputusan yang akan mengundang seribu senyuman kepadanya, kononnya Farouk akan nampak kesungguhannya dan mengambil keputusan untuk berkahwin dengannya.

Namun bagai kata pujangga dan pemahaman realistik yang kita tidak mampu mengubah takdir atau meneka apa yang sudah disuratkan kepada kita, segala impian dan objektif Dian itu semuanya tidak mengikut apa yang difikirkan.

Dian bagai merentasi sebuah pengalaman berbeza yang akhirnya menemukannya pula dengan seorang lagi lelaki juga pelukis, Harris lakonan Beto.

Pertemuan mereka yang awalnya memberikan ketegangan dan konflik bagaimanapun akhirnya memberikan satu keserasian. Dian tidak sedar yang kini dirinya berdepan kemelut kekasihnya, Farouk yang cemburu dan Harris yang mula mencerminkan sebuah kebahagiaan.

Dian keliru namun semua yang berlaku hanya mematangkannya dan memberikannya ruang untuk membuat keputusan terbaik untuk dirinya sendiri.

Lakonan : Lisa Surihani, Beto Kushairy, Tomok dan Aizat.

Arahan : Bernard Chauly

Pe@ce Munira ;-)

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers